Pengikut

Sabtu, Ogos 19, 2017

JANGAN bercukur sebelum haiwan disembelih


ANTARA amalan sunah bagi orang yg sudah berniat dan punya haiwan untuk dikurban pada hari iduladha nanti ialah tidak memotong sebagian anggota tubuh seperti kuku atau rambut. Etika itu bermula maghrib tanggal 1 Zulhijah sehingga haiwan kurban disembelih.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًَا

“Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun” [Riwayat Muslim]

'Menyentuh rambut' maksudnya memotong rambut.

Dalil al-Quran pula firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

“Janganlah kamu mencukur (rambut) kepalamu sebelum hewan kurban sampai pada tempat penyembelihannya “ [Al-Baqarah : 196]

Sabtu, Ogos 05, 2017

HADIAH menahan amarah ialah syurga

Foto hanya hiasan

Tazkirah kepada sesama hamba Allah, moga-moga diberkahi Allah.

Maksud ayat 133-136 surah Ali Imran.
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa (iaitu) orang yang berinfak, baik pada waktu lapang atau sempit, dan orang yang menahan marahnya, dan yang memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila  melakukan perbuatan keji (dosa besar yg kesannya terkena juga orang lain)   atau menzalimi diri sendiri (dosa terkena diri sendiri), segera mengingat Allah dan memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedangkan mereka mengetahui.  Balasan bagi mereka ialah ampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang sungai-sungai mengalir  di bawahnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal."

Dipermudahkan.... antara isi kandungan firman Allah.
- Allah menyuruh kita segera bertaubat.
- Allah menyuruh kita bercita-cita menduduki syurga.
- Syurga untuk orang yang bertaqwa.
- Ciri-ciri orang bertaqwa ialah suka bersedekah, bersabar ketika tercabar marah, memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya, jika berbuat dosa cepat-cepat bertaubat.