Pengikut

Memaparkan catatan dengan label bid'ah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bid'ah. Papar semua catatan

Ahad, November 24, 2019

REKAAN terbaru dalam agama?

ORANG berwatak alim agama, sama ada menjaga agama atau merosakkannya.  Di bawah ini contoh rekaan oleh orang berwatak alim agama.  Orang awam pun percaya dan mengamalkannya.  Malah,  menyebarkan pula kepada rakan-rakan,  konon biar dapat untung bersama. 

Lihatlah indahnya rekaan ini.  Namun busuk di sisi Al-Quran dan Sunah Rasulullah.

"Malam ini sekolah aku ada buat solat hajat sempena murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Teringat pesanan PU Salman ceramah tahun lepas, dia selit satu amalan 'mahal' yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.

Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.

Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.

1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A'la ini.
4) Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.

Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.

Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.

Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

#MFS
- Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. - "
.

Khamis, November 22, 2018

FATWA Imam Asy Syafie tentang tahlilan


Fatwa Imam Asy Syafi’i tentang Kenduri Arwah, Tahlil, Yasin dan doa Selamat.

Foto untuk hiasan
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, pada hari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa daripada Imam Asy Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَیَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْیَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ( ائم ة العلم اء الش افع یة ) yang berpegang
kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam asy Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِیْرَانِ الْمَیِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِھِ اَنْ یَعْمَلُوْا لاَھْلِ الْمَیِّتِ فِىْ یَوْمِ یَمُوْتُ وَلَیْلَتِھِ طَعَامًا مَا
یُشْبِعُھُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Fatwa Imam Asy Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِیْنَ قُتِلَ قَ الَ النَّبِ ي صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ :
اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاھُمْ مَایُشْغِلُھُمْ . (حسنھ الترمزى وصححھ الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.
Menurut fatwa Imam Asy Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan
juga di dalam kitab ( اعانة الطالبین ) jld. 2. hlm. 146:
وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْ رَهُ الضِّ یَافَةُ مِ نَ الطَّعَ امِ مِ نْ اَھْ لِ الْمَیِّ تِ لاَنَّ ھُ شَ رَعَ فِ ى السُّ رُوْرِ وَھِ يَ
بِدْعَةٌ
“Imam Asy Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.

Seterusnya di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Asy Syafie rahimahullah berfatwa lagi:
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَ لْ كَ لُّ
ذَلِكَ حَرَامٌ
1 H/R Asy-Syafie (I/317), Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) pada hari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) pada hari pertama kematian, hari ketiga, hari ketujuh, hari keempat puluh, hari keseratus, setelah setahun kematian dan pada hari-hari seterusnya sebagaimana
yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Asy Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.

Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama a ( اعانة الط البین ) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:
وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ ھَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَ رَةِ فِیْ ھِ اِحْیَ اءٌ لِلسُّ نَّة وَاِمَاتَ ةٌ لِلْبِدْعَ ةِ وَفَ تْحٌ
لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَیْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْ وَابِ الشَّ رِّ ، فَ اِنَّ النَّ اسَ یَتَكَلَّفُ وْن تَكَلُّفً ا كَثِیْ رًا
یُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ یَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia daripada perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama pada hari khaul ( خ ول ). Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Asy Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul di rumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.
Di dalam kitab fikh ( حاش یة القلی وبي ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab ( – قلی وبى – عمی رة
حاش یتان ) juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:
2 Lihat: اعانة الطالبین juz 2 hlm. 145.
قَالَ شَیْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُھَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ
مِمَّا یُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَیْھِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِ دَهُ وَمِ ن ال ذَّبْحِ عَلَ ى
الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِ نْ مَ الٍ مَحْجُ وْرٍ وَلَ وْ مِ نَ التَّركَ ةِ ، اَوْ مِ نْ مَ الِ مَیِّ تٍ
عَلَیْھِ دَیْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَیْھِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si mati sama ada sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.

Di dalam kitab ( الفقھ على المذاھب الاربعة ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:
وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْھَ ةِ مَ ا یَفْعَ لُ الآن مِ نْ ذَبْ حِ ال ذَّبَائِحَ عِنْ دَ خُ رُوْجِ الْمَیِّ ت اَوْ عِنْ دَ الْقَبْ رِ
وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ یَجْتَمِعُ لِتَّعْزِیَةِ .
“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu’, masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi’ (مبت دع ) “pembuat atau aktivis bid’ah” sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh
pengamalnya tentang haram dan tegahannya daripada Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.

Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya
masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:
وَاِنْ تُطِ ع اَكْثَ رَ مَ ن فِ ى اْلاَرْضِ یُضِ لُّوْكَ عَ ن سَ بِیْلِ اللهِ اِنْ یَّتَّبِعُ وْن اِلاَّ الظَّ نَّ وَاِنْ ھُ مْ اِلاَّ
یَخْرُصُوْنَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (QS. Al-An’am, 6:116)
Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al- Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَ اك عَلَ ى شَ رِیْعَةٍ مِ نَ اْلاَمْ رِ فَاتَّبِعْھَ ا وَلاَ تَتَّبِ عْ اَھْ وَاء الَّ ذِیْنَ لاَ یَعْلَمُ وْنَ . اَنَّھُ مْ لَ نْ
یُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَیْئًا
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah”. (QS. Al-Jatsiyah, 45:18-19)

Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid’ah, maka perbuatan tersebutadalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar.

Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama daripada mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.
Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Khamis, Ogos 02, 2018

KERNA bid'ah hasanah muncullah Kristian

TIDAK banyak ahlul agama kita suka atau sanggup membicarakan bab bid'ah di ceramah terbuka,  seperti di masjid atau surau. Mereka bukan tidak suka bid'ah itu difahami secara jelas termasuk contoh dan kesannya,  tetapi tidak sanggup mengharungi dan melihat wujudnya perbedaan pendapat yang ada. Membicarakan bid'ah secara jujur, pastilah disebutkan contoh-contoh yang paling hampir supaya khalayak agama dapat menerima maklumat yang tuntas dari semua sudut.


Bid'ah itu sangat serius kesannya,  sekalipun cuba disusutkan isunya dalam mempelajari agama. Ini sebagian daripada teks hadis Rasulullah Syallallahu alaihi wasallam berkenaan ancaman bid'ah.
"Amma ba'du,  maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah perkara bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat. " (riwayat Imam Muslim).

Apa itu bid'ah?
".... Dan jauhkanlah diri kalian daripada  perkara-perkara yang baru dalam agama,  kerana setiap perkara yang baru dalam agama adalah bid'ah  dan setiap bid'ah adalah sesat." (riwayat Imam Abu Dawud,  At Tirmidzi dan Ibn Majah.)

Kata Imam Syatibi dalam kitab al I'tisam,  bid'ah adalah ritual ibadah rekaan yang menyerupai ibadah sebenar dan tujuan direka ibadah itu pun untuk lebih khusuk terhadap Allah. Ya,  pasti akal akan menyokong bid'ah sebab bentuk,  cara diamalkan serta tujuannya baik,  malah ikhlas kerana Allah. Cumanya,  itu rekaan manusia selepas kewafatan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Mengapa tidak boleh beribadah yang bid'ah?
"Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak termasuk dalam urusan kami,  maka hal itu tertolak." (riwayat Imam Muslim)

Mengapa besarkan hal furu?
Virus bid'ah bukan hal furu atau ranting agama,  tapi ancaman terhapusnya ketulenan agama Allah.  Lihat apa sudah jadi ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa? Di tangan ahlul agama yang mendewakan akal serta nafsu,  kedua-dua ajaran nabi Allah itu ditokok tambah hingga syariat asal yang diajarkan oleh kedua-dua nabi Allah itu jauh daripada yang tulen.

Ambil saja akidah triniti dalam Kristen, tuhan itu tiga,  tiga dalam satu. Manusia pula dikatakan menanggung dosa Nabi Adam.  Semua ini masih satu ajaran agama bertujuan menjadikan manusia dekat kepada Allah,  tetapi itu rekaan bukan akidah dan ibadah yang diajarkan oleh nabi Isa. Dalam pemahaman umat Islam,  rekaan syariat dalam agama nabi Musa dan nabi Isa disebut bid'ah hasanah.  Bid'ah hasanah adalah rekaan tatacara beragama yang tujuannya untuk lebih khusuk beragama.

Ambillah iktibar terhadap kecurangan membuat bid'ah hasanah dalam agama nabi Musa dan nabi Isa, untuk umat Islam menjaga ketulenan agama yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam. Cuba,  kuatkan minda untuk siap sedia menerima penjelasan dan dialog berkenaan bid'ah dalam agama Allah. Sungguh jika dikaji dalam-dalam,  agama yang disebut sebagai Kristian,  Yahudi,  Hindu dan Buddha merupakan hasil inovasi atau bid'ah dalam agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul zaman dahulu.

Isnin, September 04, 2017

PELAJARI sejarah tahlilan untuk mantapkan fahaman.

TAHLILAN atau majlis ibadah mengirimi pahala kepada arwah sangat mantap dalam budaya beragama masyarakat Nusantara. Jika ada kematian pastilah bertahlilan, sejak kematian sehingga selesai penguburannya berkali-kali dilakukan tahlilan mengikut kehendak orang yang hadir. Hampir semua majlis, seperti hari raya, perkahwinan, persediaan peperiksaan, persiapaan berhaji, majlis rombongan atau mahu membangun rumah, pasti dibuat tahlilan. Bagi mereka rugi jika tidak dibuat tahlian. Tahlilan sudah seperti shalat berjamaah pada zaman Nabi shallalahu alaihi wasallam, yang baginda dan para sahabatnya tidak meninggalkannya. Walhal tahlilan (semua susunan ayat yang dibaca, tujuan dan pilihan bertahlilan) tidak ada pada zaman Nabi kita.

Foto untuk hiasan saja

Berikut di bawah adalah kajian ilmiah pencinta Sunah Nabi shallalahu alaihi wasallam di Indonesia berkaitan tahlilan. Penulis membuat sedikit suntingan untuk disesuaikan dengan blog ini, termasuk menokok sumber rujukan iaitu buku Prof Dr Hamka. Silakan memahaminya!

Perintis, pelopor dan pembuka pertama penyebaran serta pengembangan Islam di Pulau Jawa adalah para ulama/mubaligh yang berjumlah sembilan orang, yang popular dengan panggilan Wali Songo. Atas perjuangan mereka, berhasil mendirikan sebuah kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa yang berpusat di Demak, Jawa Tengah.

Para ulama yang sembilan dalam menyebarkan dan mengembangkan Islam di tanah Jawa yang majoriti penduduknya beragama Hindu dan Buddha mendapat kesulitan dalam membuang adat istiadat upacara keagamaan lama bagi mereka yang telah masuk Islam.

Para ulama yang sembilan (Wali Songo) dalam mengatasi masalah adat istiadat lama bagi mereka yang telah masuk Islam terbahagi menjadi dua aliran iaitu aliran GIRI dan aliran TUBAN.

Aliran GIRI adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Sunan Giri (Raden Paku atau Ainul Yaqin) dengan para pendukung Sunan Ampel (Raden Rahmat), Sunan Drajat (Raden Qasim) dan lain-lain.

Dalam masalah ibadah aliran ini sama sekali tidak mengenal kompromi dengan ajaran Buddha, Hindu, kepercayaan dan animisme. Sesiapa yang secara suka rela masuk Islam lewat aliran ini, perlu sanggup membuang jauh-jauh segala adat tradisi lama yang bertentangan dengan syari’at Islam tanpa kecuali. Kerana murninya aliran dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam, maka aliran ini disebut Islam Putih.

Adapun aliran TUBAN adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Sunan Kalijaga (Raden Sahid) yang didukung oleh Sunan Bonang (Raden Makhdum Ibrahim), Sunan Muria (Raden Umar Said), Sunan Kudus (Ja'far Shadiq), dan Sunan Gunung Djati (Syarif Hidayatullah).

Aliran ini sangat moderat, mereka membiarkan dahulu terhadap pengikutnya yang mengerjakan adat tradisi upacara keagamaan lama yang sudah mendarah daging sulit dibuang, yang penting mereka mahu memeluk Islam. Agar mereka jangan terlalu jauh menyimpang dari syari’at Islam maka para wali aliran Tuban berusaha agar adat istiadat Buddha, Hindu, dan animisme  diwarnai keislaman. Kerana moderatnya aliran ini maka pengikutnya jauh lebih banyak dibandingkan dengan pengikut aliran Giri yang “tegas”. Aliran ini sangat disorot oleh aliran Giri kerana dituduh mencampur-adukkan syari’at Islam dengan agama lain. Maka aliran ini dilabel sebagai aliran Islam abangan (campuran antara agama Islam dan tradisi agama lain seperti Hindu dan Buddha)

Dengan ajaran agama Hindu yang terdapat dalam kitab Brahmana, sebuah kitab yang isinya mengatur tata cara pelaksanaan korban, sajian-sajian untuk sembahan dewa-dewa dan upacara menghormati roh-roh orang yang telah mati (nenek moyang) ada aturan yang disebut Yajna Besar dan Yajna Kecil.

Yajna Besar terbahagi menjadi dua bahagian iaitu Hafiryayajna dan Somayjna. Somayjna adalah upacara khusus untuk orang-orang tertentu. Adapun Hafiryayajna untuk semua orang. Hafiryayajna terbahagi pula menjadi empat bahagian iaitu : Aghnidheya, Pinda Pitre Yajna, Catur Masya, dan Aghrain. Dari empat macam tersebut ada satu yang sangat berat dibuang sampai sekarang bagi orang yang sudah masuk Islam iaitu upacara Pinda Pitre Yajna (suatu upacara menghormati roh-roh orang yang sudah mati).

Dalam upacara Pinda Pitre Yajna, ada suatu keyakinan bahawa manusia setelah mati, sebelum memasuki karman, yakni menjelma lahir kembali ke dunia dengan menjadi dewa, manusia, binatang dan bahkan menjelma menjadi batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain sesuai dengan amal perbuatannya selama hidup, dari 1-7 hari roh tersebut masih berada dilingkungan rumah keluarganya. Pada hari ke 40, 100, 1000 dari kematiannya, roh tersebut datang lagi ke rumah keluarganya. Maka dari itu, pada hari-hari tersebut perlu diadakan upacara saji-sajian dan bacaan mantera-mantera serta nyanyian suci untuk memohon kepada dewa-dewa agar rohnya si fulan menjalani karma menjadi manusia yang baik, jangan menjadi yang lainnya.

Pelaksanaan upacara tersebut diawali dengan Aghnideya, iaitu menyalakan api suci (membakar kemenyan) untuk berhubung dengan para dewa dan roh si fulan yang dituju. Selanjutnya diteruskan dengan menghidangkan saji-sajian berupa makanan, minuman dan lain-lain untuk dipersembahkan ke para dewa, kemudian dilanjutkan dengan bacaan mantra-mantra dan nyanyian-nyanyian suci oleh para pendeta agar permohonannya dikabulkan.

Musyawarah Para Wali

Pada masa para wali di bawah pimpinan Sunan Ampel, pernah diadakan musyawarah di antara para wali untuk memecahkan adat tradisi lama bagi orang yang telah masuk Islam. Dalam musyawarah tersebut Sunan Kalijaga selaku ketua aliran Tuban mengusulkan kepada majlis musyawarah agar adat istiadat lama yang sulit dibuang, termasuk di dalamnya upacara Pinda Pitre Yajna digantikan dengan unsur keislaman.

Usulan tersebut menjadi masalah yang serius pada waktu itu sebab para ulama (wali) tahu benar bahawa upacara kematian adat lama dan lain-lainnya sangat menyimpang dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Mendengar usulan Sunan Kalijaga yang penuh diplomatis itu, Sunan Ampel selaku penghulu para wali pada waktu itu dan sekaligus menjadi ketua sidang/musyawarah mengajukan pertanyaan sebagai berikut :

“Apakah tidak dikhuatirkan di kemudian hari, bahawa adat istiadat lama itu nanti akan dianggap sebagai ajaran Islam, sehingga kalau demikian nanti apakah hal ini tidak akan menjadikannya bid’ah?”

Pertanyaan Sunan Ampel tersebut kemudian dijawab oleh Sunan Kudus sebagai berikut :

“Saya sangat setuju dengan pendapat Sunan Kalijaga”

Sekalipun Sunan Ampel, Sunan Giri, dan Sunan Drajat keras membantah, akan tetapi majoriti anggota musyawarah menyetujui usulan Sunan Kalijaga, maka hal tersebut berjalan sesuai dengan keinginannya. Mulai saat itulah secara rasmi berdasarkan hasil musyawarah, upacara dalam agama Hindu yang bernama Pinda Pitre Yajna dilestarikan oleh orang-orang Islam aliran Tuban yang kemudian dikenal dengan nama nelung dino (kenduri hari ketiga), mitung dina (kenduri hari ketujuh), matang puluh (kenduri hari keempat puluh), nyatus (kenduri hari keseratus), dan nyewu (kenduri ulang tahun ketiga kematian).

Dari akibat lunaknya aliran Tuban, maka bukan saja upacara seperti itu yang berkembang subur, akan tetapi keyakinan animisme  serta upacara-upacara adat lain ikut berkembang subur. Maka dari itu tidak hairanlah muridnya Sunan Kalijaga sendiri yang bernama Syekh Siti Jenar merasa mendapat peluang yang sangat leluasa untuk mensinkritismekan ajaran Hindu dalam Islam. Dari hasil olahannya, maka lahir suatu ajaran klenik/aliran kesufian yang berbau Islam. Dan tumbuhlah apa yang disebut “Manunggaling Kaula Gusti” yang ertinya Tuhan menyatu dengan tubuhku (Wahdatul Wujud). Maka tatacara untuk mendekatkan diri kepada Allah lewat solat, puasa, zakat, haji dan lain sebagainya tidak perlu dilakukan apabila mencapai tingkatan (maqam) tertentu.

Sekalipun Syekh Siti Jenar berhasil dibunuh, akan tetapi murid-muridnya yang cukup banyak sudah menyebar dimana-mana. Dari itu maka ajaran seperti itu hidup subur sampai sekarang.

Keadaan umat Islam setelah para wali meninggal dunia semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya. Para ulama aliran Giri yang cuba mempengaruhi para raja Islam khususnya dan masyarakat pada umumnya untuk menegakkan syari’at Islam yang murni mendapat kecaman dan ancaman dari para raja Islam pada waktu itu, kerana majoriti raja-raja Islam menganut aliran Tuban. Sehingga pusat pemerintahan kerajaan di Demak berusaha dipindahkan ke Pajang agar terlepas dari pengaruh para ulama aliran Giri.

Pada masa kerajaan Islam di Jawa, di bawah pimpinan raja Amangkurat I (1654-1677), seramai 7,000 orang ulama beraliran Giri telah ditangkap dan dibunuh di lapangan Surakarta kerana dituduh cuba mempengaruhi istana dan masyarakat. Melihat tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap ulama aliran Giri itu, maka Raden Trunojoyo serta Santri Giri berusaha menyusun kekuatan untuk menyerang Amangkurat I yang kejam itu.

Pada masa kerajaan dipegang oleh Amangkurat II sebagai pengganti ayahnya, dia membalas dendam terhadap Trunojoyo yang menyerang pemerintahan ayahnya. Dia bekerja sama dengan VOC menyerang Giri Kedaton dan semua upala serta santri aliran Giri dibunuh habis-habisan, bahkan semua keturunan Sunan Giri dihabisi juga. Dengan demikian lenyaplah sudah ulama-ulama penegak Islam yang tegar. Ulama-ulama yang boleh hidup di masa itu adalah ulama-ulama yang lunak (moderat) yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang ada. Maka bertambah suburlah adat-istiadat lama yang melekat pada orang-orang Islam, terutama upacara adat Pinde Pitre Yajna dalam upacara kematian.

Rujukan:

- K.H. Saifuddin Zuhn, Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia, Al Ma’arif Bandung 1979.

- Umar Hasyim, Sunan Giri, Menara Kudus 1979.

- Solihin Salam, Sekitar Wali Sanga, Menara Kudus 1974.

- Drs. Abu Ahmadi, Perbandingan Agama, Ab. Siti Syamsiyah Solo 1977.

- Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia, Tri Karya, Jakarta 1961.

- Hasil wawancara dengan tokoh agama Hindu.

- A. Hasan, Soal Jawab, Diponegoro Bandung 1975.

- Prof. Dr. Hamka, Dari Perbendaharaan Lama,  Pustaka Panjimas, Jakarta, 1982.

Sabtu, Januari 28, 2017

"INILAH sebaik-baik bid'ah" tolonglah Pak Kiyai pahami.

hanya hiasan
SEBAHAGIAN orang suka mengambil kata-kata Khalifah Umar al-Kattab iaitu, “Ini sebaik-baik bid’ah.”  Hal ini merujuk pada tindakan Khalifah Umar mengumpulkan banyak orang shalat malam pada bulan Ramadan, berimamkan seorang sahaja.  Maksudnya, orang yang sukakan bid’ah mengatakan Khalifah Umar pun membuat bid’ah, maka tidak salah apa-apa  jika orang jaman-jaman seterusnya berbuat bid’ah sebab yang dilakukan amat baik.

Penulis mencuplik kisahnya. Seorang sahabat,  Abdurrahman bin Abdul Qariy berkata : “Suatu malam di bulan Ramadhan, aku keluar bersama Khalifah Umar bin Al-Khattab menunju masjid. Ternyata kami dapati manusia berpencar-pencar di sana-sini. Ada yang shalat sendirian, ada juga yang shalat mengimami beberapa orang.  Beliau (Umar) berkomentar: “(Demi Allah), seandainya aku kumpulkan orang-orang itu untuk shalat bermakmum kepada satu imam, tentu lebih baik lagi”. Kemudian beliau melaksanakan tekadnya, beliau mengumpulkan mereka untuk shalat bermakmum kepada Ubay bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman melanjutkan: “Pada malam yang lain, aku kembali keluar bersama beliau, ternyata orang-orang sudah sedang shalat bermakmum kepada salah seorang qari mereka. Beliaupun berkomentar, “Ini sebaik-baik bid’ah, namun mereka yang tidur dahulu (sebelum shalat) lebih utama dari mereka yang shalat sekarang.”  Yang Khalifah Umar  maksudkan iaitu mereka yang shalat pada akhir waktu malam. Sedangkan orang-orang tadi shalat di awal waktu malam”
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha (I : 136-137), demikian juga Al-Bukhari (IV : 203), Al-Firyabi (II : 73, 74 : 1-2). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Syaibah (II : 91 : 1) dengan lafazh yang mirip, namun tanpa ucapan beliau : “sebaik-baiknya bid’ah, ya yang seperti ini”. Demikian juga Ibnu Sa’ad (V : 42) dan Al-Firyabi dari jalur lain (74 : 2) meriwayatkannya dengan lafazh : “kalau yang seperti ini dianggap bid’ah, maka sungguh satu bid’ah yang amat baik sekali”. Para perawinya terpercaya, kecuali Naufal bin Iyyas. Imam Al-Hafizh mengomentarinya dalam “At-Taqrib” ; “Bisa diterima”, maksudnya apabila diiringi hadits penguat, kalau tidak, maka tergolong hadits yang agak lemah. Begitu penjelasan beliau dalam mukaddimah buku tersebut.

Khalifah Umar bukan mereka-reka sendiri perbuatan mengumpul orang shalat malam dalam satu jamaah berimamkan seorang qari.  Sungguh sahabat yang mulia hanya menuruti sahaja apa yang pernah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah s.a.w.  Perhatikan apa yang diceritakan oleh Isteri Rasulullah.

Daripada  A’isyah r.a., dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam keluar di tengah malam untuk melaksanakan shalat di masjid, orang-orang kemudian mengikuti beliau dan shalat di belakangnya. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut shalat dengan beliau. Dan pada waktu paginya orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar untuk shalat dan mereka shalat bersama beliau. Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jama’ah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk shalat Shubuh. Setelah beliau selesai shalat Fajar, beliau menghadap kepada orang banyak membaca syahadat lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut shalat tersebut akan diwajibkan atas kalian, sementara kalian tidak mampu.” (HR al-Bukhari no. 924 dan Muslim no. 761)

Kan jelas Khalifah Umar hanya membina semula apa yang telah dibina oleh Rasulullah, dan kemudian dihentikan atas sebab yang disebut oleh Rasulullah juga.  Apabila Rasulullah sudah wafat, tidak ada lagi wahyu turun, maka Khalifah Umar membangunkan semula shalat malam berjamaah pada bulan Ramadan.  Apakah ini masih dikata Khalifah membikin tatacara ibadah sendiri?


Jika Khalifah mahu membikin shalat berjamaah yang tidak ditunjuk oleh Rasulullah, banyak lagi shalat sunat yang dilakukan oleh manusia pada jamannya secara terpencar-pencar (malah sehingga hari ini). Khalifah Umar kekal membiarkan orang shalat tahiyatal masjid secara terpencar-pencar.  Begitu juga shalat sunat rawatib. Bukankah bisa saja Khalifah Umar mengumpulkan manusia buat shalat rawatib berjamaah dan mengatakan ‘Ini adalah sebaik-baik bid’ah.’  Nyatanya, bukan saja Khalifah Umar tidak melakukannya, malah tidak ada seorang pada jaman salaf atau ulama jaman sesudahnya berani mengumpulkan orang buat shalat tahiyatal masjid secara berjamaah!

Ahad, Januari 08, 2017

KEMAHIRAN Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan tahlil arwah

APABILA ibadah dilakukan sebab warisan, ada kemungkinan akan berkonflik dengan al-Quran dan sunah Nabi s.a.w.  Ada yang mahu ibadah itu disesuaikan menuruti jalan Allah dan nabi-Nya. Ada pula yang mahu wahyu Allah dan petunjuk nabi-Nya disesuaikan pula dengan amal ibadah bangsa yang sudah mantap dan meluas.

Contoh terbaik ialah ibadah berkait orang mati iaitu Tahlilan Arwah.  Sudah jelas kepada semua ahli agama ibadah itu bukan yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. atau para sahabatnya. Ini rekaan oleh ahli agama bangsa ratusan tahun dahulu.  Sebagian ahli agama yang mahu menuruti sunah Nabi s.a.w. mahu Tahlilan Arwah itu dihentikan untuk menjaga ketulenan ajaran  Nabi s.a.w.  Penggiat Tahlilan Arwah mempunyai hujahnya sendiri iaitu, 'walaupun tidak daripada Nabi s.a.w. tetapi tahlilan arwah itu baik dan niatnya baik' dan satu lagi 'tidak ada larangan daripada Nabi s.a.w.'.

Benarkah Nabi tidak melarang tahlilan arwah? Jika kita mencari sabda Nabi s.a.w. yang begini memang tidak ada: "Janganlah kalian lakukan tahlilan arwah sesudah ketiadaanku."

Perhatikan hadis sahih berikut, harap penggiat Tahlilan Arwah ada unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam memahaminya.
Daripada A'isyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara  yang tidak ada padanya, maka ia tertolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika hadis itu dibahas oleh murid sekolah yang berunsur KBAT tentu mereka menyenaraikan beberapa maksud hadis yang tersirat selain tersurat itu.  Antaranya seperti:
 - mencipta ibadah sendiri adalah kerja sia-sia.
 - kita tidak ada hak mencipta amal ibadah.
 - Nabi s.a.w. melarang kita mencipta ibadah sendiri.
 - Nabi s.a.w. mahu umatnya hanya mengguna pakai ibadah yang  baginda ajarkan.
 - Ibadah dalam Islam hak Allah dan rasul-Nya.
 - Muslim diminta patuh saja apa yang Nabi s.a.w. ajarkan.

Semoga program KBAT Kementerian Pendidikan akan melahirkan rakyat yang betfikiran  matang dan keluar daripada belenggu kejumudan berfikir.

Selasa, November 01, 2016

TAHLILAN arwah itu daripada Samaveda Samhita?



ISLAM agama wahyu, yang punya citra tersendiri.  Allah sangat mahu hamba-hamba-Nya yang patuh senantiasa menjaga keberadaan dalam agama yang benar ini. Allah perintahan terus dalam al-Quran atau melalui utusan-Nya, Muhammad Rasulullah s.a.w. agar orang Islam yang beriman teguh dengan citra Islam. Hal ini bermaksud, tidak dapat diterima sama sekali adanya persamaan dengan penganut agama lain yang Allah tidak reda.

Dalam hal ketauhidan, jelas Allah mahu umat Islam berbeda dengan penganut agama lain.  Seruan Tuhan sebenar ialah Allah dan Allah itu tunggal, tidak dilahirkan atau punya keturunan (al-Quran surah al-Ikhlas).  Bahawa Allah itu tidak menyamai apa pun (al-Quran surah Syura: 11).  Walhal penganut agama lain membikin berhala dan gambar yang dikatakan arca tuhan!

Jika orang Yahudi berpuasa, Muhammad Rasulullah s.a.w. mengajarkan amalan bersahur agar berbeda dengan penganut Yahudi.  Jika kaum penyembah berhala itu mencukur jenggot dan membiarkan  kumisnya, maka sekali lagi Muhammad Rasulullah s.a.w. memerintahkan hamba Allah beriman agar menipiskan kumis dan membiarkan jenggotnya panjang.  Ini sebagian kaedah agar jelas siapa orang Islam yang beriman dalam kalangan kelompok manusia lain.

Di Makkah dahulu, telah ada tawaran daripada penyembah berhala agar kompromi atau tolak-ansur antara ibadah menyembah berhala dengan menyembah Allah yang satu. Allah balas terus dengan turunnya surah al-Kafirun: Bagi kamu itu agama kamu, dan bagi kami ini agama kami!  Sangat jelas, tidak ada silang amal ibadah atau penyusupan ibadah penyembah berhala dalam Islam dengan helah berdakwah atau menjaga persaudaraan dalam bangsa.


Lalu mengapa majlis ibadah dalam Hindu seperti peringatan terhadap ruh-ruh orang mati pada hari-hari tertentu disusupkan dengan ayat-ayat al-Quran, dan dikatakan ini sebagai ibadah dalam agama Islam? Lihat saja ibadah tahlilan arwah yang sejarahnya daripada Hindu jaman Majapahit, dipertahankan oleh ustaz dan kiyai! Untuk apa?


sumber tahlilan arwah

Isnin, Mac 14, 2016

TAHLILAN arwah itu diakui daripada Hindu Buddha

TAHLILAN orang mati yang dipahami sebagai ritual agama Islam hanya ada di Nusantara.  Kerna itu telah berlaku perdebatan atau diskusi kedudukan tahlilan arwah sebagai ritual agama. Sebagian ilmuan yang menjunjung ketulenan beragama berhujah tahlilan arwah atau selametan itu tidak ada pada jaman Nabi s.a.w.  Sebagian lagi menjawab ritual tahlilan itu tetap diterima sebagai  jalan ibadah kerna di dalamnya terkandung bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.  Ini dilihat sangat baik dan sesuai dengan adat budaya masyarakat Nusantara.

Kiyai Idrus Ramli bukan nama kecil dalam dakwah.  Beliau pula terkenal sebagai pejuang agama versi Nusantara yang melanggengkan tahlilan arwah, selametan, yasinan malam Jumaat dan hal-hal lain yang dikritik oleh pihak 'wahabi'.  Namun Kiyai Idrus Ramli mengakui bahwa sejarahnya, tahlilan arwah itu berasal dari luar Islam. Sebelum beragama Islam, masyarakat Nusantara telah terlalu lama beramal dengan Hindu-Buddha.  Terlalu sukar masyarakat menyisihkan terus ritual Hindu-Buddha.  Oleh itu konsep ritual kematian dalam Hindu-Buddha dikekalkan, tetapi isinya ditukar kepada ayat-ayat al-Quran.

Komentar pengarang: Setelah sadar begitu, kembalilah ke jalan salafus shalih. Manhaj salaf sebaik-baik jalan memahami dan melalui keagamaan.




Sabtu, Mac 12, 2016

GAME OVER pembuat bid'ah hasanah

MEMERIMA bid’ah sebagai rekaan baru dalam agama dan mengatakan ada bid’ah hasanah dan bid’ah dolalah sudah biasa didengar.  Maknanya mereka mengakui bahawa terdapat ibadah yang sebenarnya rekaan, atau bukannya tulen daripada ajaran Rasulullah s.a.w.. Namun mereka mendakwa jika ‘perkara itu baik adalah agama’ dan ‘tidak mungkin membaca al-Quran masuk neraka’…. Itulah asasnya bid’ah yang baik atau hasanah.

Kalimah bid’ah dan takrifan sebagai perkara baru dalam agama datang daripada sabda Nabi s.a.w.  Menurut ‘Irbadh bin Sariyah, “Rasulullah mengimami kami shalat subuh, kemudian baginda  berpaling ke belakang menghadap kami, lalu baginda menasihati kami dengan wasiat yang mendalam sehingga menitiskan air mata dan menusuk hati.  Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, nampaknya ini seperti nasihat perpisahan, berwasiatlah kepada kami’.

Baginda s.a.w. bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh (kepada pemimpin), walaupun pemimpin kamu seorang hamba abdi berkulit hitam.  Sesiapa antara kamu masih hidup setelah ketiadaanku, dia akan melihat banyak perselisihan.  Oleh itu, kamu hendaklah berpegang teguh kepada sunahku dan sunah khulafa al rasyidin yang mendapat petunjuk.  Gigitlah ia (sunah) dengan geraham (iaitu berpegang teguh).  Kamu hendaklah menjauhi perkara-perkara baru, kerna setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud)

Oleh kerna telah didapati banyak juga amalan ibadah baru, tidak berasal daripada ajaran Nabi s.a.w. maka orang-orang agama pun berhujah bid’ah yang dilakukan adalah perkara baik atau bid’ah hasanah. “asalkan perkara baik adalah agama dan tidak mungkin membaca al Quran masuk neraka.”  Antara ibadah atau amalan yang digazetkan dalam bid’ah hasanah (bukannya bid’ah yang buruk yang sesat) adalah kenduri arwah, bertahlil arwah, membaca al Quran di atas kubur, merayu-rayu di kubur dan beberapa yang lain.

Namun, tidak mudah orang  yang mendukung bid’ah hasanah dapat memberi contoh bid’ah dolalah dalam amalan atau ibadah. Mereka mendiamkan diri, sama ada tidak mengetahuinya atau menyembunyikannya.

Tidak mengapalah mereka menerima bid’ah hasanah dan yakin itu adalah ibadah tambahan yang diyakini sebagai amalan sunah.  Mereka tidak menafikan itu adalah ibadah atau amalan baru yang bukan daripada Nabi s.a.w.

Mereka akan terdiam apa bila dikatakan sebaik mana pun bid’ah hasanah itu, hanyalah amalan sia-sia, tidak berguna di sisi Allah dan rasulnya.

Menurut A’isyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya) “Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (agama) perkara yang tidak terdapat padanya, maka amalan itu tertolak.” (HR al Bukhari)

“Sesiapa yang melakukan amalan yang bukan daripada suruhan kami (urusan agama) maka ia (amalan itu) tertolak.” (HR Muslim)

Akhirnya mereka berkata, “kita buat juga…terpulanglah kepada Allah memilih mana yang betul dan membuang mana yang salah.”  Demikianlah agama Islam kepada pembuat bid’ah, agama masih dalam kesamaran. Islam bagi mereka masih kabur, tiada kepastian dan dalam sangkaan belaka.


Semoga kita terjauh daripada berfikiran pembuat bid’ah kerna di sisi mana pun mereka kehilangan hujah, kecuali hawa nafsu.

Selasa, Disember 02, 2014

BID'AHKAH solat Subuh tiga rakaat?

CATATAN pagi yang dingin. Gara-gara kenduri arwah yang sangat perlu dan popular dikatakan bid’ah atau sesat kerna didakwa tidak ada dalam sunah Nabi s.a.w.  Seorang sahabat memasukkan sebagian ucapan seorang ulama, yang marah-marah dikatakan kenduri arwah sebagai bid’ah. Marah-marah lagi terhadap orang yang menyatakan ha itu jadi sesat.  Beberapa teman menyambut, “hal baik, apa salahnya? Apa sesatnya?”

Saya Cuma mahu menjadikan bahan fikir. 

Kita terima dulu hujahan bahawa kenduri arwah itu kebaikan. Di dalamnya berkumpul orang yang mencari reda Allah. Mereka diketuai oleh yang paling alim dalam agama. Mereka membacakan susunan ayat-ayat al-Quran, bukan jampi serapah!  Mereka berdoa kepada Tuhan dan akhirnya menjamu sedikit rezeki yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya. 

Hukumnya apa? Katanya tidak wajib sebab tidak diperintahkan supaya buat. Memang tidak ada dalam al-Quran dan Sunah Nabi s.a.w., tetapi semua kandungan kenduri itu penuh kebajikan, maka hukumnya sunat. Catatan si ulama, “jika tidak mahu kenduri arwah jangan menghukum bid’ah dan sesat, bukan perkara wajib pun.”

Banyak memberi ‘like’ terhadap hujah ini.

Yang ini sebagai bahan fikir dan perbandingan. Bahan berfikir untuk menentukan kebenaran hujah. Hmmm, selama ratusan tahun di negeri kita orang solat subuh dua rakaat.  Katakan kita bertualangan ke negeri lain dan menemui masyarakat muslimnya solat subuh tiga rakaat. Kerna tak tahan di hati, maka dikatakan “tidak boleh menambah satu rakat lagi dalam subuh, tetap dua.  Jangan bikin bid’ah.”

Masyarakat muslim negeri itu pun memberitahu bahawa penambahan satu rakaat dalam subuh adalah baik, semua bacaannya sama seperti rakaat lain dalam solat.  Tujuannya pun untuk mencari reda Allah. Menambah satu rakaat untuk lebih dekat kepada Allah pada saat pagi yang hening!  Apa salahkah, bid’ahkah atau sesatkah?

Sepatutnya, apabila orang menerima hujah kenduri arwah itu bagus dan sunat sebab hal baik di sisi agama, orang yang sama mestilah menerima tambahan satu rakaat dalam solat subuh sebagai baik dan sunat.  Jika orang meminta jangan marah dengan kenduri arwah itu, maka orang pun jangan marah dengan tambahan satu rakaat dalam solat subuh!

Rupa-rupanya urusan ibadah dalam agama bukan memenuhi kehendak akal pikiran, perasaan dan adat resam masyarakat. Bukan sekadar mewarisi ibadah daripada nenek-moyang, namun kerna ada prinsipnya.

Urusan ibadah perlukan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.  Suka tak suka, jika sudah terang ada suruhan, buatlah. Suka tak suka jika tidak ada suruhan atau contoh, tak perlu buatlah.  Ibadah bukan memenuhi kehendak akal, perasaan dan adat resam.

Sebagai contoh, dalam bab berwuduk ada babnya yang dianjurkan menyapu bahagian atas kasut atau sarung kaki sebagai ganti membasuh kaki. Menyapu atas kasut, bukannya membasuh tapak kasut!  Itulah yang Rasulullah tunjukkan kepada umatnya. Suka tak suka, kita terima, walaupun kehendak akal, perasaan dan adat resam…. yang wajib dibasuh ialah tapak kasut. Semua sedia maklum hal tapak kasut.

Kata Saidina Ali r.a. “Apabila agama hanya berlandaskan akal belaka, tentu bagian bawah khuf (kasut) lebih berhak untuk diusap daripada atasnya.  Sesungguhnya aku melihat Rasulullah mengusap khuf pada  bagian atasnya.” (HR Abu Dawud dengan sanad yang hasan/baik)

(Untuk rekod, ada sebilangan umat Islam di China yang menunakan solat Jumaat tidak sebagaimana cara di Makkah, Madinah dan Nusantara. Dan telah ada orang kita yang sampai ke sana dan terperangkap dalam cara mereka!)


Wallahu aklam

Khamis, Julai 17, 2014

KATA Imam: Ruh bersenang-lenang dengan kiriman pahala yang melimpah-ruah

CATATAN ini sebagai rekod rujukan saya (boleh juga digunakan oleh orang lain). Hari ini 17 Julai 2014 di sebuah masjid dalam daerah Sabak Bernam diadakan sambutan Nuzul al-Quran. Pihak masjid dengan beberapa institusi tempatan telah bekerjasama menjayakan program ini.  Maka diundanglah sekian banyak penuntut tahfiz untuk membaca al-Quran  sebanyak 30 juz dan pahalanya dihadiahkan kepada para arwah terpilih yang warisnya membayar sekian puluh ringgit untuk seorang arwah.

Selepas solat Maghrib diadakan ceramah berkenaan kepentingan al-Quran dalam hidup. Kesimpulannya, penceramah mengajak semua hadirin menjadikan al-Quran sebagai panduan yang sebenarnya supaya kehidupan rakyat di Malaysia menjadi aman sejahtera seperti kehidupan zaman terdahulu.

Imam masjid selaku pengerusi membuat ulasan dengan memberikan dalil begitu bermanfaatnya sebanyak 30 juzuk al-Quran yang pahala bacaannya itu sudah dihadiahkan kepada arwah-arwah terpilih.  Beliau memberikan dalil mimpi orang alim. Katanya, Si Alim bermimpi berada di alam barzakh dan memerhatikan semua yang ada di sana sedang mengutip sesuatu kecuali seorang lelaki yang bersantai saja.  Maka Si Alim mendatangi lelaki yang sedang bersantai untuk mendapat informasi. Lalu si lelaki yang bersantai itu memberitahu si Alim bahawa semua orang sedang mengutip pahala bacaan al-Quran yang dihadiahkan oleh orang-orang yang masih hidup. Dan dia tidak mengutip pahala bersama ahli kubur lain kerana sepanjang berada di alam barzakh dia sentiasa mendapat kiriman pahala bacaan al-Quran daripada anak lelakinya yang bekerja di pasar.  Kata Imam masjid, Si Alim terjaga dari mimpi dan bergegas ke pasar. Si Alim mendapati seorang lelaki sambil berjualan, mulutnya tidak henti membaca ayat al-Quran. Dia dikatakan sentiasa mengirim pahala kepada arwah bapanya!

Demikianlah dalil oleh Imam Masjid bahawa pahala bacaan al-Quran oleh orang hidup sangat bermanfaat kepada arwah-arwah sehingga dia mengatakan bahawa para arwah yang mendapat kiriman pahala bacaan al-Quran sedang bersenang lenang kerana pahala yang melimpah-ruah.

Komen saya:

Mimpi orang biasa seperti kita atau imam masjid sekalipun tidak boleh dijadikan dalil atau hujah berkenaan alam ruh. Ruh bukanlah perkara yang dapat dinyatakan secara fizikal. Malah alam kubur yang dikira paling dekat dengan kita yang masih hidup pun masih tidak dapat dibuktikan secara fizikal berkenaan soal-jawab malaikat, nyaman atau siksanya dalam kubur. Allah yang Maha Mengetahui hal ruh atau kehidupan orang mati. Lihat firman-Nya dalam surah Al-Israa’ ayat 85 (maksudnya), “Dan mereka bertanya kamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, ‘ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit’.”  Menurut Abdullah bin Abbas r.a., ayat berkenaan diturunkan setelah sekelompok kaum Yahudi bertanya kepada Rasulullah berkenaan ruh.

Tidak ada riwayat bahawa baginda Nabi s.a.w. melakukan bacaan al-Quran sama ada sendiri atau berjamaah bersama para sahabat kemudian pahalanya dikirimkan kepada arwah keluarga baginda. Walhal peringatan tentang kematian yang berhadapan dengan keadilan neraca Allah, tentang syurga dan neraka Allah sangat jelas dalam al-Quran.  Rasulullah sangat bersedih dengan kematian ahli keluarganya seperti isteri baginda, sepatutnya baginda Nabi paling hebat memberi contoh bagaimana membaca al-Quran untuk dikirimkan pahalanya kepada ruh isteri baginda.  Ini tidak berlaku.

Cara sebagian ahli agama kita melakukan ibadah untuk orang mati sedangkan baginda Nabi tidak melakukannya seolah-olah mendakwa Rasulullah tidak menyampaikan ajaran Islam dengan sebenarnya.  Bab mengirim pahala kepada orang mati Rasulullah tidak ajar, (adakah) mujur ulama Melayu dapat mengesan ketirisan Nabi dalam menyampaikan Islam! Begitukah?

Nanti ada tukang hujah berkata: "Nabi tidak larang, maka boleh buat."
Jawabnya begini: "Sila azan dan iqamah untuk solat tahajud atau tarawih, tidak ada larangan khusus daripada Nabi untuk hal itu."

Walhal baginda Nabi telah melarang melakukan ibadah baru yang direka-reka sendiri, maksudnya ibadah yang tidak ditunjukkan oleh baginda Nabi tetapi  orang membuatnya juga. Maksud hadis daripada Aisyah r.a. Nabi bersabda (maksudnya), “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (hal agama) perkara yang tidak ada padanya, maka ia (rekaan agama) tertolak.” (Riwayat Al-Bukhari).


Al-Quran pula sangat jelas mengatakan seseorang hanya menerima atau menanggung kebaikan dan keburukan diri sendiri. Ayat 38-39 surah Al-Najm (maksudnya), “Sesungguhnya seseorang tidak memikul dosa perbuatan orang lain dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.”  Boleh juga rujuk ayat 46 surah al-Fusilat.

Selasa, Disember 24, 2013

ISLAM kata Hari Natal itu bid'ah

CATATAN ini sebagai kenang-kenangan adanya Hari Natal yang dikatakan sebagai hari lahirnya Jesus atau Nabi Isa putra Maryam. Demi akidah yang benar, muslim tidak akan merayakan Hari Natal, jadi catatan di bawah sebagai coretan mencari iktibar.


Ada yang melepaskan terus nama Jesus dan Kristian daripada pemikiran umat Islam dengan alasan nama-nama berkenaan tidak ada dalam al-Quran. Maka dikatakan umat Islam tidak perlu membuat kritikan atau pembetulan terhadap pemahaman mereka.

Sebenarnya, budaya manusia juga telah menyebabkan sesuatu istilah berubah sekalipun maksudnya sama. Nama Nabi Yusuf yang ada dalam al-Quran disebut sebagai Jusuh di Terengganu dan Joseph oleh sebagian bangsa Eropah. Nama Muhammad juga disebut disebut sebagai Mehmet di Turki dan Balkan, seperti juga Mamat kepada sebagian orang Melayu. Maka apa susahnya memahami Isa telah disebut sebagai Jesus!

Memang Kristian tidak menyatakan Jesus sebagai nabi sebagaimana muslim menyatakan Isa adalah seorang nabi. Namun perhatikan persamaan-persamaan pemahaman tentang peribadi Jesus oleh penganut Kristian dan Islam.  Mungkin catatan al-Quran tidak selari dengan pemahaman umat Kristian, tetapi  menjelaskan ada titik temunya.

Jika nama ibu Jesus disebut sebagai Maria oleh umat Kristian, maka dalam al-Quran ibu Nabi Isa ialah Maryam.  Ayat 45 surah Ali-Imran menjelaskan ibu nabi Isa. “(Ingatlah) Ketika para malaikat berkata. ‘wahai Maryam, sesungguhnya Allah menyambaikan khabar gembira kepada kamu tentang satu kalimat (firman) dari-Nya., namanya Al-Maseh Isa putra Maryam seorang terkemuka di dunia dan akhirat, dan termasuk orang-orang yang didekatkan’ (kepada Allah).”

Sekalipun secara umum kitab suci umat Kristian disebut Bible, tidak kurang pula yang menyatakan kitabnya sebagai Injil.  Malah ada yang menamakan kelompok mereka sebagai pengikut Injil.  Perkataan Injil tentulah merujuk kepada kitab nabi Isa yang memang jelas difahami oleh umat Islam. Ayat 48 surah Ali Imran, “Dan Dia mengajarkan kepadanya (Isa) kitab, hikmah, Taurat dan Injil.”

Dan yang paling utama ialah berkenaan kepercayaan bahawa Jesus mati dikayu salib. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran.  Kalaulah Jesus itu bukanlah Nabi Isa, buat apa Allah menerangkan yang sebenarnya dalam ayat 157 surah An-Nisa’, “dan (Kami hukum juga) kerna ucapan mereka, ‘sesungguhnya kami telah membunuh Al-Maseh Isa putra Maryam, Rasul Allah.’ Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang lain yang diserupakan sebagai Isa.  Sesungguhna mereka yang berselisih pendapat tentang (pembunuhan) Isa, selalu  dalam keraguan tentang yang dibunuh itu.  Mereka benar-benar tidak tahu (siapa yang dibunuh) melainkan  sangkaan belaka, jadi mereka tidak yakin telah membunuhnya.”

Oleh itu agama Kristian itu sebenarnya merupakan agama bid’ah.  Ajaran agama yang diada-adakan setelah ketiadaan Nabi Isa, malah menyalahi prinsip asas agama yang dibawa oleh Nabi Isa kepada kaum Yahudi.  Bid’ah ini bermaksud ‘rekaan baru dalam agama dengan tujuan untuk menambah kecintaan dan ketaatan kepada Allah’.  Mungkin akhirnya mereka berhujah bahawa tujuan mereka mengubah pemahaman agama daripada yang diajar oleh Nabi Isa semata-mata untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah, namun apabila tatacara beragama tidak menepati yang diajarkan oleh para nabi, semua perkara baru dalam agama itu adalah kesesatan.

Contohnya, Nabi Isa tidak mengajar cara menyembah Allah dengan berkonsep kayu salib atau palang. Umat Islam boleh kata rekaan beribadah dengan menggunakan konsep kayu palang adalah bid’ah, maka itulah kesesatan. Oleh itu menjelaskan kebenaran Jesus atau Isa adalah sebagaian kerja dakwah Islam.


Kesesatan dalam beragama sangat sukar diperbetulkan kerna mereka yang terlibat sangat percaya apa yang dilakukan merupakan kebenaran agama.  Tidak mudah umat Kristian menerima hakikat bahawa Jesus tidak mati disalib. Juga sukar penganut Syiah menolak konsep imamah sebagai akidah agama. Penyembah berhala juga berkata cara ibadah mereka paling benar di sisi tuhan (kepercayaannya).  Pengamal bid’ah dalam kalangan umat Islam pun sama, walhal amalan bid’ah adalah kesesatan beragama.

Isnin, November 25, 2013

KATAKAN Facebook dan Twitter itu bid'ah!

SEORANG bergelar ustaz, penulis buku agama dan penceramah tetap beberapa buah masjid memberi contoh bid’ah sebagai ‘memakai baju kemeja’ sebab Baginda Nabi s.a.w. tidak memakai baju kemeja.  Sebelumnya dalam catatan di media sosial, dia menyindir orang yang prihatin masalah sunah dan bid’ah dengan meminta pencinta sunah tidak menggunakan komputer sebab alatan ini adalah bid’ah, tidak digunakan oleh  Baginda Nabi s.a.w. Tentulah Facebook dan Twitter juga bid’ah!


Mungkin saja memang itulah pemahaman dia mengenai bid’ah, atau dia sengaja bergurau mengenai contoh-contoh bid’ah.  Dalam beberapa perkara mungkar seperti khurafat dan syirik, mudah saja orang berwatak agama menerimanya.  Lihat saja nasib adat ‘mandi safar’ yang dahulu popular di Melaka dan sedikit kawasan lain. Hari ini Mandi Safar sudah dikuburkan sebab golongan agama memberi maksud perbuatan itu sebagai khurafat.  Lihat juga amalan membawa makanan ke kubur orang berilmu (mungkin ulama atau wali), sudah tiada lagi kerna kritikan ulama.

Bid’ah itu apa?

Dalam satu hadis, daripada Jabir bin Abdullah mengatakan yang Baginda Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya), “Sesungguhnya sebaik-baik ucapan ialah kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad (as-Sunah).  Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap yang diada-adakan adalah sesat.” (Riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, menurut Irbadh bin Sariyah (panjang hadisnya, diambil seperuh bahagian hujung) ….Sesiapa di antara kamu hidup setelah ketiadaanku, dia akan meilhat perselisihan yang banyak.  Oleh itu, berpegang teguhlah kamu dengan sunahku dan sunah khulafa ar-Rasyidun yang mendapat petunjuk.  Gigitlah ia (sunah) dengan geraham (iaitu berpegang dengan kuat). Hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang baru atau , kerna setiap perkara baru adalah bid’ah dan bid’ah itu sesat.” (Riwayat al-Bukhari)

 Nampak macam betul baju kemeja dan komputer sebagai bid’ah. Bukan itu saja yang baru,  tak terkira banyaknya.  Sesatkah memakai baju kemeja dan menggunakan komputer? Akan terhukum di neraka pula?

Kata Imam As-Syatibi, “(Bid’ah ialah) jalan yang direka dalam agama yang menyerupai syariah (peraturan agama).  Tujuan mengamalkannya adalah untuk berlebihan dalam mengabdi kepada Allah.” (Kitab al-I’tisom).

Kata Imam Jauhari, “Adapun bid’ah perkara baru dalam agama setelah sempurna agama itu” (Umar Hashim, Apakah Anda Termasuk Golongan Ahlus Sunah Wal Jamaah, 1982)

Mengapa Imam Syatibi dan Jauhari mengkhususkan makna bid’ah dalam perkara agama, bukan hal pakaian, kenderaan dan kelengkapan hidup lain?  Adakah dia bergurau dalam memberikan maksud bid’ah? Tidak!  Baginda Nabi s.a.w. memberi maksud bid’ah begitu sebab membandingkan maksud hadis nabi s.a.w. “Kamu lebih tahu hal-ehwal dunia kamu.” (Riwayat Muslim) dan “Jika sesuatu perkara itu termasuk urusan keduniaan kamu maka uruslah.  Jika ia merupakan urusan agama kamu, maka rujuklah kepadaku.” (Riwayat Ibn Majah).

Keduniaan seperti pakaian dan alat komunikasi sentiasa berubah-ubah.  Perkara ini termasuk keduniaan yang Baginda Nabi s.a.w. menyatakan ‘…termasuk urusan keduniaan kamu maka uruslah.”  Pemikiran kreatif dan inovatif menyebabkan berlakunya rekaan dalam 1001 barangan. Ini kepandaian manusia di semua zaman dan tempat. Uruslah hal dunia ini. Ini bukan hal agama.  Kalau hal agama, rujuk kepada Baginda Nabi s.a.w. maksudnya lihatlah sunah Baginda Nabi s.a.w.

Oleh kerna bid’ah itu melingkari urusan agama (akidah dan ibadah khusus), maka sangat susah hendak menghilangkannya. Bukan mudah menukar sikap para pengamal bid’ah sedangkan selama ini cara itulah mereka bertaqarub (mendekatkan diri) kepada Allah.  Ketua-ketua mereka orang berserban, berjanggut dan mulutnya senantiasa menyebut kalimah mulia.  Katakan saja mereka solat Subuh empat rakaat, penambahan dua rakaat sekalipun mereka mendakwa sangat berhasil mendekat diri kepada Allah pada hari yang dingin, itulah bid’ah dan kesesatan!

Membaca al-Quran masih ibadah khusus dan sunah.  Baginda Nabi s.a.w. menyebut supaya baca al-Quran di rumah, tidak menjadikan rumah sepi seperti kuburan. Namun jika menentapkan ayat atau surahnya pada waktu-waktu yang dikhaskan sedangkan tidak ada contoh daripada sunah Nabi s.a.w., itulah bid’ah.  Mengapa begitu?  Kita solat wajib membaca surah al-Fatihah.  Al-Fatihah adalah satu surah dalam al-Quran, dan Sunah Nabi memberi petunjuk sebagai bacaan wajib dalam setiap rakaat solat.  Itulah sunah Nabi sebab ada contoh daripada Nabi s.a.w.

Yang kita pilih beberapa surah, dengan beberapa ayat  al-Quran tertentu lalu dijadikan satu modul (misalnya Tahlil Arwah) dan modul ini ditetapkan waktu penggunaannya (penetapan waktu, seperti waktu solat), ini bermakna modul Tahlil ini sudah menjadi satu ibadah khusus.  Ini rekaan atau perkara baru yang muncul setelah kewafatan Baginda Nabi s.a.w.   Oleh kerna kelihatan seperti ibadah yang benar, dan dilaksanakan dalam suasana yang masih emosional (maksudnya masa sedih hari kematian), maka mudahlah berakar sehingga hal itu disangka amal ibadah yang pernah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mudahkah meninggalkan Tahlilan ini? Tidak!  Orang akan berhujah semula, “ingat jenazah itu bangkai kambing, dah tanam tak ada majlis apa-apa?” Atau, “Selama ini ustaz yang memimpin kenduri-kenduri arwah ini, tak mungkin mereka yang berilmu menyalahi sunah.”  Lagi pula, setiap majlis itu kemudian ada jamuan yang enak.  Bukan mudah meninggalkan keenakan hidup yang dirasakan sudah berada di atas jalan agama.  ….walaupun sebenarnya tidak menuruti sunah Nabi s.a.w.


w.a.