Pengikut

Jumaat, Ogos 21, 2009

PRK: masuk angin keluar asap...

BERIKUT catatan oleh Mohd Sayuti Omar dalam http://msomelayu.blogspot.com mengenai Pilihan Raya Kecil di Permatang Pasir Pulau Pinang.

“Kerana keadaan makin parah, maka UBN terpaksa mencipta isu dan mencari peluru palsu untuk menembak Pas. Macam-macam yang diungkitkan oleh pihak UBN yang ditabur menerusi blog-blog liar yang tidak ada kuasa penangungjawab. Kononnya calon Pas, Ustaz Mohd Salleh Man telah mengelapkan wang pilihan raya Pulau Pinang sebanyak RM600,000. Tidak cukup itu beliau juga dikatakan menggelapkan wang pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu sebanyak RM60,000.
Selain itu Salleh juga dituduh mengambil wang dan dimasukkan ke dalam akuan peribadinya. Jumlahnya tidak dinyatakan mungkin bermula dengan angka enam juga, boleh jadi RM60.00 ataupun RM6.00 sahaja atau pun hanya 60 sen? Nasib baik juga tidak ada tuduhan yang calon Pas itu pernah membelasah sesiapa hingga penyek hidung dan dahi!
Untuk menampak tuduhan ini real dibabitkan nama timbalan pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusuf Rawa. Kononnya Mujahid mengetahui semua itu. Tidak tentu fasal berpeluh juga ketiak Mujahid mendengar segala cerita rekaan itu sampai beliau meminta orang yang menuduh itu tampil ke dunia nyata mengemukakan bukti.”

Nampaknya sama ada calon BN atau Pas, nasibnya sama: diadili perwatakan dan kerjayanya bukan cita-cita dan matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Orang ramai pun suka ceramah bab korek duit sana sini antara kedua-dua pihak. Bayangkan, berapa banyak duit rakyat (peruntukan kepada SPR, PDRM dan lain-lain) untuk menyelesaikan satu pilihan raya kecil (PRK), tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa kesan pembangunan minda.

Akhirnya nanti setelah selesai PRK, calon yang menang bukan kerana kekuatan minda dan gagasan pemikirannya, tetapi kerana lawannya sudah lemah tidak bermaya dek tuduhan-tuduhan songlap, rasuah dan titik-bengik lain. Saya rasa keadaan seperti ini menyumbang kepada orang Melayu yang kehilangan fokus dan hilang punca dalam matlamat di negara sendiri.

Sepatutnya dengan banyaknya kos daripada kerajaan, pihak BN dan Pas, penduduk di sana mendapat anjakan baru dalam kehidupan yang menambah nilai mereka dalam banyak perkara. Haa, barulah berbaloi ada banyak PRK. Katanya selepas ini di Kedah pula….

1 ulasan:

  1. Ulasan MSO itu nampak 'jernih' tetapi sebenarnya sangat keruh . Ini kerana beliau adalah penyokong totok Pas yang sangat berkepentingan yang telah kaya bersama Pas. Beliau nampak sangat neutral pada awal penulisannya tapi kemudian akan menyerang terutama apabila Tuan Gurunya disentuh. Itulah dia MSO . Komen yang betul dalam blognya tetapi menghentam Pas akan dibakul sampahkan.

    BalasPadam