Pengikut

Selasa, Ogos 18, 2009

KERANA politik tak masuk syurga!

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA


HENDAK dikata apa lagi, sekalipun Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan digelar Tuan Guru, Tok Guru, Ulama, Ustaz, Mursyidul Am Pas dan pelbagai gelaran yang indah dalam Islam, dia bukanlah maksum. Katakan sahaja kenyataan yang dipetik oleh bernama benar (selalunya orang politik akan membuat penafian, menyalahkan media dan memberi tafsiran lain kemudiannya), inilah contoh Islam yang didagangkan dalam politik. Mudahnya, Islam telah dipolitikkan, bukannya politik telah diislamkan.

Sudah 52 tahun merdeka, cara berpolitik masih berkisar soal peribadi, agama dan kaum. Berapa banyak orang politik berjanji akan membawa paradigma baru dalam politik negara, semuanya hampas! Dalam mana-mana pilihan raya, terutama pilihan raya kecil, yang didebatkan bukan cara-cara pengurusan negara dan masyarakat tetapi medan menjual maruah mana-mana orang.

4 ulasan:

  1. ini percakapan mengenai calon BN diPRK Permatang Pasir, sekarang ni kenyataannya telah dikeluarkan oleh majlis peguam malaysia. dulu kan telah diulas oleh drmaza sabelump ilihanraya yang lalu mengenai penampilan peribadi calon calonnya.

    BalasPadam
  2. Kan saya dah agak, orang politik apabila kenyataannya menjadi isu dan menyusahkan dirinya maka dia ada pilihan baru iaitu media salah lapor. Setakat salah istilah 'ahli' atau 'penyokong' tidak merosakkan maksud fatwa berkenaan.

    Goreng sajalah....

    BalasPadam
  3. Goreng sajalah...

    Bukan penyelesaiannya. Masalah yang dihadapi oleh orang melayu Islam di Malaysia sekarang ini sebenarnya sangat bahaya . Banyak petanda menunjukkan mereka tertipu dengan penampilan dan percakapan org politik spt Nik Aziz ini. Sekiranya dibiarkan ia akan menjadi pekong yang sukar diubati nanti. Seluruh bangsa Melayu Islam akan menangisi kesilapan yang sekarang sedang dirangka oleh golongan parti pembangkang dalam negara. Mereka sekarang sedang dalam proses menghancurkan ketuanan Melayu Islam di Malaysia !

    BalasPadam
  4. berhati2 bila memberi pendapat anda ...tanyalah dari org yg mengeluarkan kata2 bukannya dari media. Ikutlah sunnah yg betul ..selidik dulu sebelum nak komen apa2

    BalasPadam