SEORANG ulama muda, pensyarah UPSI dilarang memberi apa juga ceramah agama di Selangor. Ini berita benar. Caranya mudah, pihak berkuasa agama tidak memberinya tauliah atau lesen kebenaran mengajarkan agama. Jika pensyarah muda itu melanggar peraturan ini tentu dia bisa dihadapkan ke mahkamah syariah. Ini telah berlaku kepada Dr Asri Zainul Abidin dahulu.
Bukan disebabkan namanya Dr Muhamad Rozaimi Ramle atau Dr Asri Zainul Abidin, tetapi pendekatan pemahaman atau manhaj memahami agama yang berlawanan dengan yang dipahami oleh para ahli agama di jabatan berkuasa agama negeri. Sementara ada kuasa mengehadkan pemikiran tokoh-tokoh muda, maka dikekang agar tidak merebak kepada penduduk Selangor, khasnya golongan intelektual muda di kota-kota.
Dahulu awal abad ke-20 telah pun berlaku seperti apa yang berlaku hari ini. Waktu tokoh aliran pemikiran Kaum Muda yang membawa pemahaman pembaharuan berdasarkan al-Quran dan hadis disekat menyebarkan idea-ideanya di negeri-negeri yang mempunyai raja. Justeru, tokoh seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Abas Taha dan mereka yang lain hanya bebas beroperasi di negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Namun pergerakan Kaum Muda (itulah yang disebut wahabi) dirakam sebagai pejuang kebangsaan, pembina daya intelektual Melayu atau obor pemcerah pada jaman kebekuan orang beragama.
Menyekat pemikiran pembaharuan dalam agama, mengingat contoh tindakan pihak gereja pada jaman kegelapan Eropah dahulu. Pihak gereja menyekat idea atau tokoh seperti Martin Luther daripada berbicara hal agama Kristian. Gereja percaya tindakannya pasti menang, dan pemikiran Martin Luther akan terhapus. Gereja terlupa bahawa saat itu telah dicipta mesin cetak yang bisa diperluas atau diperbanyak kitab Bible dan ajaran reformasi Martin Luther. Nah, akhirnya Lutherisme berkembang sehingga Kristian terbagi dua.
Kembali terhadap sekatan idea tajdid yang dibawa oleh golongan sunah seperti Dr Rozaimi, Dr Asri, Dr Fathul Bari dan banyak lagi tokoh, idea-idea mereka tidak menunjukkan kian kecil sebaliknya terus membiak di mana-mana khasnya golongan muda di institusi pengajian tinggi. Mereka sedang mengembalikan kemurnian beragama sebagaimana masyarakat jaman Salaf memahami agama.
Tidak ada siapa yang bisa mengempang kebenaran beragama. Allah pasti memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang yang ikhlas membawa manusia ke jalan benar sebagaimana jalan Rasulullah dahulu. Namun ya, tribulasi itu pasti dirasai sebagaimana Nabi dan para sahabatnya merasainya dahulu.
Fahaman sekular atau sekularisme pada umumnya dimaksudkan sebagai doktrin yang
menolak agama atau dengan kata lain, pendekatan yang menafikan kedudukan agama
dalam hal ehwal sivil. Pendukung gerakan pensekularan seperti Harvey Cox
yang menghasilkan karya The Secular City (1965) misalnya,
menegaskan bahawa gagasan pensekularan didukung oleh ajaran Bible. Menurut
beliau, terdapat tiga komponen penting dalam Bible yang menjadi kerangka asas
pensekularan.
“Adalah ganjil untuk
mengatakan bahawa negara ini sekular sedangkan pada masa sama terdapat
peruntukan agama dalam Perlembagaan seperti dijelaskan dalam Perkara 3 (1) yang
memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan.”
Komponen itu ialah
pembebasan alam tabii atau dunia daripada nilai rohani serta agama,
penyingkiran nilai agama daripada politik dan penafian kesucian serta sifat
kekal nilai dalam kehidupan.
Doktrin atau ideologi yang dibawa Cox ini disangkal keras ilmuwan terbilang Islam
seperti Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam and
Secularism (1978) dan Risalah untuk Kaum Muslimin (1973).
Antara lain beliau menegaskan pensekularan terhasil daripada konflik lama
antara akal dengan Bible dalam pandangan hidup orang barat. Beliau juga
menekankan makna yang bersifat rohani bagi alam dan insan.
Doktrin pensekularan akan terus diperjuangkan dan dikembangkan oleh masyarakat
Barat kepada seluruh masyarakat dunia termasuk umat Islam. Justeru, tidak
hairan jika terdapat kumpulan dalam masyarakat Islam yang menerimanya dengan
tangan terbuka. Malah ada pula yang cuba mewajarkannya dengan berusaha
menemukan dasar kefahamannya daripada ajaran Islam dan dalam hal ini, Malaysia
tidak terkecuali.
Malang sekali hal ini berlaku kerana hakikatnya, sejarah dan umat Islam tidak
pernah mengalami ketegangan dalam persoalan antara agama dengan negara, atau
pertentangan sains dengan agama, seperti dialami masyarakat Barat.
Tolak ketuanan Islam
Seterusnya, di negara ini juga penolakan terhadap ketuanan Islam dan cadangan
supaya sekularisme dijadikan dasar perpaduan kebangsaan dinyatakan tanpa
berselindung oleh segelintir kumpulan bukan Islam.
Dalam nada dan semangat yang sama, gesaan turut dibuat dari masa ke semasa
supaya mengesahkan status negara ini sebagai negara sekular. Hujah yang
dijadikan sandaran ialah dokumen tertentu dan sejarah Malaysia yang dikatakan
hanya bermula pada 1957.
Sedangkan sejarah kita sudah bermula ratusan tahun dulu iaitu pada zaman
Kesultanan Melayu Islam. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu,
kedaulatan Kerajaan Melayu berteraskan ajaran Islam telah bertapak kukuh
sebelum kurun ke-14 lagi.
Fakta ini diteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun
Negeri-Negeri Melayu berlandaskan hukum syarak. Selain itu, pandangan hakim
dalam kes tertentu juga digunakan bagi menyokong dakwaan bahawa Malaysia bukan
negara Islam.
Dari sudut falsafahnya, adalah ganjil untuk mengatakan bahawa negara ini
sekular sedangkan pada masa sama terdapat peruntukan agama dalam Perlembagaan
seperti dijelaskan dalam Perkara 3 (1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama
Persekutuan.
Sesebuah negara sekular menurut beliau, tidak membenarkan kepemimpinannya untuk
turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar
cukai digunakan untuk tujuan keagamaan seperti Perkara 12 (2).
Kedudukan tinggi Islam dalam Perlembagaan yang menjadi penentu agama negara ini
harus disyukuri segenap lapisan masyarakat Islam. Ia selanjutnya harus
dimanfaatkan untuk menggerakkan usaha memastikan dasar dan sistem yang mahu
dibentuk serta dilaksanakan kerajaan berpaksikan ajaran Islam.
Tan Sri Prof Ahmad Mohamed Ibrahim pernah menegaskan supaya Perlembagaan negara
dilihat secara positif dan dimanfaatkan agar usaha melaksanakan prinsip Islam
akhirnya menjadi kenyataan dan pada masa sama, kepentingan semua kaum di
Malaysia diambil kira.
Dedah kepada kepincangan
Masyarakat umum harus menyedari sebarang usaha memberikan laluan kepada gerakan
pensekularan hanya akan mendedahkan negara terhadap kepincangan dan kehancuran
seperti yang dialami masyarakat serta kebudayaan barat.
Pendukung gerakan itu tidak pernah berhenti menggunakan pelbagai mekanisme yang
ada walaupun terhad sifatnya bagi mencapai impian mereka. Lihat bagaimana
mereka berusaha memperjuangkan prinsip hak asasi manusia yang mencabar dan
menghina agama Islam sedangkan hak asasi manusia tidak diperuntukkan dengan
jelas dalam perlembagaan.
Ketinggian dan ketuanan Islam dalam negara ini tidak menimbulkan kegerunan
dalam hati mereka malah dianggap cabaran bagi menjayakan segala rencana.
Justeru, umat Islam harus bijak mengatur strategi rapi bagi memastikan segala
yang dicita-citakan menjadi kenyataan.
Penulis ialah Pegawai Penyelidik Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
PADA zaman ini tiada masjid dijadikan tempat bermesyuarat untuk pentadbiran negara atau sebagai pusat pengurusan ekonomi. Pada zaman Rasulullah mentadbir negara Madinah, kerana keadaan masih mudah maka kebanyakan pengurusan negara dan pengadilan, selain ibadah dilakukan di masjid. Lantaran contoh itulah banyak pihak mengakui peranan masjid sangat luas. Hal itu hanya tinggal kenangan kerana perubahan masa.
Lalu fungsi masjid pada hari ini hanya sebagai urusan ibadah khusus dan pusat keilmuan. Pusat keilmuan juga telah disempitkan kepada hanya ilmu-ilmu akidah dan ibadah. Sebagai pusat ibadah umah, ya masjid tidak lepas daripada peranannya. Bagaimanapun dalam hal menyediakan tempat mencari ilmu, didapati banyak masjid hanya mengatur ruang untuk penceramah dalam masjid.
Sekalipun wahyu pertama kepada Rasulullah dahulu ialah seruan membaca, sangat sedikit pengurusan masjid peka dan menyediakan tempat pembacaan yang kondusif dan mesra pelanggan.
Berdasarkan pengalaman menggunakan beberapa buah masjid, antara masjid yang menyediakan ruang bacaan di tempat yang sangat strategik kepada pengguna masjid ialah Masjid Makmuriah Sg Besar Selangor dan Masjid Sultan Hishamudin pekan Sabak Bernam Selangor. Masjid di pekan Bestari Jaya juga mempunyai rak buku di tempat terbuka.
Selain itu masjid-masjid yang saya temui hanya menyediakan koleksi al-Quran dan surah-surah Yasin. Masjid di kampung saya mempunyai rak buku yang mewah dan eksklusif tetapi tidak digunakan oleh pengunjung masjid. Bukannya orang tidak mahu membaca terjemahan al-Quran dan koleksi hadis sebelum solat Jumaat, tetapi kedudukannya dilihat mewah itulah yang menyebabkan ada kitab yang belum dibuka oleh sesiapa saja.
Sekali lagi kita memerlukan daya pemikiran kritis dan kreatif dalam pengurusan, apa lagi pengurusan masjid. Zaman berubah dan orang kerap bercakap mengenai Islam yang syumul, namun masjid masih perlahan mengikuti perubahan ini.
BLOG ini mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia 1431 kepada ulama agung dunia Syeikh Yusuf al Qaradawi. Nama besar al Qaradawi bukan asing kepada dunia Islam dan peranannya memang sentiasa diperlukan. Ketika umah sedunia dalam keadaan tidak menentu, dunia Islam memerlukan sebanyak mungkin ulama sehebat al Qardawi.
Keadaan ini mengingat nama tokoh tajdid atau islam dahulu seperti Syeikh Jamaludin al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh sewaktu dunia Islam dalam kebekuan dan dijajah Eropah.
Maka sebenarnya, di mana-mana umah sentiasa perlukan pengislahan atau kerja tajdid. Bahasa budahnya ialah refresh atau segarkan. Hanya mereka yang takut kehilangan kepentingan akan berusaha menghalang gerakan tajdid. Tokoh antitajdid ini akan hanyut kerana kehabisan modal. Tunggu masanya...
Rencana khas mengenai tokoh tajdid ini dalam blog Dr Maza.
JANGAN mudah lupa sejarah tasawur Melayu bahawa anak-anak perempuan tidak perlu diberi pendidikan seperti anak-anak lelaki. Pandangan ini bukan dipegang oleh masyarakat dalam hutan yang tidak mengenal ilmu dan wahyu, malah dikongsi oleh golongan yang kuat melakukan ibadah solat dan puasa. Seolah-olah Islam memang tidak menggalakkan wanita mendapat pendidikan setaraf dengan lelaki.
Lalu datanglah anak-anak muda mengubah minda masyarakat Melayu supaya meneliti ajaran al-Quran dan sunnah serta sejarah Islam. Gerakan Islah oleh kelompok Kaum Muda menekankan masyarakat Melayu wajib mendalami ilmu keduniaan yang dimiliki kaum Eropah. Anak-anak perempuan wajib diberi pendidikan untuk menjadi isteri dan ibu yang berilmu. Maka gempar awal abad ke-20, tetapi seruan Islah terus menjalar maka hasilnya inilah yang ada. Hari ini kaum wanita menguasai peratusan jumlah di kebanyakan pusat pendidikan. Malah yang pergi ke Makkah untuk menunaikan haji juga jumlah wanita lebih banyak berbanding lelaki.
Masihkah ingat kes anak-anak lelaki dibuang dari sekolah kerana ibubapanya mempertahankan serban yang dipakainya. Juga seorang penuntut sekolah agama pondok yang rela memilih dipenjara kerana mahu dikatakan pejuang sunah apabila didapati bersalah kerana memakai serban ketika menunggang motorsikal. Yang terbaru seorang pemimpin sebuah parti politik Islam sebuah negeri mahu setiap keluarga Islam mesti menghantar seorang anak mereka belajar untuk menjadi ulama. Di samping itu, tidak pula ada agenda untuk mewujudkan setiap keluarga seorang ahli sains atau pakar rekacipta walaupun dalam kehidupannya sangat dilingkungi oleh hasil penemuan ahli sains dan pakar rekacipta.
Tidak ada pendedahan terbuka bahawa produk sekolah-sekolah berorientasikan agama tidak secemerlang produk sekolah-sekolah aliran pemikiran saintifik. Sebagai seorang yang terlibat dalam pendidikan di negeri Selangor yang mempunyai banyak sekolah aliran agama, sebahagian hasil perbandingan ini ada dalam pengetahuan saya. Sekalipun banyak ketewasan dalam akademik dan aktiviti bukan akademik, masyarakat tetap menganggap sekolah agama menengah sebagai pilihan pendidikan anak-anak mereka. Mengapa? Jawabnya ialah keyakinan Islam sebagai penyelamat. Ibu bapa memang risau dengan masalah sosial zaman kini dan sangat berharap sekolah agama dapat mengatasi kebimbangan ini.
Isu ketidakmandirian produk sekolah agama bukan kerana kelemahan Islam, tetapi tasawur umahnya. Cuba anda buat soal selidik ringkas terhadap murid di sekolah menengah yang sebelumnya sudah enam tahun bersekolah rendah agama di samping sekolah kebangsaan. Anda akan dapati mereka tidak tahu apa erti bacaan solatnya dalam bahasa Melayu, sama sahaja dengan yang tidak bersekolah agama. Oleh itu, apa tujuan anak-anak dihantar ke sekolah agama jika apa yang dilafaz dalam ibadah pun tidak difahami?
Saya sedih dan malu untuk memaparkan banyak sekolah agama menengah yang tidak setaraf dengan sekolah menengah kebangsaan. Jangankan hendak mencari makmal sains di sekolah agama, tetapi mencari tapak pusat kaji cuaca untuk mata pelajaran Geografi pun susah. Mereka ambil mata pelajaran sains tetapi hanya menghafal teori sedangkan murid di sekolah lain dapat menjalankan kajian praktikal. Mungkin tiada dana, sekolah agama diabaikan. 20 tahun akan datang pun inilah alasannya!
Beberapa lama sebelum ini ada sebuah SMKA (anak saya pernah bersekolah di sana selama enam bulan) yang sengaja mengabaikan sukan terhadap murid-murid perempuan. Sekolah ini tidak menghantar peserta perempuan dalam semua acara sukan di luar sekolah atas alasan ‘tidak syar’ie’. Senang cakap, suasana sukan yang tidak Islam. Malanglah, sepatutnya sekolah ini menjadi contoh pengurusan sukan yang sangat Islami.
Saya terpaksa menarik keluar anak lelaki saya daripada terus belajar dari sana. Apabila anak saya dimasukkan ke sekolah menengah kebangsaan barulah dia dapat membedakan antara dua sekolah ini manakah yang tangkas dan perkasa memajukan pendidikan. Ini soal sikap dan pemikiran, yang meletakkan alasan agama untuk tidak mahu pantas dan mencapai piawaian kecemerlangan. Dan pegawai-pegawai pelajaran akan ‘malu alah’ dengan ustaz-ustaz ini. Maklum ustaz, jangan disanggah cakapnya!
Tidakkah pemikiran orang agama dalam pengurusan dan pendidikan ini perlu ditajdidkan?
"Artinya : Dari Jarir bin Abdullah Al Bajaliy, ia berkata : " Kami (yakni para shahabat semuanya) memandang/menganggap (yakni menurut madzhab kami para shahabat) bahwa berkumpul-kumpul di tempat ahli mayit dan membuatkan makanan sesudah ditanamnya mayit termasuk dari bagian meratap"
TAKHRIJ HADITS
Hadits ini atau atsar di atas dikeluarkan oleh Imam Ibnu Majah (No. 1612 dan ini adalah lafadzhnya) dan Imam Ahmad di musnadnya (2/204 dan riwayat yang kedua bersama tambahannya keduanya adalah dari riwayat beliau), dari jalan Ismail bin Abi Khalid dari Qais bin Abi Hazim dari Jarir sebagaimana tersebut di atas.
Saya berkata : Sanad Hadits ini shahih dan rawi-rawinya semuanya tsiqat (dapat dipercaya ) atas syarat Bukhari dan Muslim.
Dan hadits atau atsar ini telah dishahihkan oleh jama’ah para Ulama yakni para Ulama Islam telah ijma/sepakat tentang hadits atau atsar di atas dalam beberapa hal.
Pertama : Mereka ijma' atas keshahihan hadits tersebut dan tidak ada seorang pun Ulama -sepanjang yang diketahui penulis- wallahu a’lam yang mendloifkan hadits ini. Dan ini disebabkan seluruh rawi yang ada di sanad hadits ini –sebagaimana saya katakan dimuka- tsiqoh dan termasuk rawi-rawi yang dipakai oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Kedua : Mereka ijma' dalam menerima hadits atau atsar dari ijma' para shahabat yang diterangkan oleh Jarir bin Abdullah. Yakni tidak ada seorangpun Ulama yang menolak atsar ini. Yang saya maksud dengan penerimaan (qobul) para Ulama ini ialah mereka menetapkan adanya ijma’ para shahabat dalam masalah ini dan tidak ada seorangpun di antara mereka yang menyalahinya.
Ketiga : Mereka ijma' dalam mengamalkan hadits atau atsar diatas. Mereka dari zaman shahabat sampai zaman kita sekarang ini senantiasa melarang dan mengharamkan apa yang telah di ijma'kan oleh para shahabat yaitu berkumpul-kumpul ditempat atau rumah ahli mayit yang biasa kita kenal di negeri kita ini dengan nama " Selamatan Kematian atau Tahlilan".
LUGHOTUL HADITS
[1]. Kunnaa na’uddu/Kunna naroo = Kami memandang/menganggap.
Maknanya : Menurut madzhab kami para shahabat semuanya bahwa berkumpul-kumpul di rumah ahli mayit dan membuatkan makanan termasuk dari bagian meratap.
Ini menunjukkan telah terjadi ijma’/kesepakatan para shahabat dalam masalah ini. Sedangkan ijma’ para shahabat menjadi dasar hukum Islam yang ketiga setelah Al-Qur’an dan Sunnah dengan kesepakatan para Ulama Islam seluruhnya.
[2]. Al-ijtimaa’a ila ahlil mayyiti wa shon’atath-tho’ami = Berkumpul-kumpul di tempat atau di rumah ahli mayit dan membuatkan makanan yang kemudian mereka makan bersama-sama
[3]. Ba’da dafnihi = Sesudah mayit itu ditanam/dikubur. Lafadz ini adalah tambahan dari riwayat Imam Ahmad.
Keterangan di atas tidak menunjukkan bolehnya makan-makan di rumah ahli mayit “sebelum dikubur”!?. Akan tetapi yang dimaksud ialah ingin menjelaskan kebiasaan yang terjadi mereka makan-makan di rumah ahli mayit sesudah mayit itu dikubur.
[4]. Minan niyaahati = Termasuk dari meratapi mayit
Ini menunjukkan bahwa berkumpul-kumpul di tempat ahli mayit atau yang kita kenal di sini dengan nama “selamatan kematian/tahlilan” adalah hukumnya haram berdasarkan madzhab dan ijma’ para sahabat karena mereka telah memasukkan ke dalam bagian meratap sedangkan merapat adalah dosa besar.
SYARAH HADITS
Hadits ini atau atsar di atas memberikan hukum dan pelajaran yang tinggi kepada kita bahwa : Berkumpul-kumpul di tempat ahli mayit dan makan-makan di situ (ini yang biasa terjadi) termasuk bid’ah munkar (haram hukumnya). Dan akan bertambah lagi bid’ahnya apabila di situ diadakan upacara yang biasa kita kenal di sini dengan nama “selamatan kematian/tahlilan pada hari pertama dan seterusnya”.
Hukum diatas berdasarkan ijma’ para shahabat yang telah memasukkan perbuatan tersebut kedalam bagian meratap. Sedangkan meratapi mayit hukumnya haram (dosa) bahkan dosa besar dan termasuk salah satu adat jahiliyyah.
FATWA PARA ULAMA ISLAM DAN IJMA’ MEREKA DALAM MASALAH INI
Apabil para shahabat telah ijma’ tentang sesuatu masalah seperti masalah yang sedang kita bahas ini, maka para tabi’in dan tabi’ut-tabi’in dan termasuk di dalamnya Imam yang empat (Abu Hanifah, Malik, Syafi’iy dan Ahmad) dan seluruh Ulama Islam dari zaman ke zamanpun mengikuti ijma’nya para sahabat yaitu berkumpul-kumpul di tempat ahli mayit dan makan-makan di situ adalah haram dan termasuk dari adat/kebiasaan jahiliyyah.
Oleh karena itu, agar supaya para pembaca yang terhormat mengetahui atas dasar ilmu dan hujjah yang kuat, maka di bawah ini saya turunkan sejumlah fatwa para Ulama Islam dan Ijma’ mereka dalam masalah “selamatan kematian”.
[1]. Telah berkata Imamnya para Ulama, mujtahid mutlak, lautan ilmu, pembela Sunnah. Al-Imam Asy-Syafi’iy di ktabnya ‘Al-Um” (I/318).
“Aku benci al ma'tam yaitu berkumpul-kumpul dirumah ahli mayit meskipun tidak ada tangisan, karena sesungguhnya yang demikian itu akan memperbaharui kesedihan"[1]
Perkataan imam kita diatas jelas sekali yang tidak bisa dita'wil atau ditafsirkan kepada arti dan makna lain kecuali bahwa beliau dengan tegas mengharamkan berkumpul-kumpul dirumah keluarga/ahli mayit. Ini baru berkumpul saja, bagaimana kalau disertai dengan apa yang kita namakan disini sebagai Tahlilan ?"
[2]. Telah berkata Imam Ibnu Qudamah, di kitabnya Al Mughni (Juz 3 halaman 496-497 cetakan baru ditahqiq oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Muhsin At Turki ) :
“Adapun ahli mayit membuatkan makanan untuk orang banyak maka itu satu hal yang dibenci ( haram ). Karena akan menambah kesusahan diatas musibah mereka dan menyibukkan mereka diatas kesibukan mereka [2] dan menyerupai perbuatan orang-orang jahiliyyah.
Dan telah diriwayatkan bahwasannya Jarir pernah bertamu kepada Umar. Lalu Umar bertanya,.Apakah mayit kamu diratapi ?" Jawab Jarir, " Tidak !" Umar bertanya lagi, " Apakah mereka berkumpul di rumah ahli mayit dan mereka membuat makanan ? Jawab Jarir, " Ya !" Berkata Umar, " Itulah ratapan !"
[3]. Telah berkata Syaikh Ahmad Abdurrahman Al Banna, di kitabnya : Fathurrabbani tartib musnad Imam Ahmad bin Hambal ( 8/95-96) :
"Telah sepakat imam yang empat (Abu Hanifah, Malik, Syafi'i dan Ahmad) atas tidak disukainya ahli mayit membuat makanan untuk orang banyak yang mana mereka berkumpul disitu berdalil dengan hadits Jarir bin Abdullah. Dan zhahirnya adalah HARAM karena meratapi mayit hukumnya haram, sedangkan para Shahabat telah memasukkannya (yakni berkumpul-kumpul di rumah ahli mayit) bagian dari meratap dan dia itu (jelas) haram.
Dan diantara faedah hadits Jarir ialah tidak diperbolehkannya berkumpul-kumpul dirumah ahli mayit dengan alasan ta'ziyah /melayat sebagaimana dikerjakan orang sekarang ini.
Telah berkata An Nawawi rahimahullah : Adapun duduk-duduk (dirumah ahli mayit ) dengan alasan untuk ta'ziyah telah dijelaskan oleh Imam Syafi'i dan pengarang kitab Al Muhadzdzab dan kawan-kawan semadzhab atas dibencinya (perbuatan tersebut)........
Kemudian Nawawi menjelaskan lagi, " Telah berkata pengarang kitab Al Muhadzdzab : “Dibenci duduk-duduk (ditempat ahli mayit ) dengan alasan untuk ta'ziyah. Karena sesungguhnya yang demikian itu adalah muhdats (hal yang baru yang tidak ada keterangan dari Agama), sedang muhdats adalah " Bid'ah."
Kemudian Syaikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna di akhir syarahnya atas hadits Jarir menegaskan, “Maka, apa yang biasa dikerjakan oleh kebanyakan orang sekarang ini yaitu berkumpul-kupmul (di tempat ahli mayit) dengan alasan ta’ziyah dan mengadakan penyembelihan, menyediakan makanan, memasang tenda dan permadani dan lain-lain dari pemborosan harta yang banyak dalam seluruh urusan yang bid’ah ini mereka tidak maksudkan kecuali untuk bermegah-megah dan pamer supaya orang-orang memujinya bahwa si fulan telah mengerjakan ini dan itu dan menginfakkan hartanya untuk tahlilan bapak-nya. Semuanya itu adalah HARAM menyalahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Salafush shalih dari para shahabat dan tabi’in dan tidak pernah diucapkan oleh seorangpun juga dari Imam-imam Agama (kita). Kita mohon kepada Allah keselamatan !”
[4]. Al Imam An Nawawi, dikitabnya Al Majmu' Syarah Muhadzdzab (5/319-320)
telah menjelaskan tentang bid'ahnya berkumpul-kumpul dan makan-makan dirumah ahli mayit dengan membawakan perkataan penulis kitab Asy -Syaamil dan lain-lain Ulama dan beliau menyetujuinya berdalil dengan hadits Jarir yang beliau tegaskan sanadnya shahih. Dan hal inipun beliau tegaskan di kitab beliau “Raudlotuth Tholibin (2/145).
[5]. Telah berkata Al Imam Asy Syairoziy, dikitabnya Muhadzdzab yang kemudian disyarahkan oleh Imam Nawawi dengan nama Al Majmu' Syarah Muhadzdzab :
"Tidak disukai /dibenci duduk-duduk (ditempat ahli mayit) dengan alasan untuk Ta'ziyah karena sesungguhnya yang demikian itu muhdats sedangkan muhdats adalah " Bid'ah ".
Dan Imam Nawawi menyetujuinya bahwa perbatan tersebut bid’ah. [Baca ; Al-Majmu’ syarah muhadzdzab juz. 5 halaman 305-306]
[6]. Al Imam Ibnul Humam Al Hanafi, di kitabnya Fathul Qadir (2/142)
dengan tegas dan terang menyatakan bahwa perbuatan tersebut adalah " Bid'ah Yang Jelek". Beliau berdalil dengan hadits Jarir yang beliau katakan shahih.
[7]. Al Imam Ibnul Qayyim, di kitabnya Zaadul Ma'aad (I/527-528)
menegaskan bahwa berkumpul-kumpul (dirumah ahli mayit) dengan alasan untuk ta'ziyah dan membacakan Qur'an untuk mayit adalah " Bid'ah " yang tidak ada petunjuknya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
[8]. Al Imam Asy Syaukani, dikitabnya Nailul Authar (4/148) menegaskan bahwa hal tersebut Menyalahi Sunnah.
[9]. Berkata penulis kitab ‘Al-Fiqhul Islamiy” (2/549) :
“Adapaun ahli mayit membuat makanan untuk orang banyak maka hal tersebut dibenci dan Bid’ah yang tidak ada asalnya. Karena akan menambah musibah mereka dan menyibukkan mereka diatas kesibukan mereka dan menyerupai (tasyabbuh) perbuatan orang-orang jahiliyyah”.
[10]. Al Imam Ahmad bin Hambal, ketika ditanya tentang masalah ini beliau menjawab :
" Dibuatkan makanan untuk mereka (ahli mayit ) dan tidaklah mereka (ahli mayit ) membuatkan makanan untuk para penta'ziyah." [Masaa-il Imam Ahmad bin Hambal oleh Imam Abu Dawud hal. 139]
[11]. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah,
" Disukai membuatkan makanan untuk ahli mayit dan mengirimnya kepada mereka. Akan tetapi tidak disukai mereka membuat makanan untuk para penta'ziyah. Demikian menurut madzhab Ahmad dan lain-lain." [Al Ikhtiyaaraat Fiqhiyyah hal.93]
[12]. Berkata Al Imam Al Ghazali, dikitabnya Al Wajiz Fighi Al Imam Asy Syafi'i ( I/79), " Disukai membuatkan makanan untuk ahli mayit."
KESIMPULAN. Pertama : Bahwa berkumpul-kumpul ditempat ahli mayit hukumnya adalah BID'AH dengan kesepakatan para Shahabat dan seluruh imam dan ulama' termasuk didalamnya imam empat.
Kedua : Akan bertambah bid'ahnya apabila ahli mayit membuatkan makanan untuk para penta'ziyah.
Ketiga : Akan lebih bertambah lagi bid'ahnya apabila disitu diadakan tahlilan pada hari pertama dan seterusnya.
Keempat : Perbuatan yang mulia dan terpuji menurut SUNNAH NABI Shallallahu ‘alaihi wa sallam kaum kerabat /sanak famili dan para jiran/tetangga memberikan makanan untuk ahli mayit yang sekiranya dapat mengenyangkan mereka untuk mereka makan sehari semalam. Ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Ja'far bin Abi Thalib wafat.
"Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far ! Karena sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yang menyibukakan mereka (yakni musibah kematian)." [Hadits Shahih, riwayat Imam Asy Syafi'i ( I/317), Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad (I/205)]
Hal inilah yang disukai oleh para ulama kita seperti Syafi’iy dan lain-lain (bacalah keterangan mereka di kitab-kitab yang kami turunkan di atas).
Berkata Imam Syafi’iy : “Aku menyukai bagi para tetangga mayit dan sanak familinya membuat makanan untuk ahli mayit pada hari kematiannya dan malam harinya yang sekiranya dapat mengenyangkan mereka, karena sesungguhnya yang demikian adalah (mengikuti) SUNNAH (Nabi).... “ [Al-Um I/317]
Kemudian beliau membawakan hadits Ja’far di atas.
[Disalin dari buku Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab dan Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayit Bersama Imam Syafi’iy, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat (Abu Unaisah), Penerbit Tasjilat Al-Ikhlas, Cetakan Pertama 1422/2001M]
__________
Foote Note
[1]. Ini yang biasa terjadi dan Imam Syafi'i menerangkan menurut kebiasaan yaitu akan memperbaharui kesedihan. Ini tidak berarti kalau tidak sedih boleh dilakukan. Sama sekali tidak ! Perkataan Imam Syafi'i diatas tidak menerima pemahaman terbalik atau mafhum mukhalafah.
[2]. Perkataan ini seperti di atas yaitu menuruti kebiasaannya selamatan kematian itu menyusahkan dan menyibukkan. Tidak berarti boleh apabila tidak menyusahkan dan tidak menyibukkan ! Ambillah connoth firman Allah did alam surat An-Nur ayat 33 :”Janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi”. Apakah boleh kita menyuruh budak perempuan kita untuk melacur apabila mereka menginginkannya?! Tentu tidak!
Catatan 1: Pasukan B diasak oleh pasukan A dalam perlawanan bolasepak. Keadaan agak kucar-kacir di depan pintu gol pasukan B sehingga pemain hadapan juga turut membantu kubunya daripada dibolosi oleh lawan. Tiba-tiba bola ditendang ke kawasan pasukan A dan seorang pemain pertahanan pasukan B hampir-hampir berjaya menjaringkan bola ke gol lawan.
“Set balik!” jerit jurulatih pasukan B.
Mendengar arahan jurulatih, semua pemain pasukan B dengan pantas mengambil posisi masing-masing. Pemain pertahanan pasukan B dengan pantas berlari ke tempatnya sebagai pengemudi pertahanan, bukan penyerang.
Catatan 2: Parti politik XY telah lama memerintah sebuah negara. Ahlinya berjuta-juta dan kian lama banyak perkara buruk terjadi di samping memerintah negara. Timbul perdebatan bahawa tuju hala parti sudah terpesong daripada matlamat asal parti ditubuhkan dahulu. Dalam satu kongres khas semua perwakilan yang hadir bersetuju agar dasar dan matlamat parti dikembalikan kepada yang asal untuk mengelak parti menjadi alat segelintir manusia yang tamak mencari kekayaan.
Catatan 3: Encik Azman telah tujuh tahun menggunakan sebuah kenderaan MPV. Selama itu dia telah menempuh perjalanan sejauh 260,000 kilometer dan pernah menempuh dua kemalangan. Encik Azman merasa keretanya tidak seperti asal, semasa mula membelinya dahulu. Maka Encik Azman membawa keretanya ke bengkel seorang mekanik. Encik Azman mahu keretanya itu dibaiki, diganti mana-mana yang rosak supaya keadaannya kembali seperti asal, sewaktu dia membelinya tujuh tahun dahulu.
Sekadar tiga contoh di atas, mesej utamanya ialah setiap perkara ada titik mulanya. Dari titik mula itu, berlaku perubahan yang tidak disedari dan mewujudkan ketidaktentuan. Perubahan-perubahan ini memang menyimpang daripada dasarnya, maka untuk memurnikan semua contoh itu, caranya ialah mengambil dasar atau contoh yang asal.
Oleh itu jika ada seruan atau tajdid agar Islam ini mesti diset semua (reset) kepada yang asal iaitu ajaran al-Quran dan sunnah, bukan perkara ganjil. Islam telah menempuh masa yang panjang di pelbagai wilayah dan budaya. Tanpa disedari, dalam perjalanan yang panjang itu ada perubahan-perubahan yang dilakukan dan tidak menepati ajaran pada titik mulanya dahulu.
Misalnya ahli-ahli parti politik XY berhujah bahawa akhirnya ahli mesti mendapat faedah daripada parti, bukan parti yang mendapat faedah daripada ahli. Begitu juga dalam akidah dan ibadah Islam, kerana pengaruh pelbagai penjuru banyaklah yang tidak ada dalam ajaran al-Quran dan sunnah dikatakan juga sebagai ajaran Islam. Seperti ahli parti XY, umah juga mesti bersedia untuk kembali kepada prinsip yang asas, pada titik mula dahulu.
Ambil contoh ibadah haji. Ibadah haji sebenarnya satu syariat beribadah pada zaman Nabi Ibrahim. Sejak zaman baginda itu setiap tahun manusia melakukan ibadah haji di Makkah. Kerana perjalanan masa yang lama, berlaku penambahan dalam amalan haji oleh manusia sehingga yang menyembah berhala juga menunaikan haji. Maka pada zaman Nabi Muhammad, Allah telah memerintahkan nabi akhir zaman ini mengembalikan semula pelaksanaannya seperti zaman asal, titik mulanya. Maka bersihlah ibadah haji daripada gejala khurafat dan bid’ah.
Muhasabah diri, dan insaf untuk berada pada landasan yang sebenar adalah fitrah.
ADA sesetengah pihak gemar memilih tajuk ceramah agamanya bagai bahaya ancaman liberalisme agama, walhal dalam ceramahnya banyak menyerang usaha-usaha tajdid atau pengisalahan agama. Penceramah ini tahu bahawa dalam sejarah, islah memang berlaku dan menjadi keperluan tetapi kerana beliau memusuhi pengislahan, maka tajuknya ialah liberalisme agama. Sedaya upaya beliau cuba menyamakan usaha islah sebagai satu gerakan liberalisme dalam beragama.
Usaha-usaha tajdid atau islah ini ialah pergerakan untuk lebih mendekatkan lagi masyarakat Islam terhadap ajaran agama. Oleh kerana selama ini terdapat anggapan bahawa susah mahu mengamalkan ajaran Islam termasuk hal ibadah khusus, maka gerakan tajdid ini memberi penjelasan mengenai mudahnya konsep dan ajaran Islam, yang mampu diamalkan oleh para remaja zaman moden ini pun.
Tajdid bukan mencipta agama baru, tetapi memurnikan pada mana-mana amalan yang sudah tersasar daripada al-Quran dan sunah. Oleh itu asas tajdid adalah beragama dengan berilmu yang mengetahui dalil atau nas-nas daripada al-Quran dan sunnah.
Manakala liberalisme agama atau disebut Islam liberal merupakan pemberontakan terhadap penguasaan agama oleh birokrat agama. Gerakan liberalisme agama bukan mendekatkan umah kepada dalil-dalil al-Quran dan sunnah, malah menjauhkan atau mengambil mana-mana aspek yang sesuai dengan prinsip liberal mereka. Gerakan Islam Liberal ini kerap mengkritik penguasaan kaum lelaki terhadap wanita seperti dalam hal talak perkahwinan, poligami dan pembahagian harta pusaka. Dengan memberi hujah peredaran zaman dan budaya, maka mereka menilai sendiri ayat-ayat al-Quran supaya antara lelaki dan perempuan menjadi setara.
Pihak yang menjadi sasaran gerakan tajdid dan Islam liberal sememangnya pemikiran feudal dan institusi agama Islam yang telah terlembaga dalam adat Melayu. Oleh kerana ada persamaan kritikan yang daripada gerakan tajdid dan Islam liberal, maka pihak pemikiran tradisional menyamakan sahaja gerakan tajdid dan gerakan Islam liberal. Bagi golongan ini, kedua-dua gerakan menjadi ancaman status-quo beratus tahun. Mereka dalam keadaan defensif dan kerap menggunakan senjata mempertahankan konsep Ahli Sunnah wal Jamaah (AWSJ). Dengan istilah AWSJ yang dibantu lembaga-lembaga agama, mereka memang sedang menerangkan (atau mempropaganda) kebejatan gerakan tajdid. Masa akan menentukan ke manakah umah akan pergi.
PERKATAAN profesional mungkin tak berapa dikenal, tambahan kalau tidak biasa dalam dunia keilmuan. Prinsip profesional kerap disebut dan digunakan. Anak-anak muda kerap mendengar kalimah profesional apabila ngobrol sepak bola di kedai kopi. Pemain sepak bola profesional ertinya orang itu kerjanya hanya bermain sepak bola. Selain bermain bola tidak ada pekerjaan lain untuk mendapatkan wang sara hidup! Katanya itulah pro.
Tidakkah Islam itu amat profesional? Ya, sejak seseorang dikenalkan dengan tauhid sudah diberi gambaran jelas antara mengesakan Allah dengan perbuatan syirik. Tidak ada kompromi antara dua ini. Pilih Islam, maka mengesakan Allah dan menolak sehabis keras ideologi, prinsip dan amalan syirik sekalipun sekecil cucu kuman.
Perhatikan erti ayat 42 surah al-Baqarah, “Dan jangan kamu campur adukkan yang hak (benar) dengan yang batil (salah), dan jangan kamu sembunyikan yang hak itu.”
Maksud ayat 48 pula, “Dan jagalah dirimu daripada hari (azab kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain walau sedikit pun, dan (begitu pula) tidak diterima syafaat (pertolongan) dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.”
Adakah antara sesama muslim dapat bertukar-tukar dosa dan pahala? Allah mengatakan tidak. Dengan bahasa harian, amalku adalah amalku, bukan amalmu. Pahalaku adalah hakku, bukan hakmu. Inilah yang menjadikan orang-orang miskin harta merasa punya hak sama rata dengan manusia kaya-raya. Di sisi Allah si miskin dapat membina imej, bersaing dengan si kaya. Semua darjat di sisi Allah adalah rahsia-Nya dan hanya diketahui di akhirat kelak. Tidakkah prinsip profesional ibadah ini indah?
Bolehkah direkacipta satu bentuk amalan serupa ibadah yang tidak ada contoh daripada al-Quran dan sunah nabi? Jawabnya dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim, ertinya "Barangsiapa yang mengada-adakan dalam (urusan) agama ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan itu) tertolak."Kan tampak jelas banget profesionalnya beribadah di sisi Allah, iaitu wajib dalam petunjuk. Tidak ada petunjuk sunah, maka sia-sia, hangus, tak berguna biarpun dilihat cantik, soleh, dan modalnya tinggi.
Ayat-ayat al-Quran dengan jelas mengajar pemahamnya mengenai profesional dalam urusan kehidupan dan peribadahan. Dengan lemahnya iman dan sosial, mungkin kita mengatakan tidak berupaya menjadi professional seperti yang ditegaskan dalam ayat 42 itu, tetapi wajiblah kita menjadikan prinsip professional yang diajar oleh Allah sebagai pegangan. Dengan erti kata lain, penerimaan prinsip professional itu mesti ada, melaksanakan itu tentulah dengan kuasa dan kudrat masing-masing. Ayat akhir surah al-Baqarah (ayat 286) memberi kelonggaran berdasarkan keupayaan masing-masing. Diri sendiri dan Allah tahu di mana kedudukan kita, yang benar-benar dalam ketidak upayaan atau yang berpura-pura. Tak selamanya orang dapat berpura-pura dan mata manusia kian jelas, perangai manusia di sekeliling.