Pengikut

Rabu, Ogos 19, 2009

DEBAT hampas kelapa Pas dan Umno!

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.
Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden UMNO itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu."Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.
Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu. Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung. -bernama
WALAUPUN memang kerap ditemui perkara pelik dan melucukan dalam kalangan ahli politik (termasuklah pemikiran mereka), tahan-tahanlah sedikit. Lawak bodoh betul apabila politik yang dikaitkan dengan pentadbiran negara hendak membicarakan lesen peguam! Apakah ahli-ahli politik sudah muak dengan dasar dan prinsip partai dan pentadbiran. BN dan PR sama-sama mempunyai wilayah pentadbiran, maka sila debatkan mana-mana konsep antara dua sistem pentadbiran ini secara terbuka dan waras. Debat calon itu layak bertanding atau tidak, betul-betul lambang pemikiran ciput dalam dunia global. Tapi orang suka debat, sebab ada unsur gaduh. Kan orang memang suka kalau debat, berbalah dan bertumbuk.
Melayu... Melayu... ini pemimpin kamu?

1 ulasan:

  1. Nak buat cam ne . Inilah mentaliti pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi ! Pada hari penamaan calon hari tu seorang Ahli Parlimen tiba-tiba kena rasuk . Dan hari ini DSAI mengarahkan hakim menangguhkan perbicaraan menuntut haknya oleh Saiful.

    Nampaknya dalam waktu mendatang ini dan entah sampai bila, kita akan terus dihidangkan dengan
    hidangan politik yang meloyakan.

    Apa yang patut kita buat ?

    BalasPadam