Pengikut

Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan

Ahad, November 26, 2017

PRINSIP manhaj akidah salaf


Oleh Syaikh ‘Abdussalam bin Salim As Suhaimi

Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah aqidah secara ringkas adalah sebagai berikut:

1. Membatasi sumber rujukan dalam masalah aqidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih

2. Berhujah dengan hadis-hadis shahih dalam masalah aqidah, baik hadis-hadis tersebut mutawatir atau pun ahad.

3. Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal.

4. Tidak menceburkan diri dalam ilmu kalam dan filsafat

5. Menolak ta’wil yang batil

6. Menggabungkan seluruh nas yang ada dalam membahas suatu permasalahan [1]

Inilah aqidah yang lurus yang berasal daripada sumber yang murni, iaitu Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yang jauh daripada hawa nafsu dan syubhat. Orang yang berpegang teguh dengan aqidah yang demikian, maka ia telah mengagungkan nas-nas al-Qur’an dan Sunnah kerna ia mengetahui bahwa apa yang ada di dalamnya itu benar.

Imam Al Barbahari rahimahullahberkata:

واعلم رحمك الله أن الدين إنـما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائـهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئاً يهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه وسلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله

“Ketahuilah saudaraku, semoga Allah merahmatimu, bahwa agama Islam itu datang daripada Allah Tabaaraka Wa Ta’ala. Tidak disandarkan pada akal atau pendapat-pendapat seseorang. Janganlah engkau mengikuti sesuatu hanya karena hawa nafsumu. Sehingga akibatnya agamamu terkikis dan akhirnya keluar daripada Islam. Engkau tidak memiliki hujjah. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menjelaskan As Sunnah kepada ummatnya, dan juga kepada para sahabatnya. Merekalah (para sahabat) As Sawaadul A’zham. Dan As Sawaadul A’zham itu adalah al haq dan ahlul haq” [2].

Sebelum itu, beliau juga berkata:

والأساس الذي تبني عليه الجماعة وهم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Pondasi daripada Al-Jama’ah adalah para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Merekalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Barang siapa yang cara beragamanya tidak mengambil daripada mereka, akan tersesat dan berbuat bid’ah. Padahal setiap bid’ah itu kesesatan” [3].

Beliau juga berkata:

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : لا عذر لأحد في ضلالة ركبها حسبها هدى ولا في هدى تركه حسبه ضلالة فقد بُينت الأمور وثبتت الحجة وانقطع العذر وذلك أن السنة والجماعة قد أحكما أمر الدين كله وتبين للناس فعلى الناس الإتباع

“Umar bin Al- Khattab Radhiallahu’anhu berkata: Tidak ada toleransi bagi seseorang untuk melakukan kesesatan, kerna petunjuk telah cukup baginya. Tidaklah seseorang meninggalkan petunjuk agama, kecuali baginya kesesatan. Perkara-perkara agama telah dijelaskan, hujah sudah ditetapkan, tidak ada lagi toleransi. Kerna As Sunnah dan Al Jama’ah telah menetapkan hukum agama seluruhnya serta telah menjelaskannya kepada manusia. Maka bagi manusia hendaknya mengikuti petunjuk mereka” [4].

(Penterjemah: Yulian Purnama)

[1] Diringkas oleh syaikh dari kajian kitab Al Minhaj yang diasuh oleh Syaikh Abdullah Al ‘Ubailan. Dan poin-poin ini sudah ma’lum dari pengamatan terhadap manhaj para salafus shalih

[2] Syarhus Sunnah, 1/66.

[3] Syarhus Sunnah, 1/65.

[4] Syarhus Sunnah, 1/66.

Khamis, Oktober 19, 2017

AKIDAH Sifat 20 Cara falsafah Yunani


Di sekolah murid diajarkan tamadun Yunani purba. Telah dihafal beberapa tokoh ahli falsafahnya seperti Socrates,  Aristotle dan Plato. Digambarkan pemikirannya mereka menyumbang kemajuan intelektual dunia. Murid juga diajarkan sumbangan tamadun Islam zaman wangsa Abasiyyah. Pada Zaman inilah dibina Baitul Hikmah, pusat penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Nah,  hasilnya pemikiran ahli falsafah Yunani diterima pakai oleh ahli akademik Islam zaman Abasiyyah, melahirkan ahli ilmu kalam. Mereka menggunakan metodologi falsafah Yunani untuk memahami sifat Allah dalam agama Islam.

Maka muncul pendapat bahawa alquran itu makhluk, bukannya kalamullah. Imam Ahmad bin Hanbal yang mempertahankan bahawa alquran itu kalamullah, bukannya makhluk menerima padah yang dahsyat daripada khalifah Abasiyyah waktu itu.

Muncul Imam Abul Hassan al Asy'ari (mati tahun 324H) menyanggah ideologi ahli kalam Muktazilah, tapi sebagiannya pemikirannya masih terperangkap dalam ilmu kalam, sehingga pada akhir usianya barulah Imam Abul Hassan kembali kepada manhaj Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Ahlus sunnah. Namun para pengikut Imam Abul Hassan sekarang mengambil metodologi ahli kalam Imam Abul Hassan (Zaman Imam Abul Hassan menekuni ilmu Ibnu Kullab,  disebut Kullabiyah) sebelum imam itu mengikuti manhaj ahlus sunnah. Bagi kaum Asya'irah kini, ilmu kalam itulah manhaj ahlus sunnah dan orang yg  bermanhaj seperti para sahabat dan salafus salih dikata bukan ahlus sunnah. Ekstrimis Asya'irah terbuka menuduh pengguna manhaj salafus salih sebagai sesat akidah kerna tidak sama faham mereka yang menggunakan ilmu kalam pusaka dari Yunani. Sambil mengajarkan akidah Sifat 20, para ektrimis Asya'irah menuduh pendukung manhaj salafus salih sebagai wahabi dan mujasimah,  iaitu menyatakan Allah seperti makhluk yang bertubuh!

Sama ada mereka tahu kecelaruan manhaj Asya'irah sebagai ilmu kalam Yunani atau salah faham yang dianggap satu kebenaran berakidah, mereka sendiri yang tahu. 

asya'irah pilih ahli kalam

Foto hiasan
Imam Abul Hassan al Asy'ari (260-324H) adalah tokoh ulama Ahlus sunnah wal jamaah  pada abad ketiga Hijrah.

Sejak berusia 10 tahun sehingga 40 tahun,  beliau berfahaman Muktazilah. Beliau adalah ulama ahli kalam atau Muktazilah selain bapa tirinya yang juga guru beliau. Bapa tirinya ialah Abul Ali al Juba'i.

Pada usia 40 itu, Imam Abul Hassan al Asy'ari sangat berfikir tentang fahaman Muktazilah,  dan mengisytiharkan keluar daripada fahaman tersebut. Beliau mendakwa berfahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, tetapi mengikuti pendirian Abdullah bin Saad bin Kullab. Pengikutnya dikenali sebagai Kullabiyah.  Pada waktu inilah Imam Abul Hassan al Asy'ari menetapkan tujuh sifat dzatiyah Allah iaitu Hayat, Ilmu, Qudrah,  Iradah,  Sam'a, Basyar  dan Kalam.

Menurut Sheikh Ibnu Taimiyyah,  Ibnu al Qayyim al Jauziyyah dan Sheikh Muhibuddin al Khatib bahawa Imam Abul Hassan al Asy'ari meninggalkan manhaj ahli kalam dan mengikuti aliran ahli hadis setelah berhijrah ke Baghdad. Pada peringkat ini beliau dikatakan menerima semua sifat  Allah tanpa tasybih, tamtsil,  takyif, dan tahrif. Inilah yang menjadi perbedaan antara ahli kalam dengan ahli hadis. Kitab "al Ibanah an Ushul ad Diyanah" dianggap kitab beliau yang terakhir,  yang menjelaskan pegangan akidahnya menyamai para sahabat Nabi Shallallahu alaihi wasallam.

Imam Abul Hassan al Asy'ari menjadi patokan ahli mazhab akidah Ahlus sunnah wal jamaah versi Asya'irah. Namun kebanyakan ahli Asya'irah memilih manhaj ahli kalam dan menolak manhaj ahli hadis. Mereka menggabungkan ajaran Imam Abul Hassan al Asy'ari yang tujuh dengan 13 lagi sifat Allah daripada Imam al  Mauturidi. Sebab itulah golongan ini menisbahkan Mazhab akidah mereka sebagai Asya'irah dan Mauturidiyah terkenal dengan pegangan Sifat 20.

Ahad, Julai 02, 2017

ALLAH wujud tak bertempat - Syiah

SYIAH BERAQIDAH DENGAN ‘ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT’
Oleh Abu Amru Mohd Radzi Othman

Selain dari Mu’tazilah, rupanya aqidah batil ini juga dianut oleh Syiah. Hal ini dinyatakan oleh ahlil hadis Syiah iaitu Al Kulaini dalam kitab agung mazhab Syiah iaitu Al Kafi. Kitab ini pada mata Syiah adalah setaraf dengan Shahih Al Bukhari!!

Menariknya, telah muncul beberapa tokoh Syiah yang menjisimkan Allah seperti Hisham ibn Salim al-Jawaliqi dan Hisham ibn al-Hakam. Mereka telah benar-benar menetapkan bahawa Allah Ta’ala seperti manusia – berjasad dan boleh disentuh.

Maka tampillah para ulama besar Syiah membantah golongan Mujassimah ini dan menetapkan bahawa Allah wujud tanpa tempat.

Muhammad bin Abu 'Abdallah telah diriwayatkan dari orang-orang yang disebutkan dari Ali bin al-' Abbass dari Ahmad bin Muhammad bin Nasr abu dari Muhammad ibn Hakim. Dia telah mengatakan bahawa saya menjelaskan kepada abu Ibrahim (Musa al-Kazim (as), kata-kata Hisyam bin Salim al-Jawaliqi dan kata-kata Hisyam bin al-Hakam yang mengatakan Allah adalah berjasad. Imam (as) berkata, "Allah, Yang Maha Tinggi, tidak mirip dengan salah satu hal. Apa yang bisa lebih menghujat dan syubhat daripada untuk menggambarkan Pencipta segala sesuatu dengan cara tubuh, bentuk, jenis ciptaan, keterbatasan , anggota badan dan organ. Allah, yang Maha Tinggi, yang besar, jauh di atas hal-hal ini" (Al Kafi)

Ahmad bin Idris telah meriwayatkan dari Muhammad ibn 'Abd al-Jabbar dari Safwan bin Yahya dari Ali bin abu Hamzah, yang mengatakan perkataan Hisyam Ibnu Hakam yang menetapkan Allah berjasad lalu Imam berkata: “Maha Suci Tuhan! Tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana Dia kecuali Dia sendiri. Tidak ada yang serupa dengan-Nya dan Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat. Dia tidak dapat dibatasi, juga tidak boleh dirasakan (dengan tangan manusia) atau disentuh atau dipindahkan. Mata tidak mampu melihat-Nya atau salah satu indera dapat memahami-Nya. Dia tidak terkandung dalam apapun, juga tidak berbadan atau berbentuk atau berbatas” "(al Kafi)

Ali bin Muhammad, dengan cara marfu’, telah meriwayatkan dari Muhammad ibn al-Faraj al Rukhkhaji yang mengatakan berikut ini: "Saya menulis surat kepada Imam abu al-Hassan (as), tentang perkataan Hisyam bin al-Hakam, tentang tubuh Allah dan kata-kata Hisyam bin Salim tentang bentuk Allah. Dia menulis dalam menjawab: ‘'Hapus dari dirimu kekeliruan yang berasal dari “golongan yang keliru” dan (kamu hendaklah) mencari perlindungan dari Allah melawan Syaitan. Apa yang kedua-dua Hisham katakana adalah tidak benar”. (al Kafi)


Muhammad bin abu 'Abdallah telah meriwayatkan dari Muhammad bin Isma'il dari Ali bin al-' Abbass dari al-Hassan ibn 'Abd al-Rahman al-Hammami yang mengatakan: “Saya berkata kepada abu al-Hassan Musa bin Ja'far (as): ‘Hisyam bin al-Hakam menetapkan bahwa Allah berbentuk tubuh namun tidak ada seseorang seperti Dia. Dia adalah Maha Tahu, Maha mendengar lagi Maha melihat , Maka Berkuasa, Dia berbicara dan beralasan. Firman-Nya, Kuasa-Nya, Pengetahuan-Nya semua wujud dalam satu. Tidak ada dari semua ini diciptakan (maknanya adalah qodim). Imam berkata: “Semoga Allah menjadi musuhnya. Apakah dia tidak tahu bahawa tubuh itu terbatas , dan ucapan itu apakah lain dari sang pembicara? Aku berlindung dari Allah dan aku menyangkal kata-kata tersebut. Allah tidak memiliki tubuh, bentuk atau jenis keterbatasan. Allah telah menciptakan segala sesuatu. Dia menciptakan apapun dan bila-bila sahaja apabila Dia berkehendak, tanpa perlu sebuah kata untuk diungkapkan atau tanpa perencanaan dalam fikiran atau ucapan lidah”. (al Kafi)

Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Imran ke Daqqaq mengatakan: Abu Muhammad ibn Abd al Kufi allah mengatakan: Muhammad bin Ismail al Barmaki mengatakan: pada autoriti bagi al-Hasan bin al Husyan, dan al Husain bin Ali pada Shalih bin Abu Hammad, pada Abd Allah ibn Al Mughayrah, pada Muhammad bin Ziyad berkata: Aku mendengar bin Yunus mengatakan Zabyanmengatakan: 'Saya masuk menemui Abu Abdullah al Sadiq (as) dan mengatakan kepadanya: 'Hisham ibn al-Hakam membuat pernyataan yang panjang. Aku hanya akan meringkas. Dia menganggap Allah menjadi berjasad karena dua jenis: tubuh dan tindakan tubuh. Maka, jika tidak mungkin bagi Sang Pencipta untuk menjadi suatu tindakan, itu hanya mungkin bahwa Dia adalah Pelaku'. Kemudian Abu Abdullah (as) menjawab: 'Celakalah dia! Apakah dia tidak tahu bahawa tubuh dan gambaran sangat terbatas. Maka, jika batas dimungkinkan maka Kenaikan dan Penurunan yang mungkin, maka Dia adalah diciptakan (berlawanan dengan qodim)". (Shaykh Saduq, kitab berjodol al Tawid pada bab Innahu Laysa bi-Jism wa-la-Surah)

Muhammad bin Musa bin Al Mutawakkil mengatakan: "kata Ali bin Ibrahim bin Hishim bagi pihak ayahnya, pada pihak al Saqr bin [Abu] Dulaf bahawa dia bertanya kepada Abu Al Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa Al Rida (ra) tentang kewujudan yang satu: Sesungguhnya, Aku mengatakan apa Hisyam bin Al Hakam mengatakan. Maka dia (as) menjadi marah dan berkata: 'Apa yang terjadi dengan Anda dan Hisyam? Memang, dia bukan dari golongan kami yang berpikir bahwa Allah Maha Kuasa dan Maha Tinggi memiliki tubuh. Kita bebas dari seperti orang ini di dunia dan di akhirat. Wahai anak [Abu] Dulaf! Sesungguhnya, tubuh diciptakan dan Allah adalah Sang Pencipta". (Shaykh Saduq, kitab berjodol al Tawid pada bab Innahu Laysa bi-Jism wa-la-Surah)

AQIDAH SYIAH RAFIDHAH

1)      Allah wujud tanpa tempat
2)      Tidak boleh menetapkan bahawa Allah memiliki jari, tangan, kaki, wajah
3)      Allah berbicara tanpa suara

Khamis, Disember 29, 2016

SYIRIK dan bid'ah - jalan syaitan


SUATU ketika  Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkisah,

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هذه سبل و عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat sebuah garis lurus bagi kami, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau membuat garis lain pada sisi kiri dan kanan garis tersebut, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan (yang banyak). Pada setiap jalan ada syetan yang mengajak kepada jalan itu,’  kemudian beliau membaca,

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya’” ([Al An’am: 153] Hadits shahih diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya)

Para imam tafsir menjelaskan bahwa pada ayat ini, Allah Tabaraka wa Ta’ala menggunakan bentuk jamak ketika menyebutkan jalan-jalan yang dilarang manusia mengikutinya, yaitu {السُّبُلَ}, dalam rangka menerangkan cabang-cabang dan banyaknya jalan-jalan kesesatan. Sedangkan pada kata tentang jalan  kebenaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan bentuk tunggal dalam ayat tersebut, yaitu {سَبِيلِهِ}. karena memang jalan kebenaran itu hanya satu, dan tidak berbilang.  (Sittu Duror, hal.52).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Dan ini disebabkan, karena jalan yang mengantarkan (seseorang) kepada Allah hanyalah satu. Yaitu sesuatu yang dengannya, Allah mengutus para Rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Tiada seorangpun yang dapat sampai kepada-Nya, kecuali melalui jalan ini” (Sittu Duror, hal.53).

Jika Anda ingin tahu apa itu jalan kebenaran yang hanya ada satu tersebut? Jawabannya adalah jalan yang pernah ditempuh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, itulah satu-satunya jalan yang bisa mengantarkan seorang hamba kepada Allah Azza wa Jalla. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahayanya tidak mengetahui jalan kebenaran ini, beliau mengatakan,

الجهل بالطريق و آفاتها و المقصود يوجب التعب الكثير، مع الفائدة القليلة

“Ketidaktahuan terhadap jalan kebenaran ini dan rintangan-rintangannya, serta tidak memahami maksud dan tujuannya, akan menghasilkan kepayahan yang sangat, disamping itu faedah yang didapatkanpun sedikit” (Sittu Duror, hal. 54). 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan jalan yang lurus tersebut dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan untuk kalian sesuatu. Jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnahku” (Diriwayatkan Imam Malik dan yang lainnya, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani).

Sumber: http://muslim.or.id/25459-jalan-kebenaran-hanya-satu-1.html

Ahad, Disember 25, 2016

HARI NATAL vs akidah muslim

Foto hanya hiasan
HARI Natal Nasrani itu tanggal 25 Disember. Hari Natal itu hari agung, penuh kebesaran dan kemegahan kepada penganut agama Nasrani. Orang Nasrani itu mengatakan menyembah tuhan iaitu Allah. Itu sama seperti umat Islam yang menyembah Allah sebagai Tuhan yang menguasai segala-gala yang ada dalam alam ini.

Muslim kental berakidah Allah Dialah satu-satunya Tuhan, yang tidak menyamai dengan apa-apa pun yang pernah dipikirkan oleh manusia. Oleh itu apabila umat Nasrani mengatakan Allah itu tiga ialtu Allah bapa, Allah anak iaitu Yesus (Nabi Isa) dan Allah bundanya Yesus, ini sangat berlawanan dengan ayat-ayat al-Quran bahwa Allah itu satu atsu esa.

Al-Quran sangat jelas menceritakan kedurjanaan orang Nasrani mengubah ajaran suci Nabi Isa kepada satu ajaran Allah itu tiga. Dan al-Quran juga menjelaskan orang Nasrani yang berakidah triniti itu sungguh mahu umat Islam menjadi seperti mereka.

Al-Ma'idah: 73 "Sungguh telah kafir orang-orang yang mengatakan bahwa Allah itu adalah satu daripada tiga, padahal tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti (bertaubat) daripada apa yang mereka katakan, pasti orang-orang kafir di antara mereka adan ditimpakan azab yang pedih."

Al-Baqarah: 109 "Banyak antara ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ingin sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu (muslim) setelah kamu beriman menjadi kafir kembali kerna rasa dengki dalam diri mereka, setelah kebenaran jelas bagi mereka....)

Akidah Nasrani yang direka setelah ketiadaan Yesus (Nabi Isa) ialah Allah itu ialah Yesus. Allah menjelma dalam Yesus untuk menebus dosa Adam yang melanggar perintah Allah di surga. Oleh itu sesiapa yang menerima Yesus sebagai Allah berarti orang itu telah terselamat daripada dosanya Adam. Oleh itu mereka sangat berharap setiap muslim menerima ketuhanan Yesus. Dan mereka menjadiksn tanggal 25 Disember.

Hari Natal itu adalah kemuncak kegembiraan penerimaan Yesus sebagai tuhan yang dikatakan menyelamat manusia daripada dosa.  Apakah muslim yang utuh akidah dan imannya kepada Allah Tuhan yang Esa bisa bermuka manis berjabat tangan melafazkankan "Selamat Hari Natal"?

Kecuali dia seorang muslim yang tidak sadar apa-apa perbedaan antara iman dan kufur, maka dia akan bergelumang dalam apa juga kaitan hari perayaan kaum yang kufur itu.

Ahad, Disember 18, 2016

"BEBASKAH kerna tidak Islam?"

Foto hanya hiasan
APA maksud tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam?  Telah masyhur ayat  al-Quran " tiada paksaan dalam agama". Itu ayat 256 surah al-Baqarah.  Mungkin saja Allah memberi kebebasan mutlak kepada manusia untuk memilih atau menolak beragama Islam.  Kemudian mungkin saja ada orang paham, jika seseorang tidak memilih agama Islam, tentu juga tidak menjadikan satu dosa di sisi Allah sebab Dia sudah memberi kebebasan mahu Islam atau tidak.

Perhatikan maksud penuh ayat itu.  "Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam).  Sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar (Islam) dan jalan yang sesat.  Siapa yang ingkar pada taghut dan beriman kepada Allah maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus.  Allah Maha Mendengar,  Maha Mengetahui."

Perhatikan sebab turunnya wahyu tersebut.  Ibnu 'Abbas r.a. berkata, 'ada seorang sahabat ansar yang berasal daripada Bani salim bin Auf bernama Hushain. Dia mengajak dua orang anaknya yang beragama Nasrani  untuk masuk Islam.  Namun kedua-dua anaknya menolak ajakan itu.  Hushain pun mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. , 'apakah aku perlu memaksa kedua-dua anakku untuk masuk Islam?'  Atas pertanyaan itu, Allah menurunkan ayat berkenaan." (HR Ibnu Jarir)

Melihat isi ayat Allah dan peristiwa penyebab turunnya  wahyu itu jelas Allah tidak melepaskan percuma orang yang sudah tahu jalan kebenaran Islam dan jalan agama tersesat.  Dakwah atau pengetahuan Islam telah sampai dan orang memilih ikut hawa nafsu - menolak agama Islam, jawabnya orang itu kafir dengan seruan Allah dan rasul-Nya.

Allâh swt berfirman maksudnya,  "Sesungguhnya agama di sisi Allâh ialah Islam… "[Ali ‘Imrân: 19]

Lagi Allâh swt juga berfirman,  "Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi." [Ali ‘Imrân: 85]

Perhatikan penjelasan sikap penganut agama Yahudi dan Nasrani terhadap penganut Islam.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allâh itulah petunjuk (yang sebenarnya).’ Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, maka tidak akan ada bagimu Pelindung dan Penolong dari Allâh. [al-Baqarah:  120]

Oleh itu jelas apabila seseorang telah tahu informasi Islam dan agama-agama lain, dia tidak ada kebebasan meninggalkan Islam.  Ini adalah di sisi Allah yang  Dia akan memberi habuan baik atau buruk di akhirat kelak.  Adapun di dunia, manusia muslim kekal tidak dibenarkan memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.

Wallahu 'aklam

Jumaat, Disember 16, 2016

BOLEHKAH muslim ucapkan Merry Christmas?

Mengucapkan Selamat Natal dan Merayakan Natal Bersama

Berikut adalah fatwa ulama besar Saudi Arabia, Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah, dari kumpulan risalah (tulisan) dan fatwa beliau (Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin), 3/28-29, no. 404.

Muslim  rayakan idulfitri dan iduladha saja
Beliau rahimahullah pernah ditanya,
“Apa hukum mengucapkan selamat natal (Merry Christmas) pada orang kafir (Nashrani) dan bagaimana membalas ucapan mereka? Bolehkah kami menghadiri acara perayaan mereka (perayaan Natal)? Apakah seseorang berdosa jika dia melakukan hal-hal yang dimaksudkan tadi, tanpa maksud apa-apa? Orang tersebut melakukannya karena ingin bersikap ramah, karena malu, karena kondisi tertekan, atau karena berbagai alasan lainnya. Bolehkah kita tasyabbuh (menyerupai) mereka dalam perayaan ini?”

Beliau rahimahullah menjawab :
Memberi ucapan Selamat Natal atau mengucapkan selamat dalam hari raya mereka (dalam agama) yang lainnya pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama (baca : ijma’ kaum muslimin), sebagaimana hal ini dikemukakan oleh Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam kitabnya ‘Ahkamu Ahlidz Dzimmah’. 

Beliau (Ibnul Qayyim. Pen.) rahimahullah mengatakan,
“Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini bisa selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Banyak orang yang kurang paham agama terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui kejelekan dari amalan yang mereka perbuat. Oleh karena itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia pantas mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.” –Demikian perkataan Ibnul Qoyyim rahimahullah–

Dari penjelasan di atas, maka dapat kita tangkap bahwa mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan. Alasannya, ketika mengucapkan seperti ini berarti seseorang itu setuju dan ridho dengan syiar kekufuran yang mereka perbuat. Meskipun mungkin seseorang tidak ridho dengan kekufuran itu sendiri, namun tetap tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk ridho terhadap syiar kekufuran atau memberi ucapan selamat pada syiar kekafiran lainnya

Ahad, Mei 08, 2016

ANTARA paksi akidah: Ikuti hujah para Sahabat Nabi s.a.w.

foto hiasan

MENJADI sebagian daripada akidah mukmin ialah menghindari bid’ah dan berittiba dengan sunnah Nabi s.a.w.  Maksud sabda Nabi s.a.w. “Sebaik-baik perkara adalah ‘Kitabullah’ dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (s.a.w.). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Imam Muslim).

Menurut Imam Asy Syatibi, bid’ah merupakan rekaan baru yang semyerupai  ibadah sahih,  yang tujuan pengamalnya (bid’ah) untuk lebih bertaqarub kepada Allah. Maka, tidak ada bid’ah dalam urusan bukan keagamaan atau ibadah. Malah sangat digalakkan mukmin menggunakan akal pikirannya untuk mencari kemajuan keduniaan seperti meneroka sains dan teknologi.

Para sahabat Nabi s.a.w. sangat prihatin permasalahan bid’ah, kerna pada jaman Nabi s.a.w. hidup pun sudah ada dalam kalangan muslim membuat bid’ah supaya mereka merasa lebih dekat dengan taqwa kepada Allah.

Berikut petikan kalam para sahabat dalam kitab Akidah Salaf Ahlus Sunnah wal Jamaah oleh Syeikh ‘Abdillah bin ‘Abdil Hamid al-Atsari.

Kata Muaz bin Jabal r.a. (maksudnya), “Wahai manusia, berpedomanlah dengan ilmu sebelum ia diangkat (dicabut).  Ketahuilah bahwa diangkatnya ilmu ialah dengan kematian ahlinya (ulama).  Hati-hatilah terhadap bid’ah, perbuatan bid’ah dan memfasih-fasihkan pembicaraan, serta berpegang dengan perkara kalian yang terdahulu.” (AlBida wan Nahyu ‘anhaa karya Ibnu Wadhah.

Kata Huzaifah bin Al Yamani r.a.  (maksudnya), “Semua peribadahan yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. maka janganlah melakukan peribadahan itu, kerna generasi pertama tidak meninggalkan pendapat bagi generas akhir. Maka bertaqwalah wahai ahlul qura (ahli al Quran), ambillah jalan sebelum kalian.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dala m al-Ibanah)

Kata ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. (maksudnya), “Barang siapa yang ingin mencontoh maka mencontohlah kepada kaum yang sudah mati, iaitu para Sahabat Rasulullah s.a.w..  Mereka adalah sebaik-baik umat ini, paling bersih hatinya, paling dalam ilmunya, dan paling sedikit memaksakan diri.  Satu kaum yang dipilih Allah untuk menyertai Nabi-Nya dan menukil agama-Nya, maka tirulah akhlak dan jalan mereka kerna mereka berada di jalan yang lurus.” (Diriwayatkan oleh al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Kata ‘Abdullah bin Umar r.a. (maksudnya), “Manusia senantiasa berada di jalan (yang lurus) selagi mereka mengikuti atsar.” (Diriwayatkan oleh al-Lalika’I dalam Syarh Ushuul I’tiqaad ahlis Sunnah wal Jamaah)


Nota: Atsar ialah perkataan atau pendapat para Sahabat Nabi s.a.w.

Isnin, Januari 25, 2016

MASA depan Syiah cerah di sini...


JUMLAH penduduk Malaysia  hanya 30 juta orang dan daripada itu kira-kira 70 peratusnya beragama Islam. Perkembangan baru pula menggambarkan kemungkinan ada hampir sejuta orang daripada penganut Islam telah bertukar akidah Islam kepada agama Syiah.  Dari sudut teknikal, Syiah boleh dianggap sebagian Islam, tetapi secara akidahnya syiah bukan dalam Islam.

Syiah mengembangkan ajarannya kepada penganut Islam kerna  ada persamaan sejarah. Syiah sendiri asalnya daripada Islam, tetapi akibat amalan bid’ah yang besar dalam akidah dan ibadah, maka Syiah bukan Islam. Ratu Syiah Indonesia sendiri mengakui bahwa Tuhannya Muhammad (Nabi s.a.w.) bukanlah tuhannya mereka kaum Syiah.  Sekian banyak pula ritual ibadah syiah adalah bid’ah, atau rekaan dalam rangka mengabdi kepada tuhan.

Namun kaum Syiah tidak jelas membedakan diri dalam masyarakat Islam Sunnah.  Konsep taqiah atau berpura-pura (munafik) menjadi amalan mereka dalam menyelamatkan diri ketimbang bersusah-payah menjawab mengapa dirinya beragama Syiah.  Sekalipun kaum Syiah di Malaysia mengatakan Ali bin Abi Talib sebagai Nabi akhir zaman atau mengatakan sahabat Nabi itu sebagai tuhan, itu bukanlah terzahir secara konkrit.  Soal dalam agama mereka tidak ada shalat Jumaat dan tidak ada shalat lima waktu, mereka dengan senang menyelinap dalam masyarakat muslim yang memang banyak berkelakuan begitu.

Penganut Syiah hanya dapat dikesan tatkala mereka melakukan ritual agama secara terbuka.  Misalnya jika berkumpul dan mengadakan diskusi agama, pastilah mereka menyatakan kesedihan atas kematian cucu Nabi s.a.w., Saidina Hussein bin Abi Talib. Mereka bersedih menangis dan melagukan irama sesal dan marah terhadap kematian Hussein. Jelas mereka penganut Syiah.

Belum ada penganut Syiah di Malaysia yang melukakan diri pada hari Asyura 10 muharam sebagaimana di Iran, Iraq dan beberapa negara luar sana.  Di Indonesia dan Malaysia, saat hari Asyura mereka menyanyi kesedihan dan menampar-nampar dada.  Sang Syiah tegar dari Indonesia jika mahu melukan diri saat itu, masih perlu ke negara Syiah seperti Iran.

Satu perkara, penganut Syiah di Malaysia atau Indonesia akan menafikan amalan Syirik dan bid’ah dalam agama mereka sebagai dasar.  Jika kita katakan penganut Syiah melukakan diri, menyembah berhala imam mereka atau membuat perlakuan seperti penganut Nasrani dan Hindu, mereka pantas menafikan itu adalah dasar agamanya. Mereka akan berkata, ajaran Syiah yang sebenar bukanlah seperti yang kita katakan kepada mereka. Acara melukakan diri pada 10 muharam yang terkenal dan sebagai tanda rasa sepenanggungan terhadap Hussein juga dinafikan sebagai ajaran asas agama Syiah. Begitulah munafiknya mereka.

Penganut Syiah begitu marah dengan sesiapa yang bersikap dan berdakwah kepada ajaran Islam yang tulen: Al-Quran dan Sunah sahih. Kebetulan negara yang kuat menjaga ajaran Islam seperti yang ada pada jaman Nabi dan para Sahabat adalah Arab Saudi, maka semua penganut Syiah mencela pemerintah dan dasar negara dua tanah suci itu.  Perkataan ‘wahabi’ adalah kewajiban untuk menggambarkan kebencian Syiah kepada sesiapa yang menolak atau melawan agama Syiah.

Pandangan saya, Syiah punya masa depan di Malaysia dan Indonesia kerna masyarakat Islamnya berpegang kuat amalan bid’ah yang dikatakan hasanah.  Asalkan seseorang itu menerima konsep bid’ah dalam agama, pintu masuk ajaran agama Syiah sudah ada.  Syiah itu berkembang kerna penerimaan terhadap rekaan konsep akidah dan ibadah. Rekaan dalam agama itulah bid'ah.


Sudah ada orang yang disebut guru agama mengatakan Nabi Muhammad jauh lebih besar daripada Allah swt. Itu dikatakan untuk membela sambutan Maulidur rasul.  Ada lagi yang mengatakan ‘ada sebagian hadis nabi yang hanya dihafal sahabat dan ulama, tidak ditulis dalam mana-mana sunah hadis’, itu ketika dia membela bid’ah hasanah.  Golongan yang mendakwa keturunan Nabi yang melakukan ibadah di kubur pula sedang diberikan ruang luas menyebarkan ajaran sufinya.  Ini sebagian petanda syiah punya peluang dan akan berkembang di Malaysia.  Tentulah Indonesia mendahului Malaysia dalam hal berkembangnya Syiah.

Selasa, November 17, 2015

LUKAKAN diri satu kebodohan beragama



SEORANG penganut Syiah bangsa Melayu mempertahankan ritual melukakan tubuh pada hari Assyura 10 Muharram. Antaranya: Rasa kesedihan terhadap kesyahidan Saidina Hussein, mahu merasakan derita orang yang sangat dikasihi, sebab itulah kami melukai tubuh-tubuh kami.

Melukai tubuh-tubuh hanya mahu merasakan derita yang pernah dilalui orang terdahulu. Lalu tubuh-tubuh yang sihat dikoyak-koyakkan dengan pedang dan pisau. Darah menyembur di mana-mana, tak ubahnya seperti medan perang - padang berdarah. Anak-anak yang suci murni tidak mengerti apa pun pasal Saidina Hussein, dihiris kepalanya sekalipun anak itu menjerit-jerit ketakutan dan sakit. Kata penganut Syiah, ini semua adalah ritual kebersamaan derita.  Malah itulah kemuncak akidah Syiah!

Hakikatnya semua mereka sakit, luka-luka, menderita, menjerit-jerit dan menuju ke lembah kebinasaan. Akal manusia yang sihat pun menolak perbuatan bodoh kalangan Syiah itu.

Di sisi Allah, dalam al-Quran sangat jelas perbuatan melukakan diri penganut Syiah adalah perbuatan haram!  Maksud ayat 195 surah al Baqarah: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan". Dan ayat 157 surah al A'raf: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segaa benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk."

Saya membalas kepada si penganut agama Syiah begini: "Itu ikut akal dan nafsu. Islam tidak mewariskan dosa dan pahala kepada generasi kemudian. Selain hussein mati berdarah, nabi zakaria lebih tragis matinya. Kepalanya digergaji hidup-hidup. Sepatutnya nabi muhammad yg hiris hiris kepala sangking sedih dan rasa derita bersama. Kan mereka sama para nabi Allah.

Syiah ikut nafsu saja. Buat hukum2 agama sendiri. Tidak ada harganya di sisi Allah selain menderita luka-luka. Mengapa tidak terus mati saja pada 10 muharam itu sebagaimana saidina husin yg dizalimi dan wafat, kan mau rasa derita yg sama. Lagi mereka pantas ke syurga dan ketemu hussein. Mengapa tidak berani mati terus?"

Rabu, November 04, 2015

PERHATIKAN akidahnya, sekalipun berwatak orang shalih

KALI ini biar foto bercerita pasal akidah.  Kita selalu melihat penampilan seseorang berpakaian dalam membuat kesimpulan.  Orang yang berjilbab pastinya dikatakan kuat iman dan takwanya kerna sanggup berjilbab pada saat wanita-wanita jaman moden mendedahkan rambutnya.  Juga lelaki-lelaki yang memakai songkok putih atau kopiah merupakan lelaki yang punya ilmu agama.

Perhatikan akidah kita dan mereka. Kita muslim dan beriman kerna pengakuan dan amalan daripada 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasul Allah'.


berkopiah, tapi mengusung berhala. Inilah penganut agama syiah

berjubah dan berserban menyiram air yg didakwa suci untuk keberkatan?
Bukan ajaran Islam

Akhbar melapor mereka (berpakaian orang shalat) menyiram air suci
untuk menghindari bencana di kawasan berkenaan

Mereka dikatakan dari sekolah agama, melakukan ritual agama di tepi jalan
konon supaya Allah menghentikan keburukan di jalan itu

Selasa, September 08, 2015

ISLAM melarang beribadah di kuburan

beribadah di kuburan wali?
ANTARA kebimbangan Kanjeng Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya adalah pemujaan kubur, terutama kubur orang-orang terkenal atau ahli agama yang sangat disanjungi sewaktu hidupnya.  Pemujaan ini tentulah menyembah kubur!  Itu ekstrim dan orang yang menyatakan ‘Tidak ada tuhan selain Allah ‘pasti tidak menyembah kubur!

Pemujaan kubur  juga berarti menjadikan kubur itu sangat istimewa, satu tempat yang sentiasa dikenang-kenang dan mesti diziarahi sebagai tanda sangat berarti dalam hidup atau kepercayaannya.   Penziarah akan duduk-duduk di sisi kuburan, membaca surah yasin, bertahlilan atau berwirid.  Bentuk ibadah itu dilakukan di atas kuburan itu kerna sangat yakin bahawa kuburan itu paling istimewa, dan dipercayai segala aktiviti keagamaan itu lebih disukai Allah ketimbang melakukan hal yang sama di rumah atau di masjid-masjid.

tilawatil qur'an di atas kubur?
Kemudian ditentu-tentukan hari berkumpul secara besar-besaran misalnya setahun sekali bertepatan hari lahir atau matinya.  Saat perkumpulan penziarah dalam gelombang besar, dirasakan jauh lebih afdal dan paling membawa rahmat Allah.  Dan akhirnya penziarah menjadi percaya ada keberkahan atau kebaikan-kebaikan dalam agama apabila berada dalam majlis besar-besaran di kuburan berkenaan.  Sesudah itu, mereka akan sanggup mati pula mempertahankan kuburan itu daripada ditutup atau mahu dipindahkan!  Apakah begitu ajaran Allah dan rasul-Nya?

Bahawa dahulu pada jaman jahiliyah ada orang alim bernama Al-Lata, berbakti memberi makanan kepada para jamaah haji. Kerna jasa dan sanjungan orang, kuburnya dijadikan tempat istimewa. Dibangunkan pula binaan yang bersesuaian dengan kehendak penziarah jaman itu. Lama-lama, berganti generasi, kubur itu dipuja dan dibuatkan pula patung sebagai tugu peringatan manusia bernama Al-Lata. Patung itu kemudiannya dipindahkan ke sisi Kaabah. Maka sempurnalah kesyirikan kepada Allah.

Bahawa Ibnu Abas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. melaknat para wanita yang berziarah kubur dan orang-orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, serta membuat penerangan di atasnya.” (HR Abu Dawud 3236, Ibnu Majah 1575, At-Tirmizi 320, An-Nasa’I 4/77 dan Ahmad 1/229)

Malah baginda Rasulullah s.a.w. juga bersabda (artinya), “Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan kuburku sebagai berhala  yang disembah.  Alangkah murkanya Allah kepada orang yang menjadikan kubur-kubur orang salih sebagai tempat beribadah.” (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Malik, Bazzar secara mausul dalam kitab Kasyful Atsar 440)

Membuat penerangan di kuburan pun dilarang Kanjeng Nabi s.a.w.  Hari ini banyaklah orang  berasa aneh jika setelah mengubur jenazah, lantas semua berdiri sebentar dan berdoa untuk keampunan si mati.  Setelah itu pulang.  Tidak, mereka tidak yakin sekadar itu, lalu mereka membaca surah Yasin, bertahlilan, berzikir dan membuat ucapan-ucapan pula di situ.  Ada ucapan memberitahu apa yang jenazah akan hadapi dan peringatan untuk manusia yang masih hidup.  Itulah yang dipercayai benar, walhal itulah yang dilarang oleh Kanjeng Nabi s.a.w.. 

Bukankah kita bersaksi Muhammad adalah Rasulullah?


Allahu ‘aklam

Sabtu, Ogos 08, 2015

PROVOKASI berbuat kejahatan, apa pilihan kita?

foto hiasan

TIDAK ada hari yang terlepas daripada mencabar keindahan hidup beragama. Orang berusaha menjaga iman agar bertaqwa, namum setiap waktu ada sahaja cabaran besar yang menggoda jiwanya untuk terjun dalam kancah keburukan atau terus memilih jalan taqwa.

Sifat-sifat negatif, yang buruk, berdosa dan jalan hidup yang haram di sisi Allah terbentang luas.  Malah sebagaian orang sudah dan sedang menjayakan perkara-perkara buruk itu sekalipun sebagai orang yang beragama.  Apakah pilihan sebagai muslim yang mencari jalan pulang terbaik di sisi Allah?

Maksud ayat 133-136 surah Ali ‘Imran, “Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas antara langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.  (iaitu) Orang yang berinfak sama ada pada waktu lapang atau sempit, orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.  Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya.  Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?  Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.  Balasan bagi mereka adalah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir di bawahnya.  Mereka kekal di dalamnya.  Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal.”

Semoga kita tidak terpedaya dengan godaan duniawi yang jelas berlawanan dengan kehendak-kehendak Allah dan rasul-Nya.

Maksud ayat 32 surah Al An’aam, “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang yang bertaqwa.  Tidakkah kamu mengerti?”


Wallahu ‘aklam

Sabtu, Ogos 01, 2015

MENGUMPAT ahli politik atau jiran tetangga, sama saja dosanya!

SURAH Al-Hujurat  ayat 12 (maksudnya), “Wahai orang-orang beriman, jauhilah banyak buruk sangka, sesungguhnya sebagian buruk sangka adalah dosa, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, dan jangan menggunjing (mengumpat) sebagian yang lain…..”

Ayat di atas bukan ayat metafora, yang punya maksud lain daripada yang nyata begitu.  Jelas di situ larangan Allah.  Larangan Allah bermakna hukum haram. Hukum haram di ayat itu ialah ‘buruk sangka, mencari-cari salah orang lain dan mengunjing orang’. Menggunjing orang ialah menceritakan kisah orang lain bukan di tempat yang dibenarkan (mahkamah).

Namun itulah yang banyak sedang berlaku sekarang. Semuanya kerna keserakahan ahli-ahli politik mahu berkuasa. Pengikut-pengikutnya tentu saja meneruskan kerja-kerja buruk atas nama perjuangan rakyat, demokrasi dan kebebasan.  Lihatlah orang-orang yang duduk di warung kopi bicara buruk peribadi pemerintah negara. Anak-anak belasan tahun melepaskan ayat-ayat penghinaan terhadap pemimpin negara walhal mereka tidak tahu apa pun urusan birokrasi dan pentadbiran.  Semua atas nama kebebasan bersuara dan jiwa memberontak.

Mengapa sebagian masyarakat muslim jadi bobrok begitu, pada saat dikatakan semakin banyak parti dan NGO tumbuh berasaskan Islam?  Jawabnya ialah sebagian yang menjadipemimpin organisasi yang dikatakan Islam itu sendiri adalah ahli-ahli politik berakidah demokrasi barat: Kebebasan rakyat bersuara!  Kepada mereka ayat-ayat al-Quran yang disebut ialah untuk mengumpul massa dalam organisasinya, dan mentarbiyah mereka mengenai kesatuan dalam organisasi. Kepada muslim di luar organisasinya, semua dianggap munafik atau fasik.  Sebab itu anak kecil dan remaja yang baru mendengar kuliah agama, berani mencerca dan membuat tuduhan palsu atas orang lain yang tidak dalam organisasinya (kabilahnya).

Sayang sekali, sebab sesiapa yang mencela atas nama suci pun tidak terlepas daripada ancaman Allah dan rasul-Nya.  Tidak ada perbedaan sikap dan perkataan yang dilepaskan. Tidak ada keharusan disebabkan musim berpolitik dan keharaman disebabkan jiran tetangga. Kanjeng Nabi s.a.w. membayangkan muflis atau bangkrap di akhirat kelak. Tapi hadis Nabi s.a.w.  ini sangat tidak disukai oleh orang yang mulutnya tidak dapat dibendung lagi. 

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam maksudnya: “Tahukah kalian, siapa orang yang muflis itu?” Jawab sahabat-sahabatnya,  “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah seseorang yang tidak mempunyai dirham dan tidak pula mempunyai harta-benda!”

Jelas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, “Sesungguhnya seorang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala-amalan solat, puasa dan zakat; dan kedatangannya itu sesudah ia mencaci-cela orang lain, membuat tuduhan palsu (fitnah), memakan harta, mencedera, dan memukul orang lain,  maka pahala kebaikannya itu akan diberikan kepada orang yang dianiayainya itu, dan apabila pahala kebaikannya habis sebelum selesai hutangnya maka orang-orang yang telah dianiayaai itu akan diambil dosa-dosa mereka lalu dibebankan ke atasnya pula, dan kemudian itu ia dicampakkan kedalam api neraka.”
(HR Muslim, no:4684)

Kepelikan masyarakat kita: Bab makanan sangat teliti jika ada unsur babi, dalam bab politik tidak ada ketelitian seperti mencari makanan yang halal.


Wallahu ‘aklam

Selasa, Julai 21, 2015

KITAB Tauhid Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab


NAMA Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, seorang ulama dan  tokoh tajdid dari Arab Saudi kurun ke-18 tidak popular berbanding nama nama Syaikh Hassan al-Banna dari Masir atau Al-Maududi dari Pakistan. Tumpan dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab ialah memurnikan akidah, memperjelas sunah Nabi disamping membanteras hal-hal buruk dalam beragama.

Buku Kitab TAUHID MEMURNIKAN LA ILAHA ILLALLAH oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab terjemahan bahasa Melayu Indonesia sebanyak 216 muka surat terbitan Media Hidayah, Jakarta.  Terdapat  67 bab dengan  tuntas memperjelas perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam agama: kedua-duanya prinsip itu sangat memurnikan perjanjian muslim menyebut ‘tiada  tuhan melainkan Allah’

Pengarang kitab tidak banyak menelurkan bicara untuk setiap bab, cukup beliau memberikan tajuk bab dan penjelasannya adalah ayat al-Quran dan hadis sahih.  Daripada dua sumber itu, pengarang memberi penjelasan ringkas  tapi tepat membawa panduan hidup yang persis kepada janjisebut La ilaha illallah (tiada tuhan melainkan Allah).  Apa saja permasalahan tauhid yang mengagungkan Allah sebagai Tuhan, pengarang memberikan hujahnya daripada al-Quran dan hadis sahih.  Oleh itu permasalahan tauhid itu dilunasi dengan cara yang betul mengikut kehendak Allah dan rasul-Nya.

Sebagai misal, bab 19 ialah ‘Bahaya Sikap Berlebih-lebihan Terhadap Orang Shalih’.  Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab menuliskan ayat 171 daripada surah An-Nisa’ (maksudnya), “Wahai ahli kitab, janganlah kalian melampaui batas dalam agamamu. Janganlah berkata tentang Allah kecuali yang benar.”

Surah Nuh: 23, “mereka (ahli kitab) menyatakan, ‘janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) sesembahan kalian. Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) terhadap wadd, suwa, yaghuts, Ya’us dan Nasr’ “.

Disusun pula hadis berkaitan tajuk bab seperti:

Daripada Umar r.a., telah bersabda Rasulullah (maksudnya), “Janganlah kalian memujiku dengan berlebih-lebihan seperti pujian orang-orang Nasrani kepada Ibnu Maryam.  Sesungguhnya aku adalah hamba.  Oleh itu katakanlah (Muhammad) adalah hamba Allah dan rasul-Nya.” (HR al-Bukhari 2445 dan Muslim).

Kitab terjemahan ini sangat bermanfaat dan mudah difahami oleh pembacanya. Dianjurkan juga kitab ini dijadikan teks akidah atau tauhid dalam kalangan ahli usrah.


Isnin, Jun 08, 2015

MATI apa jika tidak taat pemimpin?

 
foto hanya hiasan
Ada yang punya sifat membangkang pada penguasa atau pemimpin mereka. Bahkan bukan hanya tidak taat, sehingga pemimpin mereka pun dikafirkan. Padahal hidup di bawah pemimpin muslim adalah suatu kebaikan. Enggan taat pada pemimpin yang sah adalah suatu bencana bahkan disifatkan oleh Nabi kita Muhammad - shallallahu 'alaihi wa sallam - sebagai orang yang mati jahiliyah. Apa itu mati jahiliyah?

Ibnu 'Umar berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (artinya), "Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada pemimpin, maka ia pasti bertemu Allah pada hari kiamat dengan tanpa hujah yang membelanya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada baiat di lehernya, maka ia mati dengan cara mati jahiliyah ."  (HR. Muslim no. 1851).

Pengertian Hadits
Yang dimaksud melepaskan tangan dari ketaatan adalah tidak mau taat pada pemimpin padahal ketaatan tersebut bukan dalam perkara maksiat, sehingga ia enggan berbaiat pada pemimpin.  Yang dimaksudkan tanpa hujah yang membelanya adalah tidak ada uzur (alasan) ketika ia membatalkan janjinya untuk taat.

Sedangkan kalimat tidak ada baiat di lehernya adalah tidak mau berbai'at, iaitu mengikat janji setia untuk taat pada pemimpin.  Mati jahiliyah yang dimaksudkan adalah mati dalam keadaan sesat dan salah jalan sebagaimana keadaan orang-orang jahiliyah kerana dahulu mereka tidak mau taat kepada pemimpin walaupun mereka menilai aib jika mesti taat seperti itu. Namun bukanlah yang dimaksud mati jahiliyah adalah mati kafir sebagaimana sangkaan sebahagian golongan yang keliru dan salah paham.

Faedah Hadits
Wajib mentaati jama'ah atau penguasa yang sah dan wajib berbai'at pada mereka. Dan jamaah yang dimaksudkan di sini bukanlah kelompok, golongan, atau kumpulan orang tertentu tetapi yang dimaksudkan adalah yang punya kuasa dan punya wilayah yang sah. Sehingga jika di negara NKRI, taat pada jama'ah bererti taat pada pimpinan negara selama bukan dalam perkara maksiat.

Siapa yang enggan taat pada penguasa dengan membatalkan janji setianya untuk taat (baca: bai'at), maka ia bererti telah terjerumus dalam dosa besar dan telah sama dengan kelakuan orang Jahiliyah.
Hendaknya setiap umat mempunyai pemimpin yang urusan agama diatur oleh mereka.

Mati jahiliyah bukan bererti mati kafir tetapi mati dalam keadaan tidak taat pada pemimpin. Sehingga orang-orang yang enggan taat pada pemimpin atau penguasa yang mengatur maslahat mereka, maka ia pantas menyandang sifat ini.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita pemimpin yang jujur ​​dan adil, yang mampu mensejahterakan rakyat. Moga kita pun dikurniakan oleh Allah sebagai hamba yang taat pada Allah, Rasul-Nya dan ulil amri kaum muslimin.

Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Rujukan :  Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhis Sholihin , Syaikh Abu Usamah Salim bin 'Ied Al Hilali, terbitan Dar Ibnil Jauzi, cetakan pertama, tahun 1430 H, 1: 655.


Khamis, Oktober 09, 2014

WAJIB menuruti manhaj al-Quran dan sunah

SETELAH bersyahadah “Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah” setiap muslim tidak ada pilihan melainkan meneruskan perjalanan hidupnya menuruti jalan atau manhaj yang disebut oleh Allah dalam al-Quran. Ayat 153 surah Al-An’am maksudnya, “Dan bahawa (Kami memerintahkan) inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan ini, janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerna jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.  Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar bertakwa.”

Apabila telah jelas dasar kehidupan daripada al-Quran dan ditunjuki oleh Junjungan Besar Nabi Muhammmad, maka terpaksalah disebut adanya jalan-jalan yang mencerai-beraikan umah sebagai amaran.  Tidak lain jalan-jalan yang tersasar itu adalah jalan-jalan yang seakan-akan ‘jalan Allah’ walhal jalan yang direka-reka menurut hawa nafsu.

Bahawa Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya), “Antara diutusnya aku dan hari kiamat seperti ini (Baginda mengisyaratkan dua jari telunjuknya dan tengah).”  Baginda selanjutnya bersabda lagi, “Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara baru yang diada-adakan (dalam agama), dan semua  bid’ah adalah sesat.” (Riwayat Muslim)

Di situ Baginda Nabi menjelaskan hal dua jalan iaitu jalan Allah dan rasul-Nya yang selamat dan satu lagi jalan palsu bernama agama juga, walhal adalah perkara-perkara baru dalam agama yang menyesatkan akidah.

Oleh kerna terlalu lama bergelumang dengan amalan bid’ah, maka sebagian orang yang bernama besar dalam agama agak meremehkan tuntutan menjauhi bid’ah.  Tidak  apa dengan bid’ah, sebab itu hal furu atau kecil-kecil dalam agama. Antara mereka bisa berhujah bahawa bid’ah itu adalah kebaikan dalam agama. Tujuan bid’ah adalah untuk kebaikan dan sudah turun-temurun menjadi tradisi besar!

Namun manhaj al-Quran dan sunah sudah jelas.  Malah sebelum Baginda Nabi s.a.w. menjelaskan bahaya bid’ah, baginda telah menggetarkan hati para sahabatnya yang mendengar nasihat.

Diriwayatkan daripada Al-‘Irbadh bin Sariyah r.a., bahawa dia berkata: Suatu hari Rasulullah s.a.w. memberi nasihat yang menggetarkan hati dan membuat air mata kami berlinang. Maka kami berkata, “Wahai Rasulullah, sepertinya ini adalah nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat.”

Baginda Nabi Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku wasiatkan agar kalian tetap bertakwa kepada Allah, selalu patuh dan taat meskipun yang memimpin kalian adalah seorang hamba Habsyi.  Sesiapa yang hidup sepeninggalanku, dia pasti melihat perselisihan yang banyak. Maka berpegang teguhlah kepada sunahku dan sunah khulafaa-ur rasyidin (para sahabat) yang mendapat petunjuk.  Gigitlah dengan geraham kalian (pegang/amalkan sunah). Dan berhati-hatilah dengan perkara yang diada-adakan, kerna perkara yang diada-adakan adalah bid’ah sedangkan bid’ah itu adalah kesesatan.”(Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Yang melakukan bid’ah bukanlah orang di luar masyarakat Islam, malah mereka yang kelihatan sangat jelas wajah beragamanya. Maksudnya yang mengamalkan bid’ah adalah mereka yang melakukan amal ibadah dengan harapan tinggi mendapat keredaan di sisi Allah.  Mereka bukan daripada yang terpisah dengan Islam, tidak.  Sebab itu pengamal bid’ah ini Baginda Nabi s.a.w. mengenalinya dan mereka juga mengenali Nabi s.a.w. di akhirat kelak. Namun Baginda Nabi dipisahkan daripada pengamal bid’ah atau yang menyalahi manhaj al-Quran dan sunah.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a., dia berkata “aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), “Aku akan mendahului kalian tiba di Haudh (telaga al-kausar). Sesiapa saja yang tiba di sana pasti meminum airnya dan tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku sejumlah kaum (kumpulan), yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku.  Kemudian aku dipisahkan daripada mereka.”

Abu Hazim berkata, “An-Nu’man bin Abi Ayyasy mendengarnya ketika ketika aku sedang menyampaikan hadis ini kepada mereka.  Beliau (An-Nu’man) berkata, ‘begitukah engkau mendengarnya daripada Sahl bin Saad?’  Aku (Abu Hazim) membenarkannya. Dia berkata, ‘aku bersaksi bahawa aku  mendengar Abu Said al-Kudri menambah ‘Sesungguhnya mereka daripada umatku.  Lalu dikatakan kepadaku, engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalanmu. Maka aku katakan ‘semoga Allah menjauhkan (mereka) daripada rahmat-Nya bagi yang menukar agama sepeninggalanku.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahu aklam

Khamis, April 03, 2014

APA tujuan kita hidup di bumi ini?

SETIAP benda yang direka oleh manusia ada tujuannya. Sebagai contoh, jurutera automotif membuat lori sebagai alat pengangkutan barangan. Lori bukan kenderaan untuk membawa manusia, tetapi barangan.  Bas direka untuk membawa manusia ke suatu tempat yang lain.  Begitu juga, manusia mereka jarum sebagai alat untuk menjahit pakaian.

hanya hiasan

Oleh itu apakah tujuan Allah menciptakan manusia di bumi ini?  Alangkah ruginya kita sebagai manusia jika gagal menjawab mengapa kita hadir di bumi ini.

Allah yang menciptakan manusia, maka Allah yang menjelaskan matlamat penciptaan makhluk bernama manusia. Maksud firman Allah dalam ayat 54 surah Az-Zariat, “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan (kecuali) supaya mereka beribadah kepada-Ku.”

Ayat itu sudah sangat jelas menyatakan tujuan Allah menciptakan seluruh manusia, iaitu supaya manusia beribadah atau menjadi hamba Alllah yang taat segala perintah-Nya.  Dalam Tafsir Ibn Katsir, pengarang mencatatkan atsar sahabat iaitu Ali bin Abi Talhah yang menuturkan ayatnya daripada Ibnu Abas iaitu, “agar mereka (manusia) mengakui Allah dan beribadah kepada Allah sama ada dalam keadaan suka atau terpaksa.”  Mudah bicaranya, suka atau terpaksa manusia tidak ada pilihan lain – mesti beriman kepada-Nya.  Beriman kepada Allah bererti mengakui Allah sebagai Tuhan dan menyembahnya sebagaimana diajarkan oleh para utusan-Nya.  Setiap zaman dan kelompok manusia, Allah melantik utusan untuk mengajar manusia supaya mengakui dan menyembah Allah sebagai Tuhan!

Apakah jika manusia tidak beriman kepada Allah maka kehebatan Allah semakin susut? Tidak sama sekali. Ayat-ayat seterusnya selepas ayat 56 itu pun secara jelas menyatakan Allah tidak meminta manusia memberi rezeki kepada Allah, sebaliknya semua manusia termasuk yang ingkar atau kafir terhadap Allah, diberi rezeki oleh Allah Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki.  Di sekitaran kita hidup pun ada manusia yang terang-terang menolak keesaan Allah, mengingkari Allah sebagai Tuhan malah ada yang menafikan terus wujudnya Tuhan, namun perut mereka tetap kenyang daripada rezeki yang Allah berikan.  Namun tunggu, Allah akan memberikan ‘kecelakaan’ pada hari akhirat kelak (ayat 60).


Adakah kita muslim akan mensia-siakan ilmu dan peluang di depan mata?  Masihkah lagi kita mahu mencari dalih untuk tidak taat atau melalaikan ketaatan kepada-Nya. Kita tahu ancaman ‘kecelakaan besar’ dan jaminan ‘kebahagiaan hidup’ di akhirat, namun ada antara kita masih sengaja melalaikan diri daripada beribadah atau taat kepada-Nya. Kita mencari dalih-dalih baru, walhal hari-hari mendengar berita manusia bergerak ke negeri akhirat sama ada suka atau terpaksa.

Khamis, Disember 05, 2013

SAMPAI dikata Ustaz Khinzir, tarbiyah mana?

HENDAK dikata apa lagi, Ustaz Kazim tidak mahu menjadi barisan pemimpin Umno. Dia tidak menjangka ditawarkan jawatan Majlis Tertinggi dan tidak pula sepantas kilat menolaknya.  Namun cukuplah dalam waktu yang singkat, antara pengumuman penawaran kepada Ustaz Kazim telah mendedahkan hati budi sebagian muslim terhadap muslim yang lain.





Barangkali Allah hendak menduga keimanan orang yang telah diberi gelaran ustaz, yang sangat dihormati oleh orang-orang Melayu.  Di situlah Sang Ustaz tersipu-sipu malu dengan mereka-reka cerita untuk memburukkan seseorang.

Barangkali Allah hendak menduga pengakuan mereka yang mengaku telah beriman dan hidup mati berjuang di jalan Allah, memberitahu sekian banyak orang bahawa dirinya berada dalam bahtera penyelamat.  Mereka tidak terlepas daripada gagal menyembunyikan sikap taksub kepada kabilah, kedengkian dan kebencian yang bersarang dalam hati.

Barangkali Allah hendak menjelaskan bahawa kita yang telah mendakwa sebagai muslim dan berharap orang lain mengikuti jalan kita sebaga muslim mestilah menuruti ajaran al-Quran dan Sunah.  Barangkali Allah hendak memberitahu kita yang selama ini kita perasan sendiri dan cepat bersangka buruk, dan malanglah sangka buruk itu disangka satu perjuangan Islam.

Ayat Allah ke-12 dalam surah al-Hujurat: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah banyak buruk sangka, sungguh sebagian buruk sangka itu dosa dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangan antara kamu menggunjing (mengumpat) sebagian yang lain. (hingga akhir ayat).”

Akidah dan ibadah tidak menjadi milik mana-mana puak atau kabilah. Semoga kita terselamat daripada belitan syaitan yang menjadikan kesalahan kita sebagai amal makruf di sisi Allah.

w.a.