Pengikut

Sabtu, Ogos 16, 2008

FATWA mengenai Nisfu Saaban

Antara informasi yang masuk dalam emel saya adalah berkaitan Nisfu Saaban. Biasalah dalam masyarakat kita ini. Ayuh nikmatilah isi yang akan dilaksanakan pada malam berkenaan.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam ) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah
segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) Baca surah ikhlas 1000x. Berpuasa pada siangnya.

Namun demikian penulis perturunkan fatwa Dr Yusof al Qaradhawi, ulama besar masa kini mengenai Nisfu Saaban.

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Seterusnya lagi daripada Dr Yusof al-Qaradhawi
“Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.”

“Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya
.”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

6 ulasan:

  1. Ni pendapat ulama Wahabi, mereka kbanyakan menolak ijmak ulama, hati2 dgn fahaman Wahabi, mereka lah yg telah musnahkan makam2 sahabat nabi, heritage Islam diSaudi, kononnya reformist dan menolak pendapat amalan ulama2 sebelumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. Bismillah.
      Suka hati kamu kata ijmak ulama!!!..... Jangan timbulkan fitnah wahai saudara... Fahami betul2 ijmak ulama itu apa....

      Padam
  2. pendapat saudara adalah tidak benar ,sy rasa saudara kurang memahami menganai nya ,wahabi mereka berpegang kpd alquran dan sunnah,org tdk pegang alquran dan sunnah adalah sesat dan batil .

    BalasPadam
  3. "....dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
    Tolong belajar dan kaji apa maksud bid'ah. Apakah semua yang diada-adakan (tidak ada di zaman Nabi bid'ah). Jangan terlalu simplistic.
    Tuan guna Traffic light...?
    Apakah hanya boleh berdoa ikut patah2 perkataan dari Nabi sahaja...yang lain haram walaupun baik?
    "...dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya.”
    1.Sila nyatakan dari segi apa doa tersebut bercanggah dengan nas.
    2. Sila berikan nas-nas sahih yang melarang majlis tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,

      Soalan kepada anda.

      1) Berikan nas-nas sahih yang terkandung dalam doa tersebut.....
      2) Adakah ia dilaksanakan oleh Nabi SAW @ Sahabat @ Tabiin @ Tabiut tabiin @ ulama 4????

      Padam
  4. Bidaah yang dimaksudkan ialah dalam hal2 agama...trafic light kau nak telan pun tak apa..menyimpang terus,, dasar agama pada akal fikiran mahat ni

    BalasPadam