Pengikut

Sabtu, Mei 24, 2008

SELEPAS Batu Puteh, Spratly


MASIH panas dengan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Sebenarnya pada tahun 2002 Malaysia bersorak kerana Mahkamah Keadilan Antara Bangsa di The Hague memberikan hak Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia. Waktu Indonesia yang rasa sedih, tetapi itu keputusan muktamad ICJ. Sekarang rakyat Malaysia merasa apa yang dirasa oleh rakyat Indonesia tahun 2002.



ICJ memberikan Sipadan dan Ligitan yang hampir dengan daerah Tawau Sabah kerana sudah ada bukti Malaysia membangunkan kedua-dua pulau itu. Maka selepas itu penerintah Indonesia mahu membangunkan semua pulau kecil yang berada di perairan sempadan, yang berkemungkinan menjadi rebutan dengan negara jiran. Untuk rekod Indenesia dikenali sebagai negara kepulauan kerana dianggar ada lebih 17000 buah pulau di sana. Masih ada beratus-ratus pulau kecil di sana yang belum diberi nama!

Apakah fokus tuntutan lain selepas Batu Puteh? Jawabnya ialah Kepulauan Spratly yang terletak di utara Laut China Selatan. Spratly dirasakan lebih rumit kerana kepulauan itu berwilayah besar dan diyakini punya mineral berharga: minyak. Ops bukan itu saja, yang lebih utama ialah isu keselamatan negara kepada negara-negara seperti Malaysia, Vietnam, China, Taiwan, Brunei dan Filipina.


Bukan rahsia bahawa Kepulauan Spratly direbut atau dituntut sebagai hak negara Malaysia, Vietnam, China, Taiwan dan Filipina. Mungkin berdasarkan lokasi Spratly yang sangat strategik, maka negara-negara berkenaan mengatur langkah pemilikan.

Bayangkan saja kalau disahkan semua pulau di sana menjadi hak China, maka negara komunis itu akan menjadikan kawasan itu sebagai pangkalan tentera sekali gus menguasai politik dan kekuasaan seluruh Laut China Selatan. Sekarang ini pun sebenarya China mendakwa seluruh kawasan laut bernama Laut China Selatan sebagai kawasan perairannya kerana bernama Laut China Selatan.



Jelaslah seperti Pulau Batu Puteh, bukanlah sangat kehendak ekonomi daripada pulau itu tetapi kehendak keselamatan kedaulatan negara. Bagi negara-negara kecil seperti Malaysia dengan penduduk hanya 27 juta (2.7 juta adalah warga asing) terasa rimas berhadapan dengan negara besar seperti China yang punya penduduk 1300 juta, siap dengan kuasa senjata nuklear.

Ingat sejarahnya bahawa semasa pemberontakan Partai Komunis Malaya tahun 1948 sehingga 1989, Partai Komunis China adalah di belakang perancangan itu. Sekalipun komunisme kian menipis, namun sejak dahulu soal hegomoni kuasa asing lebih kerana mahukan kekayaan. Dengan 2.7 juta warga asing dari jiran-jiran di negara Malaysia mencari rezeki, menggambarkan kekuatan dan kekayaan ekonomi. Negara mana yang tidak terliur dengan Malaysia?

Ayuh fahamilah apa itu neokolonialisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan