HUBUNGAN antara Malaysia dengan Singapura memang ada pasang surutnya. Sudah banyak kali Malaysia memendam rasa, dan negara selatan itu dikenali berwatak kiasu! Maka setelah sadar begitu agaknya pemerintah Malaysia mula meladeni negara pulau itu sebagaimana negara-negara lain, seolah-olah tidak ada kepentingan budaya dan sejarah!
Ertinya Malaysia meladeni Singapura sama seperti meladeni Vietnam. Kan Vietnam tidak mengikat negara kita dengan sejarah dan budaya. Kalau dengan Indonesia dan Brunei, ya. Keakraban negara-negara Melayu ini punya nilai tersendiri.
Ertinya Malaysia meladeni Singapura sama seperti meladeni Vietnam. Kan Vietnam tidak mengikat negara kita dengan sejarah dan budaya. Kalau dengan Indonesia dan Brunei, ya. Keakraban negara-negara Melayu ini punya nilai tersendiri.
Masalah perebutan pulau Batu Putih yang akhirnya dimiliki oleh Singapura sebenarnya hanyalah rentetan gelisah Malaysia terhadap Singapura. Benarlah kenangan lalu merakam bahawa Singapura asalnya sebagian negeri Johor. Stamford Raffles mengambilnya daripada Sultan Hussein tahun 1819, kemudian Singapura dibawa kembali melalui Persekutuan Malaysia tahun 1963. Tahun 1965 Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia, jadilah pulau itu negara berdaulat sendiri. Hari ini Malaysia kalah lagi kepada Singapura dalam tuntutan ketul-ketul batu di laut!
Sebenarnya jika ditelusuri dalam-dalam, mudah diketahui bahawa hal-hal besar seperti kemasukan Singapura dalam Malaysia bukanlah didorong keinsafan untuk membentuk negara yang besar dan berdaulat. Malaysia dan Singapura mungkin benar hanya menjadi buah-buah catur yang digerakkan oleh British dan Amerika semasa Perang Dingin. Di sekolah menengah murid-murid tahu bahawa British bukan rela hati memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Semuanya bersyarat. Nak jaga keselamatan Tanah Melayu juga sebab ada hartanya di sini.
Bagi British, menyimpan Singapura di selatan Tanah Melayu sama strateginya seperti menyimpan Hong Kong di selatan China. Sebab itu sejak zaman Malayan Union 1946 Singapura dipisahkan daripada politik Tanah Melayu. Biarlah Tanah Melayu merdeka, Singapura tidak!
Hanya kerana hendak menyelamatkan kerja politik seorang manusia di Singapura, pulau itu dibawa masuk dan keluar daripada Malaysia. Kalau tahun 1961 komunis dikatakan seakan menelan Singapura, mengapa setelah masuk Malaysia isu komunis di sana lenyap? Setelah orang-orang yang dituduh komunis dimasukkan dalam jel ISA atas nama menyelamatkan Persekutuan, orang di Singapura mencari helah agar Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Ya, musuh kamu sudah mampus, sekarang kamu merong-rong Malaysia. Itulah jadinya Singapura keluar tahun 1965! Kan di situ tampak Malaysia kalah.
Sekarang Malaysia tampak kalah lagi dengan isu Batu Putih. Pedih hati saya!
DYMM Tuanku Sultan Johor pernah meluahkan kesalnya kerana hasrat meroboh Tambak Johor dibatalkan. Harap dengan perkembangan terbaru ini, para pemimpin dan rakyat Johor lebih peka dan menggerakkan semula hasrat merobohkan Tambak Johor, ganti dengan jambatan yang memberi laluan kepada kapal-kapal ke Pasir Gudang. Pasir Gudang adalah tanah air kita. Jangan perdulikan pelabuhan Keppel kerana itu hal negara jiran. Kita hanya mahu membina dan membangunkan tanah air kita.
Cukuplah episod sedih dan mengalah kepada sebuah pulau di selatan. Cukuplah, cukuplah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan