UNDANG-UNDANG atau peraturan tidak berguna jika tidak dikuatkuasakan. Lebih buruk, undang-undang akan ditertawakan oleh pelanggar-pelanggarnya kerana hanya terperap dalam enakmen atau akta. Dari sudut prinsipnya, semua perkara boleh dilakukan kecuali dibataskan oleh undang-undang. Oleh sebab itu para penggubal undang-undang senantiaa peka dengan kehendak semasa supaya masyarakat dapat dikawal tingkah lakunya oleh undang-undang yang menepati kehendak semasa.
Di negara Malaysia ada akta pencegahan rasuah yang senantiasa dikemaskini oleh Parlimen untuk mengawal keburukan korupsi. Badan Pencegahan Rasuah (BPR) secara prinsipnya mahu lebih mencegah kegiatan rasuah berbanding membuat tangkapan dan pendakwaan. Kerana ini BPR membentuk aktiviti pencegahan melalui penerangan, kempen, filem, drama termasuk di sekolah-sekolah dan masjid.
Selain itu jika ada laporan dan dapat dikesan, maka tangkapan dilakukan. Dengan pendekatan pendidikan, pencegahan dan tangkapan oleh BPR, pelaku-pelaku rasuah tidak berani melakukan perbuatan itu secara terbuka. Perasuah seboleh-bolehnya mencari helah menggunakan wang rasuah untuk hidup agar tidak ditangkap oleh pegawai BPR.
Di Malaysia juga setiap negeri mempunyai kuasa menggubal undang-undang Islam untuk mengawal tingkah laku umat Islam. Semua negeri mempunyai enakmen yang ditafsir sebagai undang-undang mencegah berlakunya kesalahan-kesalahan syariah seperti judi, meminum arak, bersekedudukan, berzina, tidak puasa dan tidak solat.
Cuba bandingkan antara perjudian dengana kegiatan rasuah. Ertinya bandingkan bagaimana cara rasuah dibanteras oleh BPR dan perjudian dibanteras oleh Jabatan Agama Negeri.
Kegiatan rasuah masih wujud, tetapi pelakunya bersembunyi. Perjudian oleh umat Islam wujud, seperti membeli nombor ramalan (nombor ekor) tetapi penjudi-penjudi ini tidak melakukannya secara tertutup seperti pelaku rasuah. Rasuah dan judi tetap haram dan dosa besar, tidak perlu dibahas-bahas lagi.
Mengapa penjudi melakukannya secara terbuka? Jawabnya, undang-undang tidak dikuatkuasakan. Tidak mungkin sebuah kerajaan negeri membuat undang-undang menghalang perjudian hanya untuk hiasan dalam pustaka. Undang-undang mesti dikuatkuasakan oleh pegawai-pegawai penguatkuasanya. Siapa? Mestilah orang-orang di Jabatan Agama Negeri, kerana perjudian adalah kesalahan jenayah syariah.
Pergilah ke mana-mana toko atau kedai perjudian, akan tampak orang-orang yang berwajah Islam menjadi pelanggan. Untuk merasa mereka benar-benar sedang mentertawakan undang-undang syariah dan para pegawai agama, ada antara mereja yang memakai kopiah atau songkok ketika membeli nombor ramalan! Tidakkah orang-orang di Jabatan Agama terasa lebih terhina dengan keadaan ini, sedangkan orang awam lain sudah terhina?
Mengapa kaedah BPR tidak digunakan oleh Jabatan Agama Negeri? Bukankah secara jelas negeri mempunyai kekuasaan terhadap hal ehwal Islam dan Islam pula sebagai agama Persekutuan Malaysia?
Maaflah kalau tulisan ini agak mengkritik kaedah penghapusan judi sebagai tidak berdisiplin. Jawaban mudah yang diberikan kadang-kadang ialah tidak cukup pegawai. Tidak cukup pegawai bukan bererti tidak ada satu tangkapan pun untuk satu bulan. Sedahsyat itukah kedaifan Jabatan Agama sehingga seorang penjudi Islam pun tidak dapat didakwa dalam masa sebulan sedangkan perbuatan mereka secara terbuka dan kanak-kanak pun tahu mempersoalkan mengapa muslim bermain judi.
Isu ini tidak perlu dikaitkan dengan ‘sepatutnya perjudian tidak boleh sama sekali diberi lesen’. Lihatlah zina atau pelacuran yang memang tidak dibenarkan, tetapi rahsia umum ialah kegiatan itu wujud. Apakah pegawai di Jabatan Agama menjadi lebih cekap membanteras maksiat atau jenayah yang tersembunyi berbanding jenayah yang terbuka?
Patut mula sadar mengenai citra Jabatan Agama sekarang. Tidak selamanya mereka berada dalam zon selesa dan tidak pernah terusik. Orang di luar senantiasa memandang dan menilai apa yang berlaku dan sering bertanya sesama mereka. Jangan sampai masanya kelak orang yang selama ini dihormati kerana menjadi pembimbing ke arah kebenaran akan diasingkan kerana tidak dipercayai lagi. Habis, siapa yang mahu dipercayai lagi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan