Pengikut

Jumaat, Mac 14, 2008

EMEL 7: Talian hayat

SEJAK saya menghantar emel berkenaan "Bukan wahabi, tapi salafi" antisalafi mileniam74@yahoo.com tidak membalas apa-apa lagi. Saya meneruskan mengantar emel termasuk penjelasan azan dua kali hari Jumaat sebab antisalafi mengatakan yang memulakan azan dua kali ialah Saydina Umar. Saya betulkan fakta itu, sebenarnya Saidina Usman sebagaimana dalam kitab al Umm oleh Imam Syafie. Itu pun tiada dibalas apa-apa.

Selain itu saya menghantar emel bertanyakan penjelasan ayat 54 surah al Maidah yang antisalafi dakwa satu pujian Allah kepada yang berakidah manhaj Asya'irah dan Maturidiah. Pertanyaan ini juga diabaikan saja oleh antisalafi di Jabatan Mufti Pahang ini.

Satu respon sekadar cuba melemahkan peribadi saya, bukan melemahkan hujah yang saya beri atau menjawab soalan. Ini dia...

terima pada 9 mac 2008
YA ALLAH BUKA KAN LAH PINTU HIDAYAH KEPADA KEPADA MUBIN SIRAJ INI UNTUK TERIMA KEBENARAN AQIDAH PARA NABI, SAHABAT DAN ULAMA.


Ingatan Islam. agar jangan beriktiqad Allah dilangit@arasy atau bertempat. kembalilah kepada aqidah sebenar.......Ini lah akibatnya kalau ilmu aqidah terutamanya diambil hanya dengan pembacaan semata-mata tanpa berguru.menafsirkan mengikut kepala sendiri kerana tidak memahami ibarah quran dan hadith.....

Emel lain yang saya hantar ialah permintaan saya untuk antisalafi memberi bukti mana-mana nabi yang membuat ucapan lebih kurang bermaksud 'Allah wujud tidak bertempat' sebab dalam beberapa emel sebelumnya (termasuk ahbhma@yahoo.com) dia menyatakan ucapan itu adalah akidah para nabi.

Dia membalas emel saya, tetapi isinya amat mengecewakan saya. Perhatikan kandungan emel mileniam74@yahoo.com Saya ingatkan segala-galanya dia mampu beri penjelasan, rupanya dia mencari 'talian hayat'.

terima pada 9 mac 2008
Macam ni la ustaz oi.............Maaf sibuk sikit baru-baru ni tk sempat bls msg tuan.Saya rasa memang Ustaz ni ikhlas nak kepada kebenaran aqidah.Cuma cara dan ilmu yang didapatinya tersasar dari metod yang sebenar...

Saya cabar tuan hubungi sorang ustaz ni(kalau berani la). Di Shah alam ada seorang ustaz yang pakar dalam aqidah ni, ustaz berhubung la dengan dia dan tanya kemusykilan ustaz tentang aqidah 'Allah wujud tanpa bertempat ' ni.....012-2850578 - Ustaz Rasyiq.

Semoga ustaz memperolehi jalan yang sebenar..... klu ada apa2 perkembangan hasil dari perbincangan ngan ustaz tu bagi tahu la. boleh saya kongsi bersama.

Saya jawab bahawa yang berlaku antara saya dan dia pejuang antisalafi, bukan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan