Pengikut

Jumaat, Mac 14, 2008

EMEL 3: Giliran saya pula!

From: Nurulmubin Siraj mubinsiraj@yahoo.com
Sent: Friday, February 29, 2008 6:29:22 PM
Subject: Kini giliran saya

Salam.
Setelah tiga emel dihantar kepada saya yang berpunca daripada blog yang berkaitan dengan wahabi, maka dapatlah saya mengesan pemikiran dan kedudukan awak. Maka, sekarang giliran saya menguji awak. Adakah awak seorang yang jujur, pendakwah, berani atau hanya penipu, pendakyah, penakut atau hanya hantu semata-mata.

Ingat apabila awak merespon tulisan ‘Perang terhadap wahabi’ dengan mengugut Jabatan Mufti Pahang akan bertindak, bermakna awak berada dalam institusi berkenaan. Sama ada awak sedar atau tidak, awak yang kemudian hanya guna nama sebagai Abdullah Faqir (saya yakin itu bukan nama betul!) sebenarnya menggambarkan peribadi awak yang cuba disandarkan kepada satu institusi mufti. Emel awak hanya masuk dalam inbox saya apabila saya menulis bab wahabi. Ini sebenarnya menggambarkan pemikiran awak yang hanya bertumpu kepada hal itu. Itu hak awak, dan saya ucap terima kasih kerana pemikiran awak sudah terserlah.

Ringkasnya, awak adalah pejuang antiwahabi. Maka, giliran saya untuk menyoal awak berkenaan wahabi. Adakah awak benar-benar pejuang antiwahabi tulen atau hanya pengikut murahan. Sama ada awak berani menjawab soalan saya atau tidak, semuanya dalam penilaian saya. Misalnya, apa saja jawaban awak, benar-benarkah telah menjawab soalan atau lari daripada maksud soalan (mengelak ke isu lain). Jika awak tidak menjawab, memberi maksud awak gagal menjawab soalan, bermakna awak tak tahu apa-apa bab wahabi.

Mungkin awak bertanya apa perlunya semua ini kepada saya. Biarlah…, ini kerja saya sebagai penulis blog yang ada fikrah tersendiri.

Ini soalan permulaan saya yang wajib dibaca dan dijawab.

Soalan satu: Mengapa awak menggunakan istilah ‘wahabi’ yang berasal daripada nama Wahab. Saya tahu Wahab ini sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul Wahhab. Abdul Wahhab hanya bapa kepada Muhammad, maka jika awak menjuruskan peribadi Muhammad bin Abdul Wahhab untuk satu nama yang dibenci, sepatutnya gunalah nama Muhammad, menjadi Muhammadiyah atau Muhammadisme. Tak pasal-pasal nama ayah Muhammad pula dijadikan konotasi buruk yang awak maksudkan. Apa penjelasan awak dalam hal ini?

Silakan tulis jawaban awak.
Pejuang antisalafi di Jabatan Mufti Pahang memberi respon baik. (memang saya akan merespon yang paling dia suka: Allah wujud tidak bertempat, tetapi saya mahu membongkar segala-galanya daripada pejuang antisalafi ini. Dia sentiasa sensitif terhadap saya sejak pertengahan tahun 2006, semasa bermain SMS lagi)
Berikut jawaban mileniam74@yahoo.com .
Mufti Mekkah Zaini Dahlan (kenal tak sapa ni...?) telah menulis satu kitab nya yang masyhur menentang Muhammad Ibn Abd Wahhab berjodol;: FITNAH AL-WAHHABIYYAH.
persoalan saya disini.adakah Mufti ini sendiri salah dalam penggunaan kalimah Wahhabi???? dan ramai lagi ulamak-ulamak yang masyhur menggunakan nama ini..Yang paling penting kita menentang fahaman Wahabi yang cepat mengkafirkan orang Islam yang lain dan membidahkan org Islam yang sambut maulidurrasul dll......Kumpulan Ayah Pin, Syiah dll memang jelas tak mengaku Ahlissunnah waljamaah....tapi wahabi mengaku ahlissunnah waljamaah, itu bahayanya wahabi yang bertopengkan ASWJ.
Dan kita Ahlissunnah waljamaah yang mengikut aliran Asyairah dan Maturidiyyah yang telah dipuji oleh Allah dalam surah Maidah ayat 54 dan Hadith Rasulullah,,,Harap tau........Kembali la kita semua kepada Al-quran, sunnah, ijma' dan qias.........
Saya nak tanya Ustaz ....
1-Ustaz menyokong dan berpegang tak dengan aqidah asyairah dan maturidiyyah yang mengikut aqidah nabi2 tu?
2-Apa yang Ustaz faham tentang aqidah kita yang disabda oleh nabi Muhammad dalam sohih Muslim: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT
Saya mengajak ustaz yang banyak ilmu lagi budiman ni marilah sama-sama kita menegakkan aqidah nabi dan membanteras aqidah yang menyeleweng dengan ilmiah dan hikmah....yang paling2 penting dalam diri kita adalah aqidah yang benar.Kerana aqidah yang benar adalah syart ke syurga dan diterima seluruh amalan ibadah kita kepada Allah.
Buangkan segala sifat ego dalam diri kita untuk menerima apa jua kebenaran dari ilahi.....
KEMATIAN DATANG TANPA DIUNDANG.MARILAH SAMA-SAMA KITA BANYAKKAN INGAT KEMATIAN DENGAN MENYIAPKAN DIRI KITA UNTUK MENGENAL DAN MEMAHAMI RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN YANG SEBENAR MENGIKUT TAFSIRAN QURAN, HADITH DAN KATA-KATA ULAMAK YANG MUKTABAR..........
Saya orang Islam yang anti yahudi dan wahabi sebab aqidah keduanya itu ada persamaan.dan saya tak redho org menghina Allah dengan mengatakan bahawa Allah duduk atas arasy.harap wajib ustaz jawab 2 soalan saya diatas tu dengan ikhlas dan ilmiah untuk kita kongsi bersama.Bersama ini saya serta kan salah satu kertas kerja saya berkaitan dengan aqidah yang biasanya digunakan oleh saya dalam beberapa seminar aqidah seluruh Malaysia sebagai rujukan ustaz.Peringatan! Ini kertas kerja yang saya buat sendiri(bukan nak bangga diri),cuma sebelum ini ada beberapa artikel yang dihantar pada ustaz yang saya buat sendiri pun, semua ustaz kata ciplak.itu terserah pada ustaz nak kata apa pun??! Semoga dengan artikel saya ini dapat membuka minda kita untuk kebenaran aqidah.Baca la dengan berlapang dada dan ingin mencari kebenaran....nilai lah ia dengan cara yang ilmiah bukan sekadar nilaian akal yang terbatas.
KUATKAN KESATUAN, JAUHI PERPECAHAN. KITA SEMUA PASTI SELAMAT.AMIN
Sekian.wasallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan