TIDAK semua dialog berguna membangunkan minda daripada dungu kepada terbuka. Saya hendak paparkan cerita yang tidak banyak di ketahui oleh orang atau bangsa Melayu. Tidak keterlaluan, hanya setelah anda membaca tulisan saya barulah diketahui rupa-rupanya ada perselisihan pendapat yang menarik sekali dan dahsyat.
Orang Melayu mesti pernah makan nasi lemak. Di mana-mana ada orang melayu seluruh pelosok dunia mesti tahu dan pernah makan nasi lemak. Senang cakap kalau dia mengaku berbangsa Melayu dan tidak tahu apa nasi lemak, jangan terima dia dalam bangsa Melayu! Hebat betul nasi lemak ini.
Orang Melayu mesti pernah makan nasi lemak. Di mana-mana ada orang melayu seluruh pelosok dunia mesti tahu dan pernah makan nasi lemak. Senang cakap kalau dia mengaku berbangsa Melayu dan tidak tahu apa nasi lemak, jangan terima dia dalam bangsa Melayu! Hebat betul nasi lemak ini.
Nasi lemak mesti ada sambalnya. Itulah mercu tanda nasi lemak di serata dunia termasuk d Tokyu dan Ulan Bator. Tahu Ulan Bator di mana? Mongolia! Kini sedang berlaku perdebatan yang maha hebat mengenai istilah yang digunakan untuk membuat sambal bilis nasi lemak. Aliran Melayu Dabel X mengatakan lada sebagai bahan utama membuat sambal bilis nasi lemak sebenarnya sama saja dengan maksud cili. Satu aliran lain, Tripel X pula mendakwa perkataan lada tidak boleh disamakan dengan cili. Bagi Tripel X cili sangat asing dan bukan bahan membuat sambal bilis. Tambah mereka, pertukaran istilah lada kepada cili telah menyebabkan maksud nasi lemak berubah. Apabila erti nasi lemak berubah, maka bangsa Melayu sudah kehilangan sepenuhnya identiti. Oleh itu aliran Tripel X menolak sama sekali penggunaan istilah cili selain lada. Menurutnya lagi, jika ada sesiapa yang bertegas menggunakan istilah cili untuk menceritakan nasi lemak bermakna mereka sudah terkeluar daripada bangsa Melayu.Banyak berlaku perdebatan dan berlarutan berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Di Universiti Melayu Nusantara juga diadakan kursus nasi lemak dan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Nasi lemak. Oleh kerana itu berdebatlah mahasiswanya berkenaan istilah lada dan cili. Dalam pada itu pada waktu pagi mereka semua masih bersarapan nasi lemak di cafeteria atau menjadi ejen pemasaran nasi lemak di asrama-asrama.
Ya rabbi, apalah punya anak muda Melayu berdebat mengenai lada dan cili sampai ke universiti. Suka tidak suka, banyak masa dan tenaga dibazirkan dalam perdebatan yang entah apa faedah dan di mana hujungnya. Memang ini cerita rekaan saya sendiri, tetapi hendak menggambarkan ada perkara yang didebatkan oleh kita semua macam kes nasi lemak itu.
Perdebatan istilah istiwa dan semayam bagi saya sudah seperti debat antara lada dan cili. Fikirlah dengan minda dan akal yang tulus. Dalam keadaan umat Islam dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang rumit, kita berdebat dan berpecah kerana istilah. Saya menyeru mereka yang sefikrah dengan saya agar tidak terperangkap dengan permainan musuh Islam ini.
Aduhai banyaknya kerja Islam atau dakwah yang tidak beres. Berapa banyak lagi rakan-rakan bukan muslim yang belum diceritakan mengenai Islam. Berapa banyak saudara baru Islam yang senantiasa perlukan bimbingan. Berapa banyak anak muda yang seakan malu mengaku sebagai muslim. Berapa banyak ahli masyarakat kita yang tidak faham erti Islam yang kaffah. Oh banyak lagi kerja yang dapat merapatkan ukhwah sesama Islam. Moga-moga kita semakin dewasa dalam mengharungi cabaran semasa.

Kekebalan feudal agama sudah dipecahkan dan pemikiran rasional yang terbuka sudah menerobosi segala ruang. Jika langit terbuka untuk segala ilmu merangkumi ekonomi, politik dan sosial, apakah yang menghalang masyarakat tua dan muda daripada membuka khazanah ilmu agama yang selama ini disimpan rapi. Dahulu para agamawan bisa-bisa saja mengenakan fatwa supaya jangan belajar agama dengan membaca, kini jika mereka berkata demikian itulah bahan ketawa masyarakat. Orang sedang berbicara bagaimana kuasa ilmu ada pada mata dan minda yang membaca, si lebai bercakap mengenai jangan membaca!

Sekarang masanya rakyat mahu ketenangan, kesantunan dan keharmonian. Tidak ada huru-hara daripada rakyat dan semua menerima menang dan kalah dengan biasa saja. Rakyat sedang memerhati dan menilai apa yang sedang dan akan dibuat oleh pihak-pihak yang menang. Setakat ini cukuplah, janganlah menajak rakyat berpolemik dalam politik yang punya seribu penafsiran.
Di mana-mana pun apabila insan sedang belajar, gesaannya ialah kuatkan membaca. Belajar atau menuntut ilmu memang perlukan guru sebagai panduan, tetapi guru bukanlah sumber muktamad dalam pencarian ilmu. Tidak ada satu manusia pun yang diakui sebagai satu enslikopedia hidup. Malah seorang penulis sebuah buku juga tidak dapat menuturkan semula semua perkataan dan baris ayat daripada buku yang dikarangnya. Akhirnya dia juga kembali membaca hasil karyanya sendiri. Maka guru juga tidak terkecuali daripada memberi galakan kepada semua anak muridnya agar memiliki buku atau kitab-kitab tertentu untuk dijadikan pembacaan, dijadikan rujukan dalam perguruannya anak-anak muridnya.



Jika anda seorang pelaknat terkenal, anda tidak perlu menunggu apa-apa pengesahan, terus laknat atau cerca mereka dengan sehebat-hebat cercaan. Jangan perduli apa-apa, yang penting misi anda ialah menghukum mereka sebagai kumpulan paling bahlul.


