Pengikut

Rabu, Januari 16, 2008

ANAKKU sayang!


Semoga Allah mempermudahkan usaha menyelamatkan adik Sharlinie. Ini kes kehilangan yang mungkin saja antara kita ada yang memilih jalan salah untuk menemukan permata yang hilang, iaitu menemui bomoh! Ini juga menjadi ujian keimanan dan akidah yang disandang. Jika bomoh begitu handal, mengapa kes Nurin sampai sekarang masih tidak dapat ditangkap sesiapa saja yang sebenarnya. Malah terpaksa pula kerajaan membawa bahan maklumat ke Amerika. Hindari bomoh, selamatkan akidah kita.




Catatan satu: Hari Isnin tanggal 7 Januari 2008, anak saya yang masuk darjah satu mula menaiki van sekolah buat kali pertama. Kesilapan saya ialah tidak menyusun dan memastikan tempat untuk dia menunggu van sekolahnya. Dan kerana itu hari pertama menaiki van dan kebetulan pemandu van bukan pula orang yang dikenali, maka terjadilah yang tidak diduga. Anak saya keluar pagar sendirian, terpinga-pinga. Dia dipelawa naik van sekolah oleh seorang makcik. Kerana menyangka itu vannya, anak saya terus naik, padahal itu bukan kenderaannya. Mujurlah orang yang membawanya manusia berjiwa jujur. Bersusah payah dia mencari rumah pengasuh anak saya, namun gagal. Dan mujur juga anak saya masih bertahan dan dapat mencari idea untuk kembali ke pangkuan pengasuh (abah dan mak angkatnya). Kata anak saya "pakcik hantarkan saya ke tempat basuh kereta abah saya." Di sanalah semua hati yang gementar berakhir!

Catatan dua: Sore tadi jiran memberitahu saya di lorong perumahan yang kami diami ada satu tragedi juga. Seorang kanak-kanak 7 tahun menaiki basikalnya sendiri, kemudian datang seorang budak lelaki yang lebih besar (lingkungan 11-12 tahun) menolak budak itu sehingga terjatuh, kemudian budak lelaki itu mengambil basikal anak yang malang itu. Basikalnya dibawa lari. Peristiwa itu berlaku di lorong perumahan yang meriah pada waktu sore. Nilailah sendiri teman-teman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan