DALAM akhbar Berita Minggu lepas ada sisipan mengenai pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu yang bernilai RM 249.3 juta. Jika TTI menjanjikan kita tidak perlu ke Agra untuk melihat Taj Mahal lambang cinta Shah Jahan – Mumtaz Mahal, namun itu memang hanya replika. Replika tidaklah sama saiz dan hebatnya dengan yang sebenar. Katanya ada 21 replika bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan semua uma
t Islam telah dan sedang dibangunkan di Kuala Terengganu. Sebelum ini saya telah mencatat kunjungan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak di hilir Sungai Perak. Di Komplek Sejarah Pasir Salak juga dibangunkan replica peristiwa penting sejarah negara. Antaranya replica Raja Abdullah sedang menanda tangani Perjanjian Pangkor dengan Sir Andrew Clarke, pembunuhan Birch, Datuk Maharaja Lela digantung, Parameswara membuka Melaka dan beberapa lagi.Kepada yang pe
Negara umpama sebuah rumah. Rumah bukan hanya untuk berteduh daripada hujan dan panas, malah wajib menjadi tempat merasa damai dan bahagia. Manusia bukan hanya memerlukan sandang pangan demi hidup, malah keperluan emosi dan minda sekali. Di laman ada pohon orkid, lanskap, kolam ikan dan bahan-bahan seni yang lain. Untuk apa itu? Itulah sebahagian keperlan hidup manusia. Maka pembangunan TTI dan apa-apa pusat rekreasi, budaya, muzium sebagai keperluan pembangunan insan dalam negara. Hanya yang buta perasaan dan mindanya menafikan manusia memerlukan belaian alam untuk kelangsungan rasa kemanusiaannya.
Moral ceritanya, apa-apa yang kita tidak ketahui, sangat mudah dianggap tidak b
Begitulah apa-apa barangan, bangunan, monumen, replika, muzium atau barangan seni dipandang dengan nilaian berbeda oleh setiap orang kerana didorong oleh perasaan dan sejarah berkaitan dengannya. Tidak keterlaluan supaya kita diajak jujur dan berlapang dada dengan kerja-kerja pemulihan tapak sejarah atau pembangunan yang dapat merangsang nilai-nilai sosial yang murni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan