INIKAH ajaran Islam yang meminta penganutnya mencederakan diri sendiri atau antara muslim saling cedera-mencederai hingga darah bercucuran menyiram bumi? Jawaban yang jelas: Itu bukan ajaran Islam!
Namun inilah yang berlaku pada saban 10 Muharam di kalangan mereka yang menganut Islam, sebenarnya Syiah! Tulisan ini tidak membicarakan mengenai akidah dan aliran-aliran dalam Syiah.
10 Muharam adalah saat sebahagian penganut Syiah saling melukai badan mereka atas alasan merasa bersalah dan tanda bertaubat kerana kesalahan mereka membunuh cucu Rasulullah Saydina Hussein bin Ali pada tahun 61H. Asalnya mereka panduduk Kufah telah mengundang Saydina Hussein supaya datang ke Kufah dari Madinah untuk dibaiat sebagai pemimpin. Tetapi kerana keteledoran para pengundang dan malah ahli sejarah dapat membuktikan pula bahawa watak pembunuh Saydina Hussein adalah orang Syiah sendiri: Syits bin Rab’ei.
Maka konon para syiah (pendukung ahlul bait – Ali) merasa sangat menyesal sehingga mereka menggunakan kaedah taubat yang Allah syariatkan kepada para pengikut Nabi Musa dalam menjalani proses taubat (al Baqarah: 54). Oleh itu sebaik sahaja Saydina Hussein terbunuh maka puak ‘at Tauwabun’ Syiah ini saling berbunuhan di tebing sungai. Jadi difahami bahawa pada hari ini pewaris at Tawabun ini mengalirkan darah mereka ke bumi sebagai tanda sangat menyesal kerana membunuh Saydina Husein bin Ali bin Abi Talib. Mereka, Syiah yang mendakwa pencinta ahlul bait adalah pembunuh cucu Rasulullah sendiri!
Tidak, tidak sama sekali, pengaliran darah kerana konon penyesalan ini bukan ajaran Islam. Jangan kaitkan fahaman sesat ini dengan Islam yang membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Islam tidak menerima konsep dosa dan pahala warisan. Jika moyang Syiah di Kufah dahulu yang bersalah dan menyesal kerana membunuh Saydina Hussein, tidak ada sebab anak cucunya mewarisi kejahatan dan dosa mereka. Cukuplah mereka yang bersalah terhukum di dunia atau ditentukan oleh Allah, tidak untuk anak cucunya. Namun mereka meneruskan tradisi jahiliyah warisan dosa. Itu bukan ajaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan