Pengikut

Isnin, Mei 28, 2018

MARA diteropong bukan Melayu


Pemerintahan sistem Malayan Union (MU) 1946, ditubuhkan oleh British untuk menghapuskan kuasa raja dan kerajaan negeri. Orang bukan Melayu diberi kerakyatan secara mudah. Ini semua utk kepentingan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua.

Parti Umno ditubuhkan thn 1946 untuk menentang MU. Untuk mengelakkan pemberontakan Melayu, British memenuhi kehendak Umno. Tahun 1948 MU dimansuhkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, yg mengembalikan kedudukan raja dan mengetatkan syarat orang bukan Melayu menjadi warga negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) yg banyak anggotanya orang Cina memberontak mulai tahun 1948. Salah satu cara British mengatasi pemberontakan PKM ialah menawarkan kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Ini menimbulkan kemarahan Umno dan orang Melayu. Tapi British memujuk Umno supaya menerima hakikat, lambat laun orang bukan Melayu terus tinggal di Tanah Melayu dan menjadi warga negara. Dato Onn membuat syarat bahawa orang Melayu boleh menerima orang bukan Melayu dengan tukaran bantuan khas yang terjamin untuk pendidikan dan ekonomi Melayu. British bersetuju, maka ditubuhkan RIDA tahun 1949 (kemudian ditukar kpd MARA) dengan Dato Onn menjadi Pengarahnya. Itulah 'kontrak sosial' antara orang Melayu dengan bukan Melayu yg menjadi asas masyarakat majmuk. Orang bukan Melayu menghormati kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal dengan ada keistimewaan yang ditulis dalam perlembagaan 1948 serta dijaga oleh raja-raja Melayu.

Apakah MARA sebagai tukaran itu akan difaraidkan juga kepada orang bukan Melayu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan