Pengikut

Ahad, November 09, 2008

FATWA mengenai wahabi

Yang pertama mencipta istilah wahabi http://al-fikrah.net/News/article/sid=272.html
Petikan fatwa yang dikeluarkan oleh Syiekh Ibn Jibrin mengenai Wahabi.

الواجب على المسلم أن يقبل تعاليم الإسلام ، ويعمل بها ، فمتى سمع بقول أو عمل يكون دليله من الكتاب والسنة فعليه أن يقبله وأن يقدمه على ما سواه ، وأن يعرض أقوال الناس على الأدلة الشرعية ، ويأخذ منها ما وافق الدليل . وقد عُلم أن الشيخ محمد بن عبد الوهاب _ رحمه الله _ كانت دعوته إلى التوحيد وألّف في ذلك كتابه المشهور الذي هو كتاب التوحيد ، واقتصر فيه على الأدلة الواضحة من الآيات القرآنية والأحاديث النبوية الصحيحة ، وشرحه حفيده عبد الرحمن بن حسن ، وغيره من العلماء ، ولهذا لم يقدر أحد من خصمائه أن يردّ على هذا الكتاب ، ولا أن يُبطل أدلته ، وإنما جمعوا أكاذيب عليه واعتقدوا صحتها ، فلذلك اعتقدوا أنه على ضلالة وألحقوا به علماء المسلمين كالشيخ ابن باز والشيخ الألباني رحمهما الله ، ومعلوم أن المشائخ المذكورين لم يخرجوا عن القول الصحيح في الاعتقاد والعمل ، وأنهم على ما كان عليه الصحابة والتابعين والأئمة الأربعة وأصحاب الكتب الستة وغيرهم . أما الذين لا يعترفون بهم فإنما ذلك لجهل أو تقليد ، أو حسد أو عناد أو اتباع للأهواء ، أو تمسك بالعادات والتقاليد والبدع والمنكرات المخالفة للدليل ، وقد ردّ عليهم العلماء المتقدمون والمتأخرون فيجب اتباع الدليل وتقديمه على قول كل أحد .
"Orang Islam wajib menerima ajaran-ajaran Islam, dan mengamalkannya. Apabila mendengar perkataan atau amalan yang disertakan dengan dalil dari Al-Quran atau Sunnah, maka ia wajib menerima kenyataan tersebut dan memberi prioriti (keutamaan) ke atasnya mengatasi segala perkara yang lain. Ia hendaklah merujuk apa yang orang lain kata dengan kenyataan bukti dari syariah, dan hanya menerima pandangan yang berdasarkan kepada dalil.

Telah maklum bahawa Syiekh Muhammad bin Abdul Wahhab rh telah mengajak masyarakat kepada tauhid dan telah menulis buku yang sangat termasyur iaitu Kitab al-Tauhid. Dalam buku ini beliau menghadkan dirinya dengan hanya memetik bukti-bukti yang jelas daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw yang sahih.

Komentar buku ini telah ditulis oleh cucu beliau Abdul Rahman bin Hasan dan sarjana lain. Malah tiada seorangpun penentang beliau menafikan buku ini atau mendakwa kenyataannya palsu. Penentang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengada-adakan pembohongan dan kepercayaan yang palsu terhadapnya, agar orang percaya bahawa beliau telah menyeleweng. Mereka memberi label yang sama kepada ulama Islam yang lain seperti Syiekh Ibn Baaz, Syiekh Ibn Utsaimin dan Syiekh Al-Albani.

Dimaklum bahawa syiekh-syiekh yang kami sebut tadi tidak menyeleweng daripada pendapat yang benar, baik dari segi aqidah dan amalan. Mereka mengikuti contoh daripada jalan yang sama dengan jalan Sahabat Nabi dan Taabi'een, empat-empat Imam, pengarang-pengarang kepada Kitab Hadis yang Enam (Kutub Al-Sittah) dan lain-lainya. Pihak yang tidak menghargai mereka sama ada secara jahil atau tidak, atau kerana mengikuti yang lain secara membuta-tuli, cemburu, degil, mengikut keinginan masing-masing, patuh kepada tradisi, mempertahanlan bid'ah atau perbuatan buruk yang melanggar bukti-bukti syariah. Ulama dahulu dan sekarang membuktikan bahawa pihak yang membenci para syeikh (Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibn Utsaimin dan Syeikh al-Albani) ini salah. Maka kita hendaklah mematuhi bukti-bukti dan melebihkan mereka ini daripada semua pandangan orang."

2 ulasan:

  1. Salam. Tiga kurun terbaik. Itulah panduan. Hentikan menyebut tentang wahabi, teruskan belajar dan mengajar sunnah. Jangan kaitkan dengan wahabi. Dah tahu orang tak suka wahabi tak payah sebut. Wahabi itu Islam tapi Islam bukan wahabi. So, utamakan Islam. Fikir balik, apa maksud sebenar? Nak sebar Islam atau nak sebar Wahabi? Sekarang dah nampak wujud ketaksuban terhadap wahabi. Dulu kata orang lain taksub mazhab. Sekarang sendiri juga taksub. Kalau tak mahu taksub, hentikan bercakap tentang wahabi. Bercakaplah tentang Islam.

    BalasPadam
  2. Memang saya teguh pendirian mengenai alquran dan sunah. Wahabi hanya mainan kotor pembenci alquran dan sunah. Saya tidak membela perkataan wahabi, malah melawan permainan kotor sesuatu istilah untuk memburukkan prinsip yang benar.

    BalasPadam