PENULIS sedar perkataan ‘wahabi’ sensitif dalam masyarakat Islam. Kita akan menemukan dua pandangan dasar yang berbeda berkenaan perkataan ini sehingga menimbulkan pula dua kesan pemikiran.
Pertama: Perkataan ‘wahabi’ sebagai satu konotasi buruk manusia beragama Islam sehingga apa-apa perkara yang tidak disenangi atau tidak sama dengan amalan biasa masyarakat akan dimasukkan dalam bakul ‘wahabi’. Situasi ini yang banyak berlaku sehingga disebut dalam khutbah jumaat dan rancak dalam ruangan siber.
Kedua: Perkataan ‘wahabi’ terpaksa digunakan untuk menjelaskan pendirian sesuatu perkara yang lebih menjurus kepada penerangan sebenar. Seperti yang dipilih sebagai isu dalam Majalah I bulan November, bukanlah majalah itu mempromosi perkataan wahabi, sebaliknya cuba meluruskan salah faham masyarakat terhadap perkataan itu.
Oleh itu sudut pandangan kedua merupakan reaksi daripada pandangan pertama. Kalau saja pandangan pertama tidak wujud atau terlalu kecil, majalah I tidak menjadikan wahabi satu isu penjelasan.
Sila lihat http://al-fikrah.net/News/article/sid=284.html
Maaf dengan bahasa paling busuk, penulis menegaskan bahawa ‘tidak terhingin pun dengan perkataan wahabi!’ Dan penulis pun tidak reda dicop wahabi hanya kerana tidak menerima amalan tahlil arwah. Tapi itulah bendera yang mahu diberikan kepada orang macam penulis, sehingga Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang menolak amalan kenduri tahlil arwah juga dicop wahabi. Cop ini jelas untuk memberi gambaran buruk dan meminta orang ramai menjauhi nama-nama yang dicop begitu.
Tidak ada orang yang berusaha mengamalkan ajaran alquran dan sunah yang sedaya upaya menyandarkan kerja-kerja ibadah dengan dalil sahih merelakan dan membanggakan diri sebagai ‘wahabi’. SS Dr Mohd Asri Mufti Perlis pun tidak menerima dirinya sebagai watak wahabi, tetapi mereka yang tidak setuju dengan pendapat dan hujahan beliau tidak henti-henti menuduhnya sebagai wahabi.
Sudah lumrah sejak zaman para nabi bahawa jalan hidup yang menuju kebenaran wahyu tidak dituruti oleh majoriti manusia. Sebagaimana Rasulullah dituduh sebagai orang gila oleh masyarakatnya (Arab Quraisy), maka sesiapa sahaja yang cuba meluruskan akidah dan ibadah masyarakat akan dilihat mengancam yang sedia ada.
Jika Sebagian Arab Jahiliah dahulu menentang dakwah Rasulullah kerana bimbang perniagaan berhalanya merudum, kerja-kerja pemerasan ekonomi dan status sosial bangsawannya terancam, maka sekarang pun ada yang selama ini dapat banyak makan percuma apabila berlaku kematian akan melenting jika tradisi itu dihentikan.
Anak-anak di pusat tahfiz yang selama ini mudah mendapat pelanggan perniagaan mengirim pahala bacaan alquran pun akan kering poket. Orang yang selama ini sedap menerima wang kerana solat jenazah pun marah kalau ada yang mahu hentikan bayaran ini. Duit tak masuk beb!
Dalam masyarakat Melayu antara yang tinggi status sosialnya sejak zaman tradisional ialah imam dan bilal. Tugas utama mereka ialah di masjid, tetapi penghormatan akan bertambah apabila menjadi ketua dalam majlis-majlis tahlil arwah. Sebagai tekong kenduri arwah, kadang-kadang beliau akan diberi hadiah istimewa lain seperti kain pelikat. Kalau sistem ini diruntuhkan, mereka akan kehilangan status mulia yang susah untuk dicari ruangnya lagi. Ah…, ini seperti cerita para pembesar Melayu zaman permulaan penjajahan British yang melawan British kerana dihalang mengutip cukai dan memiliki hamba. Semua kerana kepentingan diri!

Salam,
BalasPadamTugas kita cuma menyampaikan kefahaman risalah Allah yakni Al-Quran berpandukan Sunnah Rasul.
Bukan memberi teguran.
Al-An'am:108
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."
Sebab bila mereka faham, mereka sendiri akan tinggalkan perkara yang tak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Wassalam.
Kita mesti tahu antara 'memaki hamun sembahan' dengan 'menerangkan kesalahan menyembah berhala'.
BalasPadamSalam,
BalasPadamMemaki - kalau bagi taraf manusia, kata-kata yang mencarut pada manusia.
Tetapi bila dalam bab TUHAN (sesembahan), bila sebesar zarah tegur sesembahan/kepercayaan/Tuhan seseorang, seumpama memaki.
Sebab, yang di tegur itu, Tuhan.
Contoh;
Kita kata "Awak tak adil pada saya hari ini" - tak terasa kita maki pada orang itu.
Tetapi cuba kata "Tuhan tak adil pada saya hari ini" - ini Allah anggap memaki kepadaNya yang Ar-Rahman (Maha Pemurah).
Wassalam.