Pengikut

Selasa, Julai 08, 2008

POLITIK punca perpecahan umah

ALAH bisa tegal biasa. Kalau sudah menjadi kebiasaan, hal yang busuk pun akan dirasakan selesa. Begitulah sesetangah penilaian dan tafsiran terhadap perpecahan dalam kalangan umah. Ada perkara kecil tetapi mengancam status quo budaya dianggap punca perpecahan umah, tetapi perkara besar dan utama yang sebenarnya menjadi punca perpecahan sepanjang sejarah sudah tidak dianggap sebagai punca perpecahan.

Tulisan ini mahu menegaskan bahawa sebab utama bangsa Melayu atau umah di Mlalaysia berpecah ialah kerenah politik. Ada Timbalan Mufti pernah mengkritik perpecahan umah di Indonesia kerana badan-badan dakwah dibiarkan mengeluarkan ketetapan hukum sendiri, maka umah di sana berpecah kerana perbedaan pelaksanaan hukum. Di Malaysia tidak? Dia lupa bahawa setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa istimewa dalam hal agama Islam dan antara setiap negeri tidak ada apa-apa ikatan untuk keseragaman. Inilah politik dan pentadbiran yang telah memecahkan umah. Setiap negeri ada pentadbiran agama tersendiri, ada Tuan Muftinya sendiri dan berhak menggubal apa-apa undang-undang Islam sendiri. Sebab itu hukuman bagi setiap kes syariah berbeda-beda bagi setiap negeri. Pernah Johor dan Perak berhari raya sedangkan negeri-negeri lain masih berpuasa, bukan pecahkah nama itu?

Kelak, dalam satu wilayah Asia Tenggara yang berkongsi kegelapan malam dan kecerahan siang tetapi akan ada antara negara-negara ini yang sudah berpuasa Ramadan dan ada lagi yang ketinggalan sehari. Tidakkah politik dan pentadbiran telah memecahkan umah, sedangkan alquran menyatakan sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara. Bersaudara ertinya bersatu. Politik telah mengasingkan amalan agama sesama umah lain.

Kerana kebanyakan para pemimpin agama dibayar gaji pemerintah atau ada kedudukan dalam politik, maka jabatan dan kerusi yang diduduki tidak dilihat sebagai hadiah perpecahan. Siapa tidak seronok menjadi Mufti bertaraf Exco, dapat kereta dan keistimewaan lain. Di Malaysia ada 14 Mufti. Ingat, kalau sejarah yang dilalui dahulu ialah Malaysia sebagai sebuah negeri sahaja, tentu hari ini ada seorang Mufti sahaja, melepaslah 13 orang ulama daripada jawatan Mufti itu!

Akhirnya yang dituduh sebagai ejen pemecah belah masyarakat ialah ulama atau mereka yang membanteras khurafat dan bid’ah. Kemudian, mereka yang tidak menggunakan kitab tertentu dalam mengajar akidah umah dituduh juga sebagai songsang, dituduh juga mengeluarkan fatwa berlawanan dengan kebiasaan (adat?).

Tanpa menafikan perbedaan pendapat boleh membawa perpecahan, namun siapakah yang dapat memnyembunyikan sebab politik dan pentadbiran sebagai punca teragung umah berpecah. Mengapa mencari kambing hitam yang kecil? Tidak lain kerana sudah terancam dengan satu gerakan kecil, sedangkan bergelumang dalam politik yang membahagi-bahagikan umah tidak langsung dihidu sebagai penyebab perpecahan.

Sudahlah kewujudan negeri-negeri sebagai hasil perpecahan politik Melayu masa silam, kini di bawah sistem demokrasi diwujudkan parti-parti politik Melayu Islam supaya menambah jumlah perpecahan. Itupun masih tidak nampak bahawa politik penyebab perpecahan.

Bukan sahaja antara parti Melayu Islam berbalah, bertelagah dan berbalas-balas kutukan, malah dalam satu parti sendiri berlaku perbalahan kerana perebutan jawatan dalam parti. Kekalutan dan kekacauan ini tidak lagi difahami punca perpecahan umah, sebaliknya mencari suara-suara pembaharuan dalam Islam sebagai punca perpecahan. Innalillaahiraaji’uun!

Kerana percaya politik tidak membawa perpecahan bagai tidak ada usaha dan kritikan terhadap ahli-ahli politik yang membawa perpecahan. Sebaliknya institusi agama dikudakan untuk mencari punca lain perpecahan umah. Lalu diperbesar-besarkan hal menolak amalan tahlil sebagai punca perpecahan. Hanya orang t***l akan menggunakan contoh itu dan diterima oleh orang-orang super t***l!

Manakah akal yang murni untuk membaca masalah di hadapan mata?

2 ulasan:

  1. Salam... ana terpanggil utk bagi sedikit pandangan bila anta kata politik punca perpecahan ummah ..politik tak salah tapi orang yg tak tau berpolitik secara pro itu yang menyumbang kpd perpecahan ummah .
    Main bola ada skill ...politik pun mesti ada skill yg syar'ie
    Jgn membenci politik hanya kerana melihat sebelah mata.
    Politik sebagai alat utk mendaulatkan islam yang syumul.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan tuan. Rencana penulis untuk mendedahkan amalan politik kita selama ini sangat membebankan dan telah menjadi sebab utama perpecahan. Kerana sudah biasa dan terlembaga, malah diperakui oleh undang-undang, akhirnya banyak pihak tidak terasa bahawa cara berpolitik begitu seperti diterima sebagai budaya. Akhirnya mereka mencari aspek lain untuk melihat punca perpecahan.

    BalasPadam