Pengikut

Rabu, Julai 09, 2008

KAEDAH memahami hukum

Daripada buku Soal Jawab Agama (1985) terbitan Persatuan Bangil, Jawa Timur.
Jawaban oleh Syeikh A. Hassan.

Soalan: Apakah hukum melafazkan niat?

Jawaban: Masalah ini sudah terlalu banyak orang-orang bicarakan di mana-mana. Maka di sini kami hendak memberi jawaban umum dan terang supaya pembaca dapat gunakan kaedah itu di mana-mana masalah yang duduknya sama dengan masalah melafazkan niat.

Pertama: Yang dikatakan agama itu ialah beberapa perintah Allah dan perintah Rasul, dan beberapa larangan Allah dan larangan Rasul. Perintah-perintah itu ada dua macam. Satu, perintah berhubungan hal keduniaan. Kedua, perintah-perintah yang berhubungan dengan hal ibadah.

Perintah-perintah keduniaan itu mesti kita kerjakan, tetapi cara-caranya tidak mesti sama dengan perbuatan Nabi, seperti perang. Nabi kita lakukan dengan pedang dan panah, maka tidak ada halangan kita kerjakan dengan senapang dan meriam, kerana yang diperintah dan dimaksudkan itu perang, bukan carannya berperang.

Adapun perintah-perintah yang berhubungan dengan hal ibadah itu, wajib kita kerjakan menurut sebagaimana dicontohkan oleh Nabi s.a.w. tidak boleh lebih, tidak boleh kurang, karena perkara ibadah itu tidak dapat diatur-atur dan difikir-fikir oleh manusia.

Misalnya dapatkah kita fikirkan dengan jelas mengapa kita diperintah bertayamum waktu tidak ada air, dan mengapa di waktu subuh (solat) diwajibkan dua rakaat saja sedangkan di waktu zuhur empat rakaat, padahal subuh waktunya lebih lapang.

Kedua: Tiap-tiap perkara dunia pada asalnya harus, iaitu boleh kita kerjakan atau tidak dikerjakan. Melainkan yang diwajibkan oleh agama, maka wajib kita kerjakan, yang mana dilarang, tidak boleh kita kerjakan.

Ketiga: Tidak boleh kita berbuat ibadah dengan kemahuan dan cara kita sendiri. Tidak boleh dinamakan ibadah yang sebenarnya kalau tidak diperintah oleh agama, serta ditunjukkan oleh Nabi di mana perlunya.

Keempat: Berbuat bid’ah itu terlarang keras dalam agama karena sabda Nabi s.a.w. ertinya “Tiap-tiap bid’ah itu sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu di neraka.” (Hadis sahih riwayat Muslim dan Nasa’e)

Tapi jangan salah faham tentang larangan bid’ah itu. Bid’ah itu dilarang dalam urusan ibadah, bukan dalam hal keduniaan karena Nabi s.a.w. bersabda ertinya “Kamu terlebih mengerti hal urusan dunia kamu” (Hadis sahih riwayat Muslim).

Bahkan dipuji pula orang yang mengadakan bid’ah yang baik dalam perkara dunia dengan sabdanya bermaksud “Barang siapa mengadakan (memulakan) dalam Islam satu cara (keduniaan) yang baik, maka ia dapat pahalanya dan sebanyak pahala orang-orang yang turut mengerjakannya dengan tidak kurang sedikitpun daripada pahala mereka itu.”

Kelima: Tidak boleh kita katakan perkara itu wajib atau sunat dan perkara ini haram dan makkruh kalau tidak ada keterangan daripada agama. Karena wajib atau sunat itu artinya perkara dapat pahala. Haram dan makruh itu perkara tidak disukai oleh Allah.

Maka bagaimanakah bisa seseorang mengetahui hal yang ghaib itu, kalau tidak diterangkan oleh agama? (alquran dan hadis. Pen.)

Keenam: Dibenarkan qias tetapi hanya pada hukum-hukum keduniaan saja, tidak sesekali dalam hukum-hukum ibadah. Tidak pernah seorang pun daripada sahabat-sahabat Nabi mengambil qias dalam ibadah, tidak juga imam-imam mujtahidin bahkah telah berkata Imam Syafi’e ertinya “Tidak ada qias dalam (hukum) ibadah.” Lagi kata imam, “Barang siapa menganggap baik satu (ibadah), bererti dia telah membikin agama.”

Maksudnya, bahawa apabila seseorang menganggap baik akan satu perkara ibadah dengan tidak ada keterangan daripada agama, bererti orang itu menambah satu ibadah. Barang siapa menambah satu ibadah, tidak syak dia telah kafir.

Ketujuh: Kita wajib menerima ijma, tetapi supaya tidak jadi salah faham, perlu kita tahu ijma manakah yang wajib kita turut. Ijma yang wajib kita turut itu tidak lain ialah ijma para sahabat Nabi.

Menuruti (mengikut) ijma itu bukan bererti kita menuruti hukum yang mereka bikin dengan kemahuan mereka sendiri, tetapi kita turuti melakukan salah satu ibadah atau hukum yang mereka beramai-ramai bersetuju mengerjakannya. Hal ini dengan kepercayaan kita bahawa mustahil mereka (sahabat-sahabat Nabi. Pen.) bersetuju mengerjakan sesuatu kalau tidak melihat Nabi s.a.w. mengerjakan di hadapan mereka.

Oleh sebab itulah Nabi s.a.w bersabda ertinya “Hendaklah kamu berpegang kepada cara-caraku dan cara-cara khalifah-khalifah yang lurus dan terpimpin.”

Adapun ijma yang lain daripada itu, tidak boleh kita turuti dan juga tidak ada (ijma begitu sebenarnya tidak ada. Pen). Lantaran itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata ertinya “Barang siapa mengaku ada ijma, maka orang itu pendusta.”

Sesudah ada beberapa kaedah yang tersebut di atas itu, tentulah mudah kita memahami sesuatu hukum.

Melafaz niat sewaktu berwudhu, mandi atau solat itu tidak ada dalam alquran, hadis, perbuatan sahabat-sahabat Nabi dan tidak pula dipandang sunat oleh Imam yang empat. Istimewa pula, ijma tidak sekali-kali.

Hanya ada sebagian daripada ulama mazhab Syafi’e yang menyunatkan (memberi hukum sunat. Pen.) dan golongan itu terbagi atas beberapa bagian pula.

1. Ada yang berkata bahawa menyebut niat dengan lidah itu menolong hati. Lantaran itu jadi sunat.

Kita jawab, bahawa alasan itu bukan daripada agama dan tidak dibenarkan oleh agama karena alasan itu telah bertambah satu ibadah, sedangkan menambah ibadah itu terlaranag sama sekali. Dan perkataan mereka bahawa lidah menolong hati, tidak betul sama sekali kerana lidah orang yang sedar tidak akan membunyikan sesuatu kalau hatinya tidak hendak membunyikannya. Jadi, hatilah yang menggerakkan lidah, bukan lidah yang mengerakkan hati.

2. Ada yang berkata bahawa menyebut niat dengan lidah itu ada dikerjakan oleh Nabi dalam ibadah haji. Oleh sebab itu diqiaskan perbuatan itu dalam solat dan lainnya.

Kita jawab, bahawa riwayat (hadis) Nabi menyebut niat tidak tidak sah. Walaupun ditakdirkan sah, tidak boleh diqiaskan kepada solat kerana (Ibadah) haji itu diwajibkan ke atas orang Islam (pada zaman Nabi. pen.) sesudah hukum solat. Maka tidak ada kaedah membenarkan diambil qias daripada hukum terkemudian buat hukum yang terdahulu. Dan lagi tidak boleh diqiaskan satu hukum dengan lainnnya dalam urusan ibadah.

Kalau mahu main qias-qias dalam perkara ibadah, mengapa tidak diadakan azan dan qamat pada solat jenazah, solat hari raya, tarawikh dan lain-lainnya?

3. Adapun yang berkata, bahawa melafazkan niat itu sungguhpun bid’ah, tetapi bid’ah hasanah kerana perkara itu baik. Dan Nabi tidak ada berkata, “Jangan kamu melafazkan niat.”

Kita jawab, bahawa setiap bid’ah dalam ibadah itu, bid’ah dhalalah, tidak ada yang hasanah.

Bid’ah yang boleh dibagi-bagi itu, ialah bidah dalam keduniaan iaitu mana yang baik dikatakan bid’ah hasanah dan mana yang tidak baik dikatakan bid’ah dhalalah.

Kalau timbangan itu dikatakan baik, mengapa solat subuh tidak boleh kita tambah dua rakaat, supaya jadi empat? Apakah dua rakaat tambahan itu tidak baik atau Nabi s.a.w. pernah berkata “Jangan kamu solat subuh empat rakaat.”

Mengapakah bacaan tahiyyat yang bukan daripada alquran tidak kita ganti dengan alquran saja?

Ringkasnya, kita orang Islam wajib solat sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi, padahal Nabi tidak melafazkan niat dengan mulutnya. Maka janganlah kita berbuat apa-apa ibadah yang tidak dibuat olehnya.

Sekian A Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan