BULAN Rejab telah menjadi satu budaya Melayu untuk ditandai dengan memperingati peritiwa Isra dan Mikraj Rasulullah sewaktu baginda masih di Makkah. Alquran surah al-Isra’ ayat 1 merakamkan peristiwa perjalanan berkenaan, “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah maha mendengar lagi mengetahui.”
Memanglah ini peristiwa besar pada zaman Rasulullah kurun ketujuh yang terlalu naïf teknologi komunikasinya dibanding dengan abad ke-21 ini. Masyarakat zaman Nabi kalau bergerak dari Makkah ke Palestin dengan menunggang unta memakan waktu 40 hari. Namun dalam peristiwa Isra dan Mikraj Nabi ini perjalanan dari Makkah ke Palestin seterusnya ke langit (di atas sana) pergi dan pulang hanya memakan waktu kira-kira empat jam!
Kalaupun dengan kecanggihan teknologi zaman kini masih belum ada alat ciptaan manusia yang dapat bergerak sepantas perjalanan Isra dan Mikraj Rasulullah itu. Maka peristiwa Isra dan Mikraj ini tetap satu keajaiban dan peristiwa besar. Tiada tandingannya!
Peristiwa besar itu semakin menjadi tanda pemisah antara iman dan kufur. Yang masih lemah iman menjadi tidak percaya kenabian Muhammad Rasulullah. Yang kufur mendapat modal baru dengan tuduhan pengesahan Muhammad seorang gila dan yang mantap iman seperti Abu Bakr semakin kukuh imannya. Pengesahan Abu Bakr mengenai perjalanan Rasulullah itu pada saat sejuta keraguan manusia lain menyebabkan Rasulullah menggelar sahabatnya sebagai As-Siddiq atau yang membenarkan. Kekal nama itu menjadi Abu Bakr As Siddiq.
Ada satu lagi peristiwa luar biasa yang seumpama ini dan diterima tanpa banyak bicara. Perhatikan maksud ayat 38-40 surah an-Naml, “Kata Sulaiman (kepada para pembesarnya): Hai para pembesar, siapakah antara kamu yang sanggup membawakan singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang menyerah? Seorang Ifrit daripada bangsa jin menjawab: Aku sanggup membawanya kepada engkau, sebelum engkau berdiri daripada majlis persidangan, sesungguhnya aku amat kuat dan dipercayai. Kata seorang yang berilmu mengenai kitab: Aku sanggup membawakannya kepada engkau dalam sekelip mata. Setelah (Sulaiman) melihat (singgahsana) itu berdiri teguh di dekatnya, dia berkata: Ini adalah kurniaan daripada Tuhanku.”
Kepantasan pergerakan Rasulullah dalam isra dan mikraj serta pemindahan singgahsana Puteri Balqis dari Yaman ke Palestin sepatutnya membawa galakan kepada manusia (muslim) mendalami bidang sains khasnya dalam bidang komunikasi dan cakwerawala.
Namun tampaknya apabila membicarakan hal Isra dan Mikraj Nabi, kerap yang diperdengarkan ialah contoh-contoh gambaran baik dan buruk di alam akhirat kelak. Kalaupun penceramah kurang memahami teori-teori sains, wajar jugalah dia menggerakan masyarakat supaya memupuk minat mempelajari sains kepada anak-anak.
Beberapa lama dahulu penulis pernah mendengar komen sinis penceramah mengenai sains yang ditafsirkan semakin menjauhkan muslim daripada Allah. Katanya sains sangat tulen memerlukan sebab dan hasil kajian sehingga menimbulkan keraguan kepada perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. Mungkin tafsiran sebegini yang diulang-ulang berjaya menguatkan keinginan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian tahfiz atau pengajian kemanusiaan berbanding pusat kajian sains. Tidak salah ke pusat tahfiz, tetapi manusia hidup di dunia, wajib menguasai ilmu dunia iaitu sains. Kalau manusia tidak menguasai sains dan teknologi, untuk apa Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi? Tidak ada bedanya kepentingan menjadi ulama atau ahli sains.
Ayat berkenaan cap jari manusia diturunkan pada kurun ketujuh, kepada generasi manusia yang tidak tahu apa-apa sains dan teknologi canggih. Perhatikan erti ayat 4 surah al-Qiyamah mengenai pengenalan manusia melalui cap jari. Tidak ada penemuan sains mengenai cap jari pada zaman Islam Andalusia, tidak juga pada zaman kegemilangan Baghdad kurun ke-13 dan tidak juga pada zaman Renaissance Eropah kurun ke-14. Hanya kira-kira 100 tahun kebelakangan ini sahaja teknologi sains dapat membuktikan setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeda-beda.
Perkara-perkara ghaib yang disebut dalam alquran bukan semestinya tidak dapat diketahui melalui sains, masa akan menentukan hal itu. Kalaupun sains masih tidak dapat membuktikan kewujudan syurga dan neraka, sekurang-kurangnya sains dapat merapatkan pemahaman mengenai dua perkara itu. Misalnya ayat-ayat alquran mengenai kebangkitan semula manusia selepas mati dapat difahami dengan mendalam apabila kita menerima kajian pengklonan manusia zaman ini. Khabarnya melalui pengklonan, tubuh manusia yang menyerupai Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra dapat dilahirkan semula. Tidakkah falsafahnya ialah kebangkitan semula manusia daripada mati hidup semula kian difahami melalui sains?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan