PEMBIAYAAN wang untuk membantu orang miskin dengan hasil wang judi menjadi isu politik. Seperti isu orang bukan Islam yang masuk ke masjid, isu wang judi juga panas kerana ditentang oleh puak hipoktit. Puak inilah yang selama ini memberikan lesen judi dan tidak peduli pun hasil judi sama ada untuk membina rumah atau mimbar masjid. Hari ini mereka bersuara seperti tidak ada tahi judi daripada tangan mereka. Peh!
Baik, lihat jawaban mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Kata ulama muda yang popular itu: “Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi.”
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”
Untuk menambah faham kepada semua rakyat sama ada muslim atau bukan muslim, lihat hujah yang sesuai untuk rakyat Malaysia! “Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber.”
Pendapatan kerajaan ini merujuk kepada pendapatan kerajaan Persekutuan. Semua pendapatan kerajaan seperti cukai import-eksport, denda mahkamah, sebarang cukai yang diterima dimasukkan dalam tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Yang Disatukan. Ustaz yang paling warak pun jika makan gaji dengan kerajaan Persekutuan akan mendapat gaji daripada kumpulan wang itu.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan pula mendesak penjelasan KM Pulau Pinang. Maksud Nasaruddin ialah jangan beri wang untung judi kepada orang Islam. Tapi Nasaruddin tidak kata haram.
Pemimpin Umno kata: Jangan suap wang judi kepada umat Islam. Amboi! Kalau hendak kaitan dengan halal haram, berilah hujah, bukan sentimen. Sentimen atas nama agama akan membuat orang bodoh. bertaklid buta sepanjang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan