Pengikut

Sabtu, September 12, 2009

MELAYU Malaysia-Indonesia

SEDIKIT banget rakyat Indonesia yang marah kerna ‘tarian pendet’ yang dikatakan dimiliki Malaysia. Kerna ada suara menjeritkan protes ini baru saya mendengar hal tarian pendet. Buat pengetahuan sahabat-sahabat di Indonesia, rakyat Malaysia seperti saya tidak tahu apa bentuknya tarian pendet itu. Mana mungkin kok dikatakan tarian itu milik Malaysia. Kalau dikatakan tarian itu dari Bali, nyata pula pengaruh seni Bali tidak ada dalam kesenian Malaysia. Lain halnya kalau dari Jawa.

Malaysia-Indonesia sekalipun sudah berdiri sebagai negara bangsa yang masing-masing mempunyai keperibadian sendiri, namun tidak dapat memisahkan daripada sejarah dan budaya bangsa Melayu. Negara bangsa ini baru saja muncul sejak tahun 1945, walhal sebelumnya sudah ratusan tahun pertemuan sejarah dan budaya antara semua penduduk di kepulauan Nusantara. Inilah Malaysia dan Indonesia yang lahir daripada satu bangsa Melayu.

Lihat bagaimana lahirnya negara-negara Arab seperti Iraq, Syria, Jordan, Arab Saudi, Mesir, Libya, Tunisia sampai ke Moroko yang warganya adalah daripada satu bangsa, iaitu Arab. Tidak hairan dengan adanya negara Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia yang bangsa terasnya adalah Melayu. Dan bahasa utama negara-negara ini adalah Melayu. Bahasa Melayu ini sendiri diakui mempunyai sejarah ibunya di Riau!

Saya menyertakan tiga sejarah kerajaan Melayu zaman silam yang wilayah pengaruhnya saling melintas sempadan negara Malaysia, Indonesia dan Brunei ini. Mulakan dengan Srivijaya yang pusatnya di Palembang, kemudian Majapahit yang pusatnya di Jawa Timur dan Melaka dari Tanah Melayu. Setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka, muncul pula Kesultanan Melayu Acheh di hujung Sumatera yang wilayah pengaruhnya melebar hingga ke Tanah Melayu. Daripada sejarah politik dan budaya bangsa Melayu yang panjang ini tidak hairan hari ini penduduk negara-negara bangsa di Nusantara berkongsi persamaan bahasa, budaya dan agama.
Akan ada saja kebudayaan yang hidup di Malaysia juga dipelihara sebagai warisan budaya di Indonesia. Misalnya tarian kuda kepang yang popular di selatan Tanah Melayu juga adalah kesenian di Jawa. Selain kesenian, nama-nama sungai dan wilayah juga ada persamaan di kedua-dua negara. Jika di Pahang, Tanah Melayu ada Sungai Kuantan, maka ada juga Sungai Kuantan di Sumatera. Nama kota Tanjung Karang dan Pekan juga ada di dua-dua wilayah ini.

Seorang Sasterawan besar di Malaysia ialah almarhum Arenawati (Muhammad Abdul Biang), lahir dan membesar di Makasar Sulawesi. Jika sesiapa ke Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta dan menemukan pusara Drs Iskandar Kamel, tidak lain dia ialah Ibrahim Yaakub yang lahir dan menjadi pejuang nasional Tanah Melayu sehingga tahun 1945. Semua buku sejarah Malaysia tidak melupakan nama Ibrahim Yaakub yang lahir di Temerloh Pahang dan membentuk parti Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pemula Kesultanan Melayu Melaka adalah Parameswara seorang pengeran dari Palembang, Sumatera. Manakala Sultan Melaka terakhir ialah Sultan Mahmud Syah yang makamnya ada di Kampar Sumatera.

Orang Malaysia sekarang dalam persiapan ‘balik kampung’ untuk berhari raya, maka di Indonesia juga sedang ‘mudik’. Nanti pada lebaran, di mana-mana juga muslim Melayu Nusantara pasti tidak melupai ketupat, lemang, rendang dan semur ayam. Makanan di daerah saya yang popular ialah tempe, pecal, lontong, soto dan nasi ambeng! Apakah sahabat-sahabat Melayu di Jawa Indonesia kaget? Tidak kan. Pakaian sewaktu lebaran juga hampir sama untuk semua yang bangsa Melayu Nusantara.

Semuanya telah menjadi kebudayaan hidup bersama ratusan tahun dan tidak mungkin pada zaman negara bangsa ini harus dituntut (klaim) mana-mana negara, yang sebuah negara lain tidak dibenar menggunakannya. Sepatutnya kesamaan inilah yang menjadikan kita merasa dekat dan bersaudara, tidak bermusuhan meskipun memang ada saja hal yang dibangkitkan dan perlu dibereskan.

Dirgahayu Malaysia-Indonesia-Brunei-Pattani-Mindanao-Singapura

4 ulasan:

  1. salam sobat
    trims infonya,,saya jadi tahu sejarahnya ,,karena baca artikel sobat.

    terimakasih kunjungannya .
    saya sudah follow nich ya,,

    ada AWARD sederhana untuk pak SUPARJO.
    mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU.
    sebagai tanda trims atas kunjungan dan persahabatan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Kita serumpun, dan keserumpunan ini menjadikan kita terlalu radikal dalam mengenal erti persaudaraan.

    BalasPadam
  3. Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,
    Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.
    Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

    Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak

    mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

    Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan bangsa melayu dan erti

    kata melayu itu sendiri "TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA." Jangan ada melayu yang beralih kepada

    fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannya.

    Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segelintir yang akur akan

    fakta ini.Beribu tahun dahulu kita orang melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban

    Kemanusiaan.

    FITRAH MELAYU
    Fitrah Melayu Fitrah Beraja

    ADAT MELAYU
    Adat Beraja

    TUGAS MELAYU
    Penegak kebenaran
    (Dharma Suci Kebenaran Sejati)

    PANCASILA MELAYU

    *Kenal Dan Chinta Tuhan
    *Taat Setia Kepada Raja
    *Berkorban Demi Bangsa
    *Berbakti Kepada Perthivi
    *Berguna Kepada Nagara

    Maka ini susila kita semua melayu di atas dunia walau dimana jua berada tetap tiada boleh derhaka

    atas janji sebagai manusia akur sekelian jiwa dan raga pada susila perlembagaan kita.


    MULA CIPTA RUPA NYATA

    Ayat disusun mejadi kata,
    Jantung bergetar mencipta Benta,
    Turun dan naik sekata nyawa,
    Dari wujud menjadi nyata,
    Inilah isyarat pembuka cerita,
    Hikayat gurindam penuh seloka,
    Menjadi warta sekelian warga,
    Menjadi marga sekelian manusia,
    Ini serat cipta yang Kasa,
    Olahkan Ia menjadi Kersa,
    Agar sifat arya mulia,
    Melimpah sekelian anggota kita,
    Barulah gerak kita bermakna.

    SELAGI MELAYU NAMANYA KITA, BIAR HIDUP ADA BERGUNA, BARU MATI PENUH BERJASA.
    HANYA MELAYU TAHU MELAYU, HANYA MELAYU RASA MELAYU, HANYA MELAYU JADI MELAYU.

    BalasPadam