Pengikut

Selasa, November 13, 2007

yang mahal dan bernilai


Sekali pandang antara rumpun padi dan rumpun lalang seakan tiada bedanya. Kedua-duanya, jika dipandang dari jauh tampak menghijau. Namun lalang tidak perlu dijaga dan dibaja. Biarkan saja dan spesis itu akan membiak dan terus membiak. Namun apa manfaatnya kepada manusia? Ada, tapi tidak secara terus.


Padi, untuk terus hidup subur dan mengahsilkan butiran padi perlu jagaan rapi termasuk keperluan air dan bajanya. Hasilnya juga perlu diurus dengan cermat dan sempurna. Tidak sekadar itu, padi perlu dikeringkan sebelum dimesin untuk menghasilkan beras. Nah, kerana sangking bernilainya, maka rumpunan padi sejak awalnya sangat bernilai dan mahal sekali berbanding rumpunan lalang.

Maka, bacalah dengan mata sejujur-jujurnya. Di mana-mana saja sesuatu yang amat bernilai tidak mudah diperoleh. Sebaliknya, sesuatu yang tidak bernilai atau murah, bisa diperoleh di merata tempat. Lantaran itu, jika manusia percaya dirinya punya nilai yang tinggi, tentulah peribadi itu membina kebaikan dan ketahanannya. Sebaliknya, jika peribadi itu merendah-rendahkan nilai peribadi dan kemanusiaannya, maka jadilah dirinya seperti rumpunan lalang yang tiada nilai. Manusia benar-benar punya pilihan untuk menjadi seperti rumpunan padi atau rumpunan lalang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan