Pengikut

Rabu, November 14, 2007

Guruku Awang Sariyan

LAMA nian tidak ketemu dengan Awang Sariyan. Sejak meninggalkan UIAM Mei 1992, saya hanya mengetahui khabarnya lewat media. Sebentar namanya dicatat di Brunei, kemudian di DBP dan kemudian lagi di UPM. Tanpa diduga dalam akhbar Siasah ada sedikit wawancara terhadapnya berkenaan perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu. Catatan alamat emel yang tertera menyebabkan saya dapat menghubungi beliau.

Ngobrol lewat telefon, nyata Awang Sariyan seperti yang pernah saya gauli lebih sedekad yang lalu. Benar kata-kata sahabat yang pernah mengenali beliau sama ada melalui persahabatan biasa atau kerana berguru kepadanya, beliau seorang yang peramah dan penyayang. Bayangkan saja, pada 7 Nov lalu beliau mengunjungi saya di Kuantan. Benarlah dia memang punya tugasan di Kuantan, namun keinginannya hadir menemui saya di tempat kerja benar-benar membuat saya terharu. Sepatutnya saya sebagai pelajar yang berkunjung kepada tuan gurunya. Awang Sariyan tidak mengira itu.

Khabarnya, Awang Sariyan akan ke Beijing selama dua tahun, bermula akhir November ini. Moga-moga berjalan baik. Ada harapan yang dititipkan kepada saya agar mengusahakan pertemuan semula dengan mereka yang pernah menjadi pelajarnya khas sewaktu beliau menjadi guru bahasa di UIAM. Tidak kiralah pada tahun berapa kalian berguru kepada beliau, nampak benar beliau berhasrat mengumpulkan semua untuk memperbaharui tekad perjuangan. Justeru, kepada sesiapa yang berkenaan, agar dapat menghubungi emel saya untuk tindakan lanjut. Pertemuan yang didambakan itu, jika tidak dapat dilaksanakaan sebelum keberangkatan Awang Sariyan ke RRC tidak menjadi soal, mungkin beberapa purnama atau setahun dari sekarang. Allah yang Maha Tahu. Kita sekadar berusaha dan berdoa.

1 ulasan:

  1. Tuhan tidak melupakan amal bakti sekalipun tidak disebut perjuangan islam, asal ikhlas dan untuk kebaikan. Gitu-kan.

    BalasPadam