Pengikut

Jumaat, Oktober 09, 2009

No comment, tiada hujahan


BLOG Nobisha memilih tajuk isu pilihan raya Bagan Pinang seperti ini, NO COMMENT: Saya calon Pas Bagan Pinang. Rupa-rupanya calon Pas dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan Encik Zulkefly Mohamad Omar hanya melepaskan kata-kata ‘no comment’ terhadap pertanyaan wartawan yang mahukan pendirian dan pemikirannya berkaitan dasar dan isu dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Senang cakap, ahli politik yang sepatutnya murah air liur tidak boleh membisu terhadap apa juga isu. Memang itu kerja ahli politik, bercakap, bercakap dan bercakap.


Dalam blog saya ini ditemui cerita hampir sama, iaitu orang yang sepatutnya bercakap tidak bercakap. Ada antara isi-isi blog ini agak menyimpang dengan pemikiran dan pendirian beberapa pihak institusi agama atau perseorangan. Maka dalam ruangan kecil cbox kerap muncul tulisan mengecam, menghina, mengutuk dan menuduh saya sebagai si jahil yang bercakap hal agama. Terima kasih kerana pengkirit blog ini sentiasa memantau dan mahu berinteraksi dengan saya.


Kalau pengkritik itu sudah mengutuk, mengatakan saya salah dan jahil tentulah pengkritik ini bukan orang biasa, tetapi golongan agama atau bertaraf ustaz. Saya fikir dalam tulisan-tulisan yang diterbitkan di sini disokong oleh mana-mana ayat al-Quran dan hadis, atau setidak-tidaknya bertepatan dengan prinsip kedua-dua sumber utama dalam Islam. Kemudian daripada kedua-dua itu tulisan-tulisan di sini menyentuh isu-isu semasa termasuk hal-hal akidah, ibadah, sejarah, politik, sosial dan ekonomi.


Selain seorang ustaz yang gemar menukar nama samaran, banyak ustaz yang menulis satu dua ayat untuk terus menghukum tanpa memberi alasan. Yalah, satu budaya dalam masyarakat bahawa golongan agama gemar mengeluarkan hukum saja. Dan berkali-kali saya mempelawa supaya penghukum-penghukum ini untuk memperjelas hukumannya dalam sebaris ayat itu kepada huraian yang panjang. Ada seorang ulama muda yang saya kenal dan gemar menghukum sesuatu hal, dengan murah hati saya menyediakan ruangan untuk dia bersilat sebebas-bebasnya. Namun ustaz ini memilih menjadi askar gerila, kerja main tembak dan lari. Maka ustaz dan ulama lain yang gemar menghukum dalam cbox langsung tidak akan memberi hujahan kepada saya.


Jadi apa? Sama seperti calon Pas di Bagan Pinang yang hanya mahu orang mengundi dirinya menjadi Wakil Rakyat tanpa dia bersusah payah memberi hujahan daripada pemikirannya. Ustaz dan ulama yang suka menghukum dalam cbox ini juga tidak memberi apa-apa hujahan atau mempertahankan pendiriannya setelah menghukum. Tabiat supaya orang menerima dirinya sebagai betul dan hebat tanpa menjalani proses penilaian bukanlah prinsip keilmuan yang dianjurkan oleh Islam.

Selasa, Oktober 06, 2009

HARTA pusaka: nenek yang keciwa...


SORE 5 Oktober, saya dan ibu berkunjung ke rumah saudara, tiga beranak. Pasangan kelamin yang sudah renta dan uzur berharap penghasilan daripada anak gadisnya yang bekerja jauhnya dari rumah itu lebih 100 kilimeter, sebagai buruh kilang! Selain itu, daripada beberapa pokok sawit keliling rumah tanah pusaka bundanya. Oleh kerana kami hadir pun kerana ingin memberi bantuan material, maka dalam dia bercerita telah meluahkan kekeciwaan mengenai pambagian harta pusaka kebun sekangkang kera.

Si isteri sebagai anak bongsu telah menjaga ibunya yang menjadi balu puluhan tahun hingga wafatnya. Apabila tanah kebun tiga ekar difara’idkan, kerana dia perempuan maka hanya mendapat tanah tidak sampai setengah ekar. Adik-beradiknya yang lelaki yang tidak menjaga ibunya mendapat bahagian lebih banyak. Ini bukanlah luar biasa kerana dalam alquran surah an-Nisaa’ ayat 11 “… iaitu bagian seorang anak lelaki itu sama dengan bagian dua orang anak perempuan…”


Ayat ini sudah lama menjadi bahan debat dan tuduhan bahawa Islam mendiskrimnasi kaum wanita. Maka pembela Islam berhujah kembali bahawa anak lelaki itu sebenarnya menanggung beban penjagaan keluarga termasuk ibu bapanya yang renta, maka sebab itu dia mendapat pembagian 2:1 (misalnya lelaki 2 ekar, perempuan 1 ekar). Maka menanglah Islam dalam debat setelah melalui rasional falsafah di balik pembagian sedemikian.


Dalam kes nenek tua tadi, dia keciwa kerana peranannya sebagai penanggung kehidupan ibu tidak terbela oleh sistem pembagian harta pusaka. Perkara seperti ini juga yang telah dibangkitkan oleh SIS (Sisters In Islam), yang pada hemat kajiannya keadilan pembagian harta pusaka mesti melalui rasional falsafah yang pada asalnya memberi kemenangan kepada kaum lelaki. Pada SIS apabila penanggung berubah daripada anak lelaki kepada anak perempuan maka hak keutamaan pembagian juga berubah kepada anak perempuan. Hal inilah yang menjadi buah debat dan tuduhan SIS melanggar hukum faraid yang ditetapkan oleh Allah swt. Tampaknya nenek tua di desa yang tidak tahu pun apa itu SIS sependirian dengan SIS!


Sepatutnya para ulama tidak segera menghukum SIS sebagai penyeleweng. Sebagaimana ulama menghujah bahawa lelaki mendapat dua bagian dan perempuan satu kerana beban tanggungan, maka dalam menepis hujahan SIS wajib ulama membalas dengan hujah juga. Soal ahli SIS bukan ustazah untuk dituduh jahil, tertolak sama sekali sebab Islam melayan semua pertanyaan dengan adil, sama rata. Jawaban secara menuduh SIS dan nenek tua di desa saya sebagai jahil dan kolot sangat tidak siuman dalam dunia ilmiah dan akadmik. Pembahagian harta pusaka sekalipun adalah wahyu, tetapi merupakan hal keduniaan yang dapat difahami falsafahnya. Lainlah kalau bab akidah, ibadah khusus dan alam akhirat yang muslim diwajibkan patuh tanpa mengetahui falsafahnya.


Apa jawaban ulama terhadap desah rasa keciwa seorang wanita tua di desa saya kerana merasakan tidak adil dengan pembagian harta pusaka itu?

Jumaat, Oktober 02, 2009

GEMPA derita bangsa


SEKALI lagi daripada entah berapa kali, bumi Indonesia dilanda gempa. Siapa yang tidak kenal letusan Krakatoa kurun ke-19 dan Tsunami Atjeh Disember 2004? Dari Atjeh turun ke Tanjung Karang di Sumatera selatan dan kemudian ke seluruhan Jawa kemudian ke Sulawesi dalam jajaran gunung berapi aktif dan sangat berpotensi untuk dilanda gempa bumi. Baru ‘kelmarin’ awal September gempa di Jawa Barat, awal Oktober pula di Sumatera Barat. Kemudian mana lagi? Hanya Tuhan yang tahu.


Banyak orang agama melihat gempa sebagai balasan Tuhan kepada hamba-Nya yang ingkar seruan taat kepada-Nya. Katakanlah bangsa Melayu saya di Indonesia memang jahat dan melanggar perintah-perintah Allah, namun mereka adalah muslim yang mengakui keesaan Allah. Banyak lagi yang terbaik dan bergelar ulama dari sana. Umpama Hamka, M Natsir, Ahmad Khatib, Taher Jalaludin (beberapa nama saja) mereka merupakan permata keilmuan Islam.



Kemudian lihatlah dengan jujur di negara lain seperti China yang terdapat 1.3 bilion jiwa malah majoritinya bukan sahaja melanggar perintah Tuhan, malah menolak wujudnya Tuhan! Mengikut hukum yang selalu diceramahkan, patutnya negara China, Amerika dan Eropah yang selayaknya dilanda gempa berulang-ulang, bukan bumi kelahiran ulama Hamka dan wali-wali Songo. Memang gempa itu kerja Allah, namun adakah wilayah Eropah merupakan kesayangan Allah di bumi? Di sinilah kita semua wajib jujur dalam menilai dan menyampaikan maklumat agar penderitaan sebangsa ini tidak dijadikan bahan kutukan pula sampai akhir zaman.


Sekalipun belum reda perasaan anti-Malaysia di Indonesia, malah Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengatakan media di sana tidak sependirian dengan dasar pemerintahnya yang mesra Malaysia, rakyat Malaysia sayangkan rakyat Indonesia. Umpama sepohon mangga yang banyak buahnya, anak-anak akan mengambil batu dan kayu melempar ke pohon mangga, tetapi pohon mangga menggugurkan buah-buah mangga untuk menggembirakan anak-anak di bawahnya!


Ada saja gempa bumi umpama di Atjeh, Jogjakarta, Bantul, Bandung dan Padang, rakyat Malaysia akan menghulur jutaan ringgit untuk meringankan beban derita kehilangan sandang pangan. Terpulanglah kepada sahabat dan saudara di Indonesia (khasnya yang memegang bamboo runcing) untuk menilai apa sikap rakyat Malaysia ini. Sampai sekarang organisasi-organisasi dari Malaysia sangat prihatin dengan rakyat Atjeh sejak bencana tsunami ganas itu. Ada saja tanda simpati sebagai ole-ole dibawa ke hujung Sumatera itu.

Khamis, Oktober 01, 2009

SALAFI atau wahabi?


MANTAN Mufti Perlis, Dr Mohd Asri menafikan dirinya beraliran Wahabi dan menjelaskan amalan sunah di Perlis pula sebagai warisan Kaum Muda. Kaum Muda itu adalah angkatan golongan pembaharuan atau Islah yang ditunjangi oleh Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Salim Kalali pada awal abad ke-20, kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Helmi dan Pendita Za’aba.

Dalam dunia akdemik Barat, tidak ada perbedaan antara kalimah salafi dan wahabi. Dalam wikepedia dijelaskan timbulnya penggunaan istilah wahabi oleh penentang salafi kerana menganggap pendakwah bernama Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai tidak mempunyai kredibiliti untuk diagungkan sebagai tokoh. Maka, sejarah perjuangan Muhammad bin Abdul Wahhab yang bersama keluarga Saud membina kerajaan di Hijaz pada kurun ke-18 cuba digambarkan sebagai perjalanan sejarah hitam kepada umat Islam. Dalam keadaan umat Islam lemah setelah kejatuhan Khilafah Usmaniyyah (1927), maka menuduh gerakan keluarga Saud dan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai penyebab kejatuhan Khilafah Usmaniyyah sangat mudah ditelan oleh umah. Siapa yang hendak memberi bukti penafian ini dalam dunia taklid dan masyarakat yang sangat tidak ilmiah?


Di Malaysia istilah wahabi akan dikaitkan dengan pemikiran dan tindakan radikal yang mengancam ketenangan setiap amal yang popular. Maka apabila ada ustaz yang mengajak umat Islam beramal dengan ajaran al-Quran dan Sunah Nabi, maka ustaz ini akan diperhatikan dengan curiga. Kemudian jika ustaz ini mengajak agar umat Islam meninggalkan amalan yang tidak berlandaskan al-Quran dan sunah, dia boleh saja dilabel wahabi Seorang yang dilihat ada kecenderungan agama dan tidak melakukan ‘solat sunat’ selepas azan Jumaat pertama, jawabnya dicop wahabi.


Begitu mudah dan murahnya label wahabi dijaja atas tiket negatif tanpa usul periksa maka sebab itulah istilah wahabi sangat mudah dilihat hitam, tidak seperti dalam dunia akademik Barat. Jadi agaknya terpaksalah Mantan Mufti Perlis menafikan dirinya beraliran wahabi. Saya pun pernah disaran agar belajar dengan ulama salaf, bukan ulama wahabi. Salafi itu lebih dilihat sejujurnya kembali kepada pegangan zaman Nabi dan para sahabat. Kalau orang tidak suka kepada cara salaf yang meninggalkan beberapa amalan seperti bacaan usalli, tahlil dan talkin, maka barulah salafi itu dikatakan wahabi. Begitulah caranya orang membuat penilaian.


Selasa, September 29, 2009

MARI beribadah di jalan raya

SABAN tahun musim perayaan idulfitri angka kematian di jalan raya memang tinggi antara 250 hingga 270 jiwa. Untuk musim terbaru pun angkanya 261 kematian dan kebanyakan yang maut itu adalah penunggang dan pembonceng motorsikal. Untuk rekod juga majoriti yang maut dalam tempoh dua minggu ini ialah orang Melayu beragama Islam.

Sejak lama hasil kajian mendapati punca terbesar kemalangan maut ini kerana sikap pengguna kenderaan di jalan raya. Lantaran itu saban tahun juga pasukan polis (PDRM) melaksanakan Operasi Sikap atau Ops Sikap. Dalam operasi ini banyaklah saman dikeluarkan untuk memberi peringatan, amaran dan denda kepada pesalah-pesalah trafik itu.

Persoalan yang tidak terjawab: Bilakah masalah kematian di jalan raya kerana sikap pengguna dapat dihentikan? Tidak ada siapa dapat menjawabnya kerana umum mengetahui bahawa kelakuan para pemandu dan penunggang kenderaan ini masih sukar untuk disiumankan. Sekalipun ancaman maut sentiasa terbuka luas, para pemandu memang berstatus ‘berani mati’.

Cuba anda menjadi pemandu ‘jujur’ terhadap undang-undang jalan raya. Anda akan mendapati seperti ketinggalan dan sangat hina kerana sering dipintas beratus-ratus kali dalam perjalanan jauh. Anda berasa seperti sangat lama berada dalam giliran kerana banyak kenderaan akan menyusuri apa saja ruang untuk maju dan mendahului semua kenderaan yang berbaris.

Kemudian perhatikan anak-anak muda Melayu Islam menunggang motorsikalnya. Lebih baik anda mengalah dan memberi ruang kepada terjahan motorsikalnya supaya umurnya sempat mencecah 40-an. Moga-moga selepas usia itu kegilaannya mempamer aksi maut berkendur. Secara tidak langsung anda membantu keluarga mereka agar terus senang iaitu tidak bersedih dengan kematian anak jantannya yang sangat diharap sumbangannya.

Mengapa keburukan ini berlaku? Jawabnya tidak ingat hari akhirat atau mati. Dalam alquran banyak nian Allah menawarkan sesuatu kepada manusia dengan satu syarat ‘kalau benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat’. Sangat sedikit yang mahu benar-benar merasakan saat kematiannya sudah dekat di tenggorokan. Maka sangat sedikitlah pengguna jalan raya yang berwaspada untuk mengelak kematian mendadak itu. Sejahat-jahat manusia, kalau tahu usianya akan berakhir, pasti kelakuannya menjadi syahdu dan sangat mengharap Tuhan membalas dengan kebaikan. Perhatikan orang yang pasti akan menghadapi hukuman mati, yang menghidap sakit AIDS dan barah (kanser). Mereka tahu saatnya akan menghadap Tuhan kian hampir, maka kelakuannya tidaklah seganas pelumba haram di jalan raya!

Selain itu tidak banyak yang mengerti dan tulus bahawa kepatuhan terhadap peraturan jalan raya bererti kepatuhan kepada perintah Allah. Dalam surah an-Nisaa ayat 59, Allah memerintahkan supaya orang beriman taat kepada ulil amri (pemerintah). Arahan-arahan pemerintah ialah melalui undang-undangnya. Dan undang-undang jalan raya merupakan arahan ulil amri. Namun sedikit banget yang faham dan menghayati kepatuhan terhadap undang-undang ini bererti kepatuhan terhadap Allah. Oleh itu sedikit jugalah yang merasakan dalam menggunakan jalan raya sama seperti melakukan ibadah kepada Allah. Ini bermakna juga sedikit banget yang bertertib di jalan raya. Yah, maka patut benar jalan raya seperti menjadi medan melanggar arahan Allah, mendurhakai Maha Pencipta.

Maka begitulah keadaannya jalan raya ini, antara keperluan dalam hidup sebagai medan beribadah kepada Allah dan juga tempat mendurhakai Allah. Untunglah yang sadar. Kalau begitu jangan peduli mereka yang tidak mendapat hidayah di jalan raya, terus menjadi pengguna yang berakhlak kerana itulah perintah Allah.

Khamis, September 24, 2009

"IMEJ agama apa yang kita mahu?"


oleh: Norhayati Kaprawi
Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'? Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu. Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat. Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum? Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian. Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal. Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan? Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: "Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)Malah, banyak lagi ayat Al-Qur’an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An’aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya? Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati? Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?
Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)

BUKU: Hamka dan alam Minangkabau

HAMKA, nama besar ulama dari Minangkabau Sumatera Barat yang tidak menerima pendidikan formal tetapi diiktiraf sebagai intelektual Nusantara khasnya Indonesia dan Malaysia. Umum tahu benar, Profesor Dr Buya Hamka sebagai ulama juga pengarang roman. Selain menghasilkan 10 jilid Tafsir al-Azhar, karya roman seperti Merantau ke Deli dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk merupakan kritikan sosial terhadap adat Perpatih di Minangkabau.

Saya menemukan semula buku ilmiah terbuka kritrikan Hamka terhadap Adat Perpatih yang ditulis pada tahun 1963. Buku bertajuk ‘Islam & Adat Minangkabau’ terbitan Pustaka Dini, Shah Alam (2006) mengupas secara rinci dan terbuka mengenai adat turun-temurun di Minangkabau mengharungi perubahan zaman. Sekalipun penulis ini mengkritik adat berkenaan, namun tetap mempertahankan kedudukan adat tersebut sebagai sesuai pada zaman adat itu menggemilangkan daerah Minangkabau.

Beliau kemudian mengakui sendiri sebagai seorang pewaris penting adat (mamak) akhirnya mesti berbangga dengan keunikan adapt Minangkabau sekalipun menolak secara total konsep matriaarchat, iaitu penyebelahan harta dan keturunan ke sebelah ibu. Hamka menyenaraikan sekian banyak nama besar sejak kurun ke-17 orang Minangkabau yang gagah di luar Minangkabau termasuk dalam Kesultanan Brunei dan Sulu kerana masalah adat Minangkabau di wilayah Sumatera Barat itu. Semua diaspora Minangkabau itu sebenarnya utuh dengan ciri Minangkabau sekalipun tidak mahu kembali ke daerah asal.

Buku setebal 356 muka surat ini sangat sesuai dibaca oleh masyarakat di luar alam Minangkabau untuk mengetahui prinsip-prinsip asas adat Minangkabau dan sejarah perubahan masyarakatnya. Komentar dan kritikan adil Hamka terhadap adat ini menjadikan pembacanya juga menerima pengetahuan perjalanan adat berkenaan dengan adil, mengurangkan prejudis atau sangkaan buruk.

Kepada warga Malaysia, wajib juga membaca buku ini kerana kewujudan masyarakat beradat Minangkabau di Negeri Sembilan sebenarnya tidak jauh berbeda dengan kecintaan masyarakat Minangkabau di Pagarruyung terhadap adat Minangkabau. Untuk kes ini, Hamka melihat generasi muda masyarakat Adat Minangkabau di Negeri Sembilan (tahun 1960-an) sedang menghadapi dilema seperti masyarakat adat di Pagarruyung Sumetera Barat.

Adat tetap adapt dan tidak mungkin terhapus, namun kesesuaian terpaksa dilakukan kerana masyarakat kian berpendidikan tinggi dan terbuka pemikirannya. Inilah yang sedang berlaku dalam Adat Minangkabau.

Rabu, September 23, 2009

MENGAPA idulfitri hari bersedih?

ALLAHU Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Allah maha besar! Salam idulfitri tahun 1430 hijriah. Idulfitri adalah hari kemenangan setelah menempuh badai percubaan selama sebulan pada Ramadan. Kemenangan ini tentulah dirayakan dengan suasana gembira dan meriah. Pada zaman Rasulullah, ada sahabat-sahabat yang bergendang merayakan idulfitri. Janganlah bersedih pada hari ini.

Sekalipun gesaan bergembira, masyarakat kita melayan perasan melankolik. Kerana budaya balik kampung atau mudik untuk bertemu dan bermesra dengan kaum keluarga sanak saudara, maka emosi mengatasi akal yang disaran oleh sunah Nabi. Banyaklah acara emosi bersedih-sedihan bermula dengan gema takbir yang mendayu-dayu bagai baru kehilangan kekasih tersayang. Takbir idulfitri ini (termasuk iduladha) sudah diset lagunya yang meruntun dan melemahkan perasaan pada hari kemenangan dan kegembiraan. Aneh sekali kerana takbir asasnya satu laungan besar tanda kemenangan dan kegagahan. Menyebut ‘Allah maha besar’ berulang kali sambil menangis, aduh gawat.

Khutbah yang saya dengar terbaru ini pun isinya banyak mengajak khalayak menghimbau kenangan lama dan sedih di celah-celah kehidupan. Maka pak khatib yang berkhutbah pun jadi emosional, menangis di mimbar! Khutbah yang wajib membangkitkan semangat tinggi dengan laungan takbir sudah menjadi pentas drama air mata. Apa ini?

Kesedihan yang tidak dapat dielak pada idulfitri ialah menerima kematian mendadak. Di tanah air kita ini yang punya 27 juta jiwa, dalam tempoh dua minggu perayaan ini boleh dijangka dengan kematian angkara kecelakaan jalan raya sekurang-kurangnya 270 jiwa. Hal ini bermakna dalam suasana idulfitri, sehari Malaysia menerima korban jalan raya 19 orang, tidak termasuk yang menderita parah di rumah-rumah sakit. Tidak harus menyalahkan takdir Allah kerana tingkah laku di jalanan ini bikinan manusia sendiri.

Pemerintah sudah menyiapkan segala undang-undang atau hukum untuk kebaikan pengguna jalan raya, maka wajiblah mentaati semua itu. Banyak yang ingkar undang-undang ini walhal kepatuhan terhadapnya merupakan perkara yang diwajibkan Allah dalam al-Quran surah An-Nisaa’ ayat 59. Maka selama mentaati undang-undang jalan raya (yang diusahakan pemerintah kerana diberi wewenang oleh Allah), maka selama itu menjadi ibadah di sisi-Nya. Kemudian siapa yang ingkar undang-undang jalan raya ini, dia pun ingkar perintah Allah!

Kemudian menjadi satu penerimaan umum, jika di negara-negara miskin Afrika banyak penduduknya mati kerana kurang makan, di Malaysia banyak penduduknya mati kerana terlebih makan. Sebut saja penyakit kerana terlebih makan seperti sakit jantung, kencing manis (diabetes) dan darah tinggi, semua itu gara-gara serakah melahap makanan. Hari raya juga bagaikan pesta makanan yang cukup untuk memulakan atau membekalkan darjat tiga jenis penyakit berkenaan. Terimalah begitu jika memang kebanyakan muslim malas untuk beraktiviti jasmani berbanding kaum tionghua yang bukan muslim. Aneh, sepatutnya yang muslim sangat prihatin hal kesihatan. Ini satu tanda ilmu wajib difahami dan diamalkan, bukan sekadar mendoa agar Allah menyelamatkan diri daripada mara bahaya.

Justeru, Islam menganjurkan supaya berpuasa enam hari yang boleh dimulakan pada dua Syawal. Saran ini untuk mengimbangi keserakahan dalam banyak hal pada hari yang disambut sangat meriah. Jelas, Islam tetap memberi imbangan yang adil dalam meminta penganutnya bergembia ria.

Khamis, September 17, 2009

AMALAN Sunah pada idulfitri

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Sabtu, September 12, 2009

MELAYU Malaysia-Indonesia

SEDIKIT banget rakyat Indonesia yang marah kerna ‘tarian pendet’ yang dikatakan dimiliki Malaysia. Kerna ada suara menjeritkan protes ini baru saya mendengar hal tarian pendet. Buat pengetahuan sahabat-sahabat di Indonesia, rakyat Malaysia seperti saya tidak tahu apa bentuknya tarian pendet itu. Mana mungkin kok dikatakan tarian itu milik Malaysia. Kalau dikatakan tarian itu dari Bali, nyata pula pengaruh seni Bali tidak ada dalam kesenian Malaysia. Lain halnya kalau dari Jawa.

Malaysia-Indonesia sekalipun sudah berdiri sebagai negara bangsa yang masing-masing mempunyai keperibadian sendiri, namun tidak dapat memisahkan daripada sejarah dan budaya bangsa Melayu. Negara bangsa ini baru saja muncul sejak tahun 1945, walhal sebelumnya sudah ratusan tahun pertemuan sejarah dan budaya antara semua penduduk di kepulauan Nusantara. Inilah Malaysia dan Indonesia yang lahir daripada satu bangsa Melayu.

Lihat bagaimana lahirnya negara-negara Arab seperti Iraq, Syria, Jordan, Arab Saudi, Mesir, Libya, Tunisia sampai ke Moroko yang warganya adalah daripada satu bangsa, iaitu Arab. Tidak hairan dengan adanya negara Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia yang bangsa terasnya adalah Melayu. Dan bahasa utama negara-negara ini adalah Melayu. Bahasa Melayu ini sendiri diakui mempunyai sejarah ibunya di Riau!

Saya menyertakan tiga sejarah kerajaan Melayu zaman silam yang wilayah pengaruhnya saling melintas sempadan negara Malaysia, Indonesia dan Brunei ini. Mulakan dengan Srivijaya yang pusatnya di Palembang, kemudian Majapahit yang pusatnya di Jawa Timur dan Melaka dari Tanah Melayu. Setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka, muncul pula Kesultanan Melayu Acheh di hujung Sumatera yang wilayah pengaruhnya melebar hingga ke Tanah Melayu. Daripada sejarah politik dan budaya bangsa Melayu yang panjang ini tidak hairan hari ini penduduk negara-negara bangsa di Nusantara berkongsi persamaan bahasa, budaya dan agama.
Akan ada saja kebudayaan yang hidup di Malaysia juga dipelihara sebagai warisan budaya di Indonesia. Misalnya tarian kuda kepang yang popular di selatan Tanah Melayu juga adalah kesenian di Jawa. Selain kesenian, nama-nama sungai dan wilayah juga ada persamaan di kedua-dua negara. Jika di Pahang, Tanah Melayu ada Sungai Kuantan, maka ada juga Sungai Kuantan di Sumatera. Nama kota Tanjung Karang dan Pekan juga ada di dua-dua wilayah ini.

Seorang Sasterawan besar di Malaysia ialah almarhum Arenawati (Muhammad Abdul Biang), lahir dan membesar di Makasar Sulawesi. Jika sesiapa ke Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta dan menemukan pusara Drs Iskandar Kamel, tidak lain dia ialah Ibrahim Yaakub yang lahir dan menjadi pejuang nasional Tanah Melayu sehingga tahun 1945. Semua buku sejarah Malaysia tidak melupakan nama Ibrahim Yaakub yang lahir di Temerloh Pahang dan membentuk parti Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pemula Kesultanan Melayu Melaka adalah Parameswara seorang pengeran dari Palembang, Sumatera. Manakala Sultan Melaka terakhir ialah Sultan Mahmud Syah yang makamnya ada di Kampar Sumatera.

Orang Malaysia sekarang dalam persiapan ‘balik kampung’ untuk berhari raya, maka di Indonesia juga sedang ‘mudik’. Nanti pada lebaran, di mana-mana juga muslim Melayu Nusantara pasti tidak melupai ketupat, lemang, rendang dan semur ayam. Makanan di daerah saya yang popular ialah tempe, pecal, lontong, soto dan nasi ambeng! Apakah sahabat-sahabat Melayu di Jawa Indonesia kaget? Tidak kan. Pakaian sewaktu lebaran juga hampir sama untuk semua yang bangsa Melayu Nusantara.

Semuanya telah menjadi kebudayaan hidup bersama ratusan tahun dan tidak mungkin pada zaman negara bangsa ini harus dituntut (klaim) mana-mana negara, yang sebuah negara lain tidak dibenar menggunakannya. Sepatutnya kesamaan inilah yang menjadikan kita merasa dekat dan bersaudara, tidak bermusuhan meskipun memang ada saja hal yang dibangkitkan dan perlu dibereskan.

Dirgahayu Malaysia-Indonesia-Brunei-Pattani-Mindanao-Singapura

WHAT is ahbash (part 3)

By: Z. Alzamil

Al-Ahbash's Friends and their enemies:

Adnan Al-Trabulsi (the Habashi's substitute in Lebanon's Parliament), sa id " We are open for all people, we invite to the opening and good moral, we are in Islamic Charitable Project disagree with demolition Ikhwan party -his sentence in Arabic " Hezb Al-Akhwan Al-Haddam"- (of course he meant Al-AKhwan Al-Muslemeen), we are not fundamentals, we are against the fundamentals which it is looking for the chair and leadership, no for this fundamentals which judge all Arab's and Muslim's leaders as Kuffar because they - the leaders - judge by the law without believing that the law is better than Al-Quran". My question is that, how he (Adnan Al-Trabulsi) knew that, the Arab and Muslims leaders do believe that? I do not know may be this is one of Al-Ahbash's beliefs (as any Sofi) they can read the hearts!. Again I do not know!. Also, one of Habashi's candidates Taha Naji went to Christians' cities in the North region of Lebanon to get their votes, and he got their votes after he promised them to destroy Islamic fundamentals. Unfortunately, he did not win!.

To know who is Al-Ahabashi's friend let us get some information from the ir magazine Manar Al-Huda.

Islamic Charitable Projects made a party in Farasiy Palace ( look Manar Al-Huda issue No. 4 , 1993 P. 37-38), and they invited Agub Jukhrdiyan and Mieshal Adah Education's Minister (both of them are Christians as you know), and he - Adah - said " I know Islamic Charitable Projects very well, and I heard about you, in spite of that, there are a lot of associations, but you are very active, also I know Shikh Nizar Halabi, he is very gentle and may god guide him"(look Manar Al-Huda issue No. 5 P. 33). Khacheek Babekeyan (Christian man) said " If this association -Islamic Charitable Projects- did what it planned to do, then the favor is due to its president, congratulation to Shikh Nizar Halabi for what he did and does for the seek of Lebanon and its people"(look at Manar Al-Huda issue No. 5 P. 33). Also, in 1994 they made similar party and they invited some of Lebanon's Christians leaders (look Manar Al-Huda issue No.17 P. 41). Also, Ausamah Al-Sayid The Islamic Charitable Projects' represent in Al-Beka' (one of Lebanon's regions) visited Eali Frzali (one of the Christian candidate), the goal of this visiting is to power the inner relation and to united the efforts and the activities between them (look Manar Al-Huda issue No. 13 P. 56). Also, Nizar Al-Halabi and Adnan Al-Trabulsi visited Nabeh Bari the Lebanon Parliament's president for the same purpose(look Manar Al-Huda issue No. 10 P. 6). Moreover, in an interview with Adnan Al-Trabulsi -the Habashi's candidate-, he confessed that, the Habashi gave their votes to the Chastens in the Lebanon's election and the Christian gave their votes (about 16000 votes) to Taha Naji (Habashi's candidate in Lebanon's north). Unfortunately, he lost ! (look Al-Afkar Magazine issue No. 531 P. 13). Also, when they (Al-Ahbash) opened Education School, they invited a lot of Christians people such as John Aubead, Salaim Habeeb, Estafan Al-Dwehi, Na'elah Mu'wad (Reneeh Mu'wad's spouse), and others Christians (look Manar Al-Huda issue 6 P. 58). Also, one of Al-Ahabash's candidate accompany with a delegation from Islamic Charitable Projects visited Waleed Jumblat ( the Durzi's leader), and he gave them $35000 to build a school.

There are a lot of examples that is an evidence for that, the Muslims are the Habashi's enemy and the Christianity is their friends. For more information look at their magazine Manar Al-Huda as following :
- Issue No. 6 P. 59- Issue No. 16 P. 37- Issue No. 15 P. 35.- Issue No. 7 P. 67.- Issue No. 12 P. 35-39.- Issue No. 2 P.59- Issue No. 13 P. 58-59.- Issue No. 1 P. 31-34.- Issue No. 2 P. 16 , 32-34, 65-66- Issue No. 9 P. 7, 14, 20-21, 45-46.- and others ( if someone is interested I can give him more)

Now we knew that, they have very good special relationship with NON Muslims. Moreover, they invite them to their parties and give them unlimited respecting. After we knew that, let us recall what I presented in first part of these articles. What they said about Imam Ibn Tymmiyyah, Imam Al-Thahabi, Shikh Al-Albani, Shikh Ibn Baz, Shikh Sayed Sabeq, Islamic thinker Syed Qutub, some of Lebanon's Scholars (which I mentioned their names before), Al-Akhwan Al-Muslimeen, and others. When we recall that, we can have simple comparison between two actions ( what they did with NON Muslim and what they did with Muslims' SCHOLAR). Now, we know who is their friends and who is their enemies.

Islamic or Arabic Nationality

To know what Al-ahbash believe in this issue let us go to their leaders to see what they said about that issue.

Adnan Al-Trabulsi ( Habashi's candidate) "It is allowed to be there a peace with Jews, but our request is that we are as ARAB nation do have rights, we request them under ARAB agreement, and I am without any guarded supporting that agreement" (look Al-Shira'a magazine 09/07/1992 and Al-Afkar magazine 09/26/1992). Husam krkera -the Islamic Charitable Projects' vice president- said in an interview with Al-Safeer magazine (10/19/1992) " We are with ARAB agreement, when the ARAB agree to stop fighting the Jews, we are with that agreement". Nizar Al-Halabi (the former Islamic Charitable Projects' president ) said " Our candidate Dr. Adnan Trabulsi by the God's care won and reach the Parliament to arise with national good brothers the Lebanon's ARABIC identification". From these quotations we find that, When they talk about Palestine's problem or fighting the Jews, they make it as Arabic problem and they talk under Arab's umbrella. You know why?, if you just go back and look what I mentioned about their friends you will get the idea, it is very clear, if they talk about Islam or Islamic agreement for this problem, what will happen for their friends, they will be kicked out from this problem (as you know, because they are Christians) and Al-Ahbash does not like to work with their enemy (as you know Muslims) in this problem. When they (Al-Ahbash) thought a little bit about they found that, they and all Lebanon's Christians are ARAB, then the solution is to restrict the speech under ARAB umbrella. Moreover, do not forget that, the Arabic nationality originally came form Lebanon's Christians, then the Habashi's people should respect all Christians' ideas!.

finish

Khamis, September 10, 2009

RIBUAN masuk Islam di Arab Saudi

KESYUKURAN pada bulan Ramadan, dengan berita dari Arab Saudi bahawa selama ini banyak pekerja asing bukan Islam khasnya dari Asia Tenggara memeluk Islam di sana. Bayangkan antara 180 hingga 200 orang menjadi muslim setiap bulan di Arab Saudi. Mengambil kira 180 orang memeluk Islam setiap bulan bererti setahun ada 2160 orang saudara muslim baru. Itu merupakan statistik kemasukan dalam kalangan 200 ribu warga asing Asia Tenggara saja! Dalam tempoh lima tahun angkanya menjadi 10,800 orang, dan mereka akan kembali ke negara asal sebagai muslim. Tidakkah ada kesan positif terhadap ahli keluarganya mengenai Islam? Keadaan ini merupakan sejarah kemasukan dan penyebaran Islam sejak zaman silam.

Suatu yang menarik diperhatikan bahawa pemahaman warga Arab Saudi mengenai Islam agak berbeda dengan di Malaysia dan Nusantara. Pemerintah di sana kerap dikritik kerana mendiskriminasi kaum wanitanya seperti tidak membenarkan kaum hawa itu memandu kereta. Sebuah negara feudalisme yang memberi kuasa yang banyak kepada keluarga diraja, tidak seperti Malaysia yang memberikan hak yang sama antara lelaki dan wanita, termasuk dalam politik. Malah cara wanita Malaysia berpakaian juga pelbagai daripada yang menepati seruan Allah dalam surah an-Nur ayat 31 hingga yang tidak perduli apa-apa soal aurat. Kebebasan berpakaian ini tidak diberikan di Arab Saudi.

Sistem undang-undang syariah di Arab Saudi juga pasti menggerunkan banyak pihak di Malaysia. Baru seorang wanita bersedia disebat enam kali kerna meminum arak sudah geger, dan bagaimana jika ada yang dijatuhi 100 sebatan sebagaimana di Arab Saudi? Kemudian perbedaan amalan ibadah khusus berlaku misalnya apa yang dianggap adat Islam di Nusantara seperti berzikir dan berdoa beramai-ramai, solat hajat, tahlil arwah dan talkin mayat merupakan hal yang terlarang di Arab Saudi. Negara berkenaan sangat prihatin terhadap amalan sunah Rasulullah dan membenteng agama daripada pengaruh antisunah nabi.

Dalam keadaan pemahaman dan amalan Islam di sana yang berbeda dengan di Asia Tenggara, banyak yang memeluk Islam. Ironisnya yang memeluk Islam (dan pastinya mahu menuruti sunah yang menjadi praktik di Arab Saudi) adalah dari Asia Tenggara.

Saya yakin contoh amalan Islam berdasarkan sunah nabi di Arab Saudi memberi gambaran Islam sebagai agama yang mudah dan sesuai dengan fitrah manusia. Berdasarkan al-Quran dan sunah (prinsip manhaj salaf di Arab Saudi), setiap manusia hanya menanggung atau bertanggung jawab terhadap amalan sendiri. Di Nusantara pendakwah Islam mengamalkan dualisme iaitu dalam mengakui setiap amal adalah tanggungan sendiri-sendiri, pada sisi lain mereka mengamalkan proses pemindahan pahala kepada si mati (orang hidup menanggung beban arwah di kubur).

Tanpa disedari beberapa amalan adat (dikatakan ibadah) Islam di Nusantara menyerupai amalan agama bukan Islam, juga dalam urusan sosial. Keadaan ini kurang membangkitkan keinginan pengkaji untuk menemukan perbedaan ketara antara prinsip Islam dengan bukan Islam. Bayangkan pada waktu ustaz di Nusantara mengkritik konsep warisan dosa dalam ajaran Kristian, tetapi ustaz ini membela warisan pahala dalam adat ibadah bangsa Melayu.

Sisi-sisi yang terasing daripada ajaran al-Quran dan sunah yang dikatakan pula sebagai ajaran Islam di Nusantara sedikit sebanyak menyumbang kepada kekeliruan pemahaman masyarakat bukan Islam. Seperkara lain ialah kebanyakan masyarakat muslim Nusantara menjadikan Islam sebagai hak teristimewa kaum atau bangsanya sehingga menyukarkan penerimaan kaum lain untuk menerima Islam.

Apa pun zaman sedang berubah dengan adanya teknologi tinggi dalam penyebaran maklumat. Banyak pendedahan berlaku dan sangat menarik minat golongan intelektual yang diasuh dengan pemikiran saintifik. Pemikiran saintifik ini sangat selaras dengan ajaran al-Quran dan sunah atau sesuai dengan fitrah perkembangan pemikiran manusia.