CATATAN pagi yang dingin. Gara-gara kenduri arwah yang
sangat perlu dan popular dikatakan bid’ah atau sesat kerna didakwa tidak ada
dalam sunah Nabi s.a.w. Seorang sahabat
memasukkan sebagian ucapan seorang ulama, yang marah-marah dikatakan kenduri
arwah sebagai bid’ah. Marah-marah lagi terhadap orang yang menyatakan ha itu
jadi sesat. Beberapa teman menyambut, “hal
baik, apa salahnya? Apa sesatnya?”
Saya Cuma mahu menjadikan bahan fikir.
Kita terima dulu hujahan bahawa kenduri arwah itu
kebaikan. Di dalamnya berkumpul orang yang mencari reda Allah. Mereka diketuai
oleh yang paling alim dalam agama. Mereka membacakan susunan ayat-ayat
al-Quran, bukan jampi serapah! Mereka
berdoa kepada Tuhan dan akhirnya menjamu sedikit rezeki yang Allah berikan
kepada hamba-hamba-Nya.
Hukumnya apa? Katanya tidak wajib sebab tidak
diperintahkan supaya buat. Memang tidak ada dalam al-Quran dan Sunah Nabi
s.a.w., tetapi semua kandungan kenduri itu penuh kebajikan, maka hukumnya
sunat. Catatan si ulama, “jika tidak mahu kenduri arwah jangan menghukum bid’ah
dan sesat, bukan perkara wajib pun.”
Banyak memberi ‘like’ terhadap hujah ini.
Yang ini sebagai bahan fikir dan perbandingan.
Bahan berfikir untuk menentukan kebenaran hujah. Hmmm, selama ratusan tahun di
negeri kita orang solat subuh dua rakaat. Katakan kita bertualangan ke negeri lain dan
menemui masyarakat muslimnya solat subuh tiga rakaat. Kerna tak tahan di hati,
maka dikatakan “tidak boleh menambah satu rakat lagi dalam subuh, tetap dua. Jangan bikin bid’ah.”
Masyarakat muslim negeri itu pun memberitahu bahawa
penambahan satu rakaat dalam subuh adalah baik, semua bacaannya sama seperti
rakaat lain dalam solat. Tujuannya pun
untuk mencari reda Allah. Menambah satu rakaat untuk lebih dekat kepada Allah
pada saat pagi yang hening! Apa salahkah,
bid’ahkah atau sesatkah?
Sepatutnya, apabila orang menerima hujah kenduri
arwah itu bagus dan sunat sebab hal baik di sisi agama, orang yang sama
mestilah menerima tambahan satu rakaat dalam solat subuh sebagai baik dan
sunat. Jika orang meminta jangan marah
dengan kenduri arwah itu, maka orang pun jangan marah dengan tambahan satu
rakaat dalam solat subuh!
Rupa-rupanya urusan ibadah dalam agama bukan memenuhi
kehendak akal pikiran, perasaan dan adat resam masyarakat. Bukan sekadar
mewarisi ibadah daripada nenek-moyang, namun kerna ada prinsipnya.
Urusan ibadah perlukan dalil daripada al-Quran dan
hadis sahih. Suka tak suka, jika sudah
terang ada suruhan, buatlah. Suka tak suka jika tidak ada suruhan atau contoh,
tak perlu buatlah. Ibadah bukan memenuhi
kehendak akal, perasaan dan adat resam.
Sebagai contoh, dalam bab berwuduk ada babnya yang
dianjurkan menyapu bahagian atas kasut atau sarung kaki sebagai ganti membasuh
kaki. Menyapu atas kasut, bukannya membasuh tapak kasut! Itulah yang Rasulullah tunjukkan kepada
umatnya. Suka tak suka, kita terima, walaupun kehendak akal, perasaan dan adat
resam…. yang wajib dibasuh ialah tapak kasut. Semua sedia maklum hal tapak
kasut.
Kata Saidina Ali r.a. “Apabila agama hanya
berlandaskan akal belaka, tentu bagian bawah khuf (kasut) lebih berhak untuk
diusap daripada atasnya. Sesungguhnya
aku melihat Rasulullah mengusap khuf pada
bagian atasnya.” (HR Abu Dawud dengan sanad yang hasan/baik)
(Untuk rekod, ada sebilangan umat Islam di China
yang menunakan solat Jumaat tidak sebagaimana cara di Makkah, Madinah dan
Nusantara. Dan telah ada orang kita yang sampai ke sana dan terperangkap dalam
cara mereka!)
Wallahu aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan