PADA hemat saya, negara dan bangsa kita tidak
pernah terlepas daripada konspirasi Barat yang bertujuan melemahkan apa juga
kekuatan yang ada. Tujuan Barat hanyalah
untuk menguntungkan negara yang terbabit dan dunia Barat amnya. Semua dilakukan
demi kepentingannya untuk jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Jika
telah tahu agenda Yahudi dan Nasrani (Barat), apa yang berlaku sepanjang
sejarah bukan kebetulan. Oleh itu kita
boleh menduga kemungkinan besar yang berlaku
pada masa depan.
Sewaktu Parameswara membuka kota Melaka tahun 1400,
Eropah sedang berubah menuju zaman Renaissance atau kebangkitan semula. Selama
100 tahun dalam zaman Melaka, selama itu juga bangsa-bangsa Eropah sangat tekun
membuat kajian mengenai masa depan bangsanya dan keadaan dunia. Perkembangan
ilmu di Melaka masih dalam hal tasauf agama, tetapi Eropah sedang maju dalam
sains dan teknologi. Semua ilmu yang ada dalam dunia Islam dibawa ke Eropah
untuk dijadikan kajian dan perancangan.
Portugal dan Sepanyol jelas mendapat manfaat
warisan tamadun Islam Andalusia. Dendam terhadap Islam menyebabkan Melaka
dijajah tahun 1511, manakala hampir seluruh kepulauan Filipina dikristiankan.
Barat tahu pentingnya Selat Melaka pada setiap zaman dan masa depan. Sejarah
zaman Srivijaya, Majapahit, Melaka, Johor dan Acheh jelas memberi petunjuk
bahawa Selat Melaka menjadi laluan ekonomi dan politik dunia. Selat Melaka umpama
satu terusan anugerah Tuhan.
Untuk menguasai lautan Atlantik dan Pasifik Amerika
terpaksa membuat Terusan Panama.
Begitu juga untuk menguasai Laut Mediteranean dan Lautan Hindi, British
terpaksa membuat Terusan Suez (1868) di Mesir. Oleh itu Selat Melaka wajib
dipegang oleh Barat! Selat Melaka anugerah Tuhan, siapa dapat dia juara dunia.
Kemudian pakar mereka melihat siapa dan apa tasawur
penduduk Tanah Melayu. Ini penting untuk
menguasai Selat Melaka, jalan ekonomi dan politik Timur-Barat. Barat ada fakulti
kajian Timur, dan lahirlah banyak orientalis yang mahir semua hal Nusantara.
Orang Melayu pun tidak sebijak R.O. Winsted, Frank Swettenham, Stamford Raffles
dan Snouck Huroundje dalam dunia Melayu Nusantara.
Strategiknya, bukan Sumatera yang utama tetapi
Tanah Melayu! Sebab itu dalam pertikaian
British-Belanda berkaitan pengambilan Singapura, British sudah nekad akan
berperang dengan Belanda jika gagal menguasai Singapura.
Barat berpakat memecahkan Melayu kepada
dua wilayah: Pengaruh British-Belanda tahun 1824. Maka akhirnya Melayu terpecah dua negara,
Malaysia-Indonesia. Dua negara mesti
akan menjaga kepentingan masing-masing, dan tentulah akan berlaku konflik
antara kedua-duanya.
Zaman penjajahan British menguasai Tanah Melayu
yang penduduknya Melayu 100 peratus beragama Islam. British sudah faham budaya
dan sejarah Islam di Asia Barat, dan pengalaman Perang Salib. Membiarkan wujud
sebuah negara yang penduduknya 100 peratus muslim sangat bahaya. Islam dan
Kristian-Barat tidak pernah berkompromi.
Maka British memasukkan ratusan ribu warga asing bukan Islam dari India
dan China atas nama keperluan ekonomi.
British tahu tidak semua pekerja asing itu akan kembali ke negara asal,
maka pastilah penduduk Islam di Tanah Melayu tidak lagi 100 peratus! Hari ini
Melayu-Islam sebanyak 70 peratus penduduk Malaysia.
Setelah Melayu dan Islam disusutkan peratusannya,
cara untuk melemahkan baki kuasa Melayu-Islam ialah dengan cara memasukkan
ajaran demokrasi liberal. Bukanlah
kebetulan apabila British meluluskan sebuah parti atas nama Islam (1951), Parti
Islam Se-Tanah Melayu (Pas) sebab British telah faham masalah dalam Malayan
Union (1946) dengan bangsa Melayu yang bersatu. Tambahan pula Islam sangat sensitif
kepada bangsa Melayu. British melihat masa depan Pas cerah untuk berkembang
meraih sokongan bangsa Melayu atas nama kesucian agama. Pengaruh kuasa Melayu-Islam yang 70 peratus pun dipecah dua. Bukanlah
kebetulan apabila Umno dan Pas terus bertelagah dan masing-masing pula berebut
sokongan kaum bukan Melayu (wakil tamadun Barat) untuk berkuasa.
Apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR ditubuhkan pada
tahun 1999) mula berkembang, sebagian ahli politik bukan Melayu daripada MCA,
Gerakan dan MIC memasukinya. Mengapa mereka tidak memilih DAP? Jawabnya mudah,
iaitu kaum bukan Melayu tidak mahu PKR dikuasai sepenuhnya oleh Melayu-Islam.
Dan kaum bukan Melayu yang berfikir ala-Barat juga tidak mahu menjadikan
Pakatan Rakyat (PR menggabungkan PKR, DAP dan Pas) seperti Barisan Nasional (BN) yang didominasi
Melayu-Islam. Sebab itulah suara dan
kerja untuk meletakkan Pas menjadi dominan dalam PR pasti disekat. Ini bukan kebetulan, melainkan satu strategi
hebat.
Sekarang berlaku perpecahan dalam Pas. Separuh ahli
Pas kekal setia dalam PR dan separuh lagi akan mengasingkan diri. Tidak dalam
PR, tidak dalam BN! Apakah ini kebetulan? Tidak, selagi ada baki kekuatan Melayu-Islam
semua akan dirongrong. Matlamat akhirnya ialah PR akan memerintah Malaysia
dengan tidak menjadikan Pas (Melayu-Islam) satu parti dominan seperti Umno
dalam BN.
PR menjadi parti politik yang distrategikan untuk
menyamai kepentingan Barat disebabkan BN sentiasa dalam status-quo kaum
Melayu-Islamnya yang dianggap usang. Lagi pula masa depan politik dan kuasa dunia bukan seperti acuan BN,
tetapi PR yang sangat liberal-demokratik. BN sudah lama memerintah Malaysia,
maka dunia Barat melihat PR sebagai pilihan baru. Oleh itu tasawur PR dipastikan
tidak menyamai BN. Ini bukan kebetulan,
tapi satu strategi kuasa Barat dalam neokononialisme!
Selamat berjaya bangsaku, muslimku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan