AKHBAR Sinar Harian hari ini memaparkan cerita asal-usul nama Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap di daerah Sabak Bernam. Seperti dalam akhbar berkenaan, semasa saya kecil telah mendengar asal nama kampung itu: lubuk yang berpusing di tengah sungai. Pusaran air yang memakan korban telah terhenti apabila Kiyai yang dikatakan keramat melontarkan serbannya sehingga ditelan pusaran air. Maka terhentilah pusaran air itu. Entah dongeng atau mitos, belum ada ahli sejarah membuat kajian dan kesimpulan.
kolam biasa sebelum ada bekalan air paip tetapi ada yang percaya mempunyai kuasa penyembuh sakit |
bangunan tempat bersuluk pada masa dulu |
Semasa kecil pernah ibu membawa saya ke Masjid Lubuk Pusing untuk menziarahi nenek yang bersuluk atau beruzlah. Itu tahun 1970-an. Saya tidak pernah melihat apa yang ibu saya katakan bahawa ada orang meletakkan lauk pauk atau kuih di atas kubur Syeikh Marzuki yang terletak di bahagian masjid. Itu cerita semasa adanya golongan yang bersuluk selama 40 hari di sana.
Sekarang tidak ada lagi orang yang bersuluk, baguslah. Semoga mati sebagian amalan bid'ah disebabkan bersuluk itu.
Sekarang, kesan aliran Sungai Bernam yang menjadi daratan masih jelas kelihatan. Laluan sungai itu menjadi kawasan yang rendah walaupun tidak berair pada musim kemarau. Di sana terdapat beberapa kolam yang airnya membuak mengeluarkan gelembung-gelembung udara. Kata orang, kolam itu sangat dalam dan tidak tahu di mana hujungnya. Namun jelas air yang sentiasa bertakung dan membuak itu air sungai yang keruh, sama seperti air Sungai Bernam sekarang.in
kolam yang membuak tanpa henti |
laporan Sinar Harian yang mengatakan ada orang percaya keberkatan air kolam di tepi masjid |
kedudukan Pulau Ganda Suli bersebelahan Kg Lubuk Pusing |
Di situ terdapat sebuah kampung bernama Pulau Ganda Suli. Menurut Cikgu Harun bin Abdul Samad, 52 tahun, yang pernah tinggal di situ dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Pusing, asalnya kampung itu dikelilingi sungai. Kampung itu sebagian daripada negeri Perak. Dan apabila proses hakisan dan mendapan sungai, kampung itu sudah bercantum dengan kawasan daratan di Kampung Lubuk Pusing. Oleh kerana sempadan antara negeri Perak dan Selangor ditentukan oleh Sungai Bernam, dan apabila sungai itu berubah laluannya, Kampung Pulau Ganda Suli itu kekal menjadi sebagian negeri Perak sekalipun sudah terpisah dari tanah negeri Perak yang asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan