SECARA santai, tercerita mengenai solat Tarawih di
Makkah dan tanah air. Bersoal-jawab
pula, mengapa orang Nusantara membuat bacaan selawat ke atas nabi serta pujian
kepada empat orang khalifah di celah-celah solat Tarawih, sedangkan di masjid
Makkah dan Madinah tidak ada? Ada beberapa macam jawaban. Antaranya, “Arab itu Wahabi”, “Itu cara orang
Arab, cara Melayu lain sedikit” dan “perkara baik, bagus dilaksanakan”.
foto hiasan |
Memang berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu satu
anjuran yang aula. Bisa dilihat ayat 56
surah al-Ahzab. Maksudnya,
“sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas nabi dan ucapkanlah salam yang
penuh penghormatan kepadanya.”
Oleh itu mengapa di Makkah dan Madinah tidak melaksanakan seruan supaya berselawat di
antara rakaat-rakaat Tarawih? Orang Arab
meninggalkan selawat dan orang Melayu melakukan selawat?
Apabila berselisih begitu, baliklah kepada ajaran
yang asal iaitu al-Quran dan sunah Nabi s.a.w.
Lihat bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat sesudah baginda
melaksanakan solat Tarawih. Oleh kerna
di alam Melayu ini terkenal dengan jumlah 20 rakaat Tarawihnya yang menuruti
solat Tarawih pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, maka lihat adakah Saidina
Umar membawakan selawat-selawat seperti yang disebut oleh masyarakat Melayu
kita.
Setakat ini tidak ada sesiapa yang mampu memberikan
hadis menerangkan Nabi s.a.w. dan Saidina Umar memerintahkan diserukan selawat
dicelah-celah solat Tarawih. Sekalipun
Saidina Umar itu sahabat Nabi yang terkenal cintanya kepada baginda Nabi s.a.w.
tidak pula ada cerita beliau memulakan seruan-seruan selawat sebagaimana
kita. Jangan pula ada yang menuduh
Saidina Umar tidak cinta nabi! Jangan.
Ulama-ulama Arab memahami agama berdasarkan apa
yang tertera dalam al-Quran dan Sunah Nabi s.a.w. Jika ada contoh atau perintah, maka mereka
laksanakan bersama masyarakat. Mereka
tidak memberi hujah atau alasan ‘perkara baik bagus dilaksanakan’. Misalnya mereka menuruti dasar dalam hadis di
bawah.
Maksud hadis: “Sekelompok orang berkumpul
membicarakan sesuatu. Lelaki pertama berkata, saya akan shalat malam dan tidak
tidur. Yang lain berkata, saya akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga
berkata, saya tidak akan menikah dengan wanita. Perkataan mereka ini sampai
kepada Rasulullah SAW. Maka baginda berkata, kenapa ada orang-orang yang begini
dan begitu? Aku shalat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan
aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada
kalanganku.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis tersebut jelas sahabat Nabi s.a.w.
melaksanakan solat pada waktu yang tidak
menepati seperti yang Nabi s.a.w. tunjukkan.
Maka Nabi s.a.w. tidak menyukainya.
Orang yang patuh sunah Nabi s.a.w., mudah memahaminya. Mereka tidak mengubah syariat untuk
disesuaikan dengan kehendak manusia.
Ulama-ulama Melayu (khasnya yang menyandang jawatan
di pelbagai institusi Islam) pula agak inovatif iaitu membuat sedikit sebanyak
perubahan atas alasan untuk disesuaikan dengan masyarakat. Maka hasilnya seruan selawat dilaksanakan di
celah-celah setiap dua rakaat Tarawih. Ini
boleh diertikan sebagai ‘syariat disesuaikan dengan masyarakat’. Kita biasa mendengar ustaz atau ulama ini
beralasan, “apa salahnya ruang yang ada diserukan kepada Jemaah untuk
berselawat”.
Begitulah adanya…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan