DI Sabak Bernam, saya hanya mendengar ada orang
melakukan Mandi Safar sewatu saya kecil.
Sekali itu sahaja saya mendengarnya dan selepas itu, yang didengar ialah
kritikan oleh ahli agama bahawa amalan Mandi Safar adalah amalan khurafat dan syirik!.
Bukan mahu bersunat, Mandi Safar (2011) di Pulau Lingga
Dalam adat Melayu Nusantara, Mandi Safar ialah
acara mandi ritual yang dikaitkan dengan agama Islam, berbaur dengan
kepercayaan Melayu kuno selain satu
keseronokan berkarnival! Ritual Mandi
Safar hanya dilakukan pada hari Rabu terakhir bulan Safar tahun Hijriah. Apa tujuannya? Pengamalnya percaya bahawa bulan Safar lebih
banyak membawa keburukan, maka mereka melakukan Mandi Safar sebagai ikhtiar
menolak bala atau bencana keburukan
itu. Kepercayaannya, dengan
melaksanakan Mandi Safar di bilik mandi, parit, sungai atau tepi pantai dengan
niat menolak bala bencana, maka Tuhan lebih mengkabulkan!
Ritual Mandi Safar tidak lagi popular di Tanah
Melayu, tetapi masih diamalkan di pantai timur Sabah, khasnya dalam kalangan
keturunan kaum yang datang dari Mindanao.
Namun di kepulauan Melayu lain wilayah Indonesia, Mandi Safar menjadi
satu acara tahunan yang meriah, seperti meriahnya orang Melayu di Malaysia menyambut
Maulidur Rasul.
Orang Melayu di kepulauan Riau Lingga dan Jambi
misalnya, menjadikan Mandi Safar satu adat Melayu yang dilibati semua pihak. Acara itu dimasukkan dalam kalendar sambutan
adat tahunan. Para Penghulu, Ketua Desa, Imam, guru-guru serta kebanyakan ahli
masyarakat akan menjayakannya. Hari Rabu
itu sangat istimewa. Orang-orang
kenamaan dalam majlis rasminya memakai pakaian sut Melayu seperti para kenamaan
orang Melayu di sini menyambut Maulidur rasul.
Para kenamaan itu yang memulakan acara dengan menyiram mandi anak-anak
atau yang lebih muda. Di pantai ada acara mandi beramai-ramai dengan niat
menolak bala.
DI Pulau Lombok misalnya Mandi Safar disebut ‘Rebo
Bontong’. Pengamalnya percaya mandi pada Rebo Bontong adalah sebagai penyucian,
satu persiapan menyambut Maulidur rasul!
Masih dikaitkan dengan agama Islam!
Saya yakin kebanyakan orang Melayu dari Malaysia
akan geleng kepala, sebagai tanda tidak setuju Mandi Safar dikaitkan dengan
agama Islam, atau sebagai ikhtiar menolak bala bencana. Tidak kurang pula yang memahaminya bahawa
ritual mandi hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai kias daripada ajaran Hindu
yang melakukan mandi di Sungai Gangga, India, sebagai upacara penyucian jiwa!
Jika ustaz dari Tanah Melayu berdakwah kepada
kalangan pengamal tegar Mandi Safar, pasti jawaban yang diterima ialah, “Mandi
Safar merupakan adat Melayu turun-tenurun dan sudah diterima dengan baik oleh
segenap ahli masyarakat. Tidak perlu
dipersoolkan lagi.” Jika dihujah bahawa adat itu tidak ada dalam
ajaran al-Quran dan sunah nabi, tentu jawab mereka, “Ini amalan baik untuk
membersihkan diri. Niatnya pun baik,
satu usaha menghindari keburukan dan membuang sial.” Atau mungkin jika cuba didakwah kepada imam
masjid yang melakukan Mandi Safar, jawabnya boleh jadi begini, “Kamu wahabi, semua
khurafat dan bid’ah”.
Begitulah apabila suatu adat yang sudah disulam
elemen agama, menjadi satu kepercayaan kuat yang berakar umbi. Sisi pandangan pengamal Mandi Safar sama
dengan sisi pandangan para pengamal kenduri tahlil di Tanah Melayu! Jika dkatakan tahlilan arwah sebagai unsur
hindu yang jelas dalam kitab Weda Smerti , biasa dijawab sebagai, “ini
amalan yang sudah lama diamalkan masyarakat Melayu Islam, tidak perlu
dipersoalkan lagi.” Yang pasti orang agama
kerap melabel ‘wahabi’ kepada yang menolak amalan adat kenduri arwah bertahlil.
Begitulah, kita perlu keluar daripada kelompok
sendiri untuk melihat suasana dengan adil.
Sukar untuk kita mengadili sesuatu perkara jika kita berada dalam
lingkungan sendiri. Orang-orang yang
tegar dengan Mandi Safar dan Kenduri arwah, jika berada dalam adat masyarakat
lain yang tidak mengamalkan adat demikian, akan mudah terbuka mindanya melihat
di mana benar-salah perkara itu.
jgn disamakan tahlil dgn mandi safar deh..=)
BalasPadam