KITA sudah terlalu banyak mendengar kritikan ‘undang-undang
yang tidak dikuatkuasakan tidak berguna apa-apa’. Lihat saja undang-undang larangan merokok
yang membawa denda penjara dan wang, siapakah yang istiqamah
melaksanakannya? Larangan remaja di bawah
umur 18 tahun membeli rokok, siapakan pekedai dan remaja yang dikompaun atau
didakwa di mahkamah? Jika ada dua orang
untuk tempoh setahun, senang cakap, tidak ada!
Apa gunanya undang-undang jalan raya, kalau bukan
untuk mensejahterakan semua pengguna jalan raya? Tujuan undang-undang berkenaan, jika tidak
dilaksanakan tidak akan mencapai tujuannya.
Maka, jalan raya terus menjadi ancaman maut untuk ahli keluarga kita,
dan kemungkinan besar kita sendiri.
Masalahnya ialah sikap dan pemikiran rakyat yang masih tidak mampu
menerima pendidikan perundang-undangan.
Rakyat hanya mahu senang dan selamat tetapi tidak mahu mematuhi
peraturan untuk selamat. Pemikiran yang pelik!
Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) telah
bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan AES.
Tidak ada kritikan di mana kelemahan pelaksanaan AES sebagai pengawal
pengguna jalan raya selama 24 jam sehari.
Saya tetap dengan pendirian bahawa antara ciri orang yang beriman
(muslim) ialah patuh undang-undang jalan raya.
Tidak patuh undang-undang berkenaan, bermakna mengurangkan status
keimanan kepada Allah. Maka usaha
membuat rakyat patuh undang-undang jalan raya adalah usaha mendidik rakyat dan menjadikan
muslim kuat imannya.
Mengapa kerajaan ‘menangguhkan’ pelaksanaan
AES? Jawabannya ialah seperti yang
pernah disebut oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri,
‘Rakyat Negara kita pemikirannya kelas Dunia Ketiga walaupun prasarana negara kelas
Dunia Pertama’. Rakyat mahu kemajuan, tetapi tidak mahu maju dalam
pemikiran. AES ternyata menyentak
pemikiran ‘kelas Dunia Ketiga’ yang tidak mahu dikawal oleh undang-undang. Kebanyakan rakyat mahu menggunakan kenderaan
sesuka hati di jalan raya yang selesa.
Jika ada jalan yang rosak, pantas mereka mengkritik kerajaan sebagai lembab
dalam bertindak!
Apa pun inilah kehendak sebagian besar rakyat untuk
memansuhkan terus kawalan automatik di jalan raya. Jika ada Menteri Besar negeri yang melarang
AES dipasang di negerinya, maka tentulah rakyat yang mahu bebas undang-undang
segera menyokongnya. Kemudian ada pula
pegawai tingg negeri bertegas akan merobohkan kamera AES, betul-betul mahu
merobohkannya seperti orang menebang pokok pisang! Maka tentulah anak muda yang berdarah panas
bersorak! Yang pasti sistem demokrasi
yang memberi peluang kepada rakyat menentukan apa yang sepatutnya pemerintah
lakukan benar-benar diamalkan. Mudah
saja mesej rakyat, ‘kalau teruskan juga AES, kerajaan yang ada di Putrajaya
akan turun selepas pilihan raya’.
Begitulah, sebaik mana idea dan kerja pemimpin atau
pemerintah, maka mereka mesti akur dengan kehendak rakyat sekalipun rakyatnya semua
berfikiran ‘kelas Dunia Ketiga’. Rakyat
hanya tahu meminta yang terbaik untuknya
dan sangat mudah menyalahkan pihak yang memerintah jika berlaku apa-apa
masalah dalam kehidupan. Terus terang,
ini bukanlah masyarakat madani yang selalu diwarwarkan sebagai masyarakat yang
bertamadun tinggi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan