Pengikut

Sabtu, Oktober 09, 2010

LARANGAN berniaga dalam masjid

KERANA menghargai sekolah dan hasrat psikologi anak yang akan menduduki peperiksaan, saya gagahkan juga pergi ke sekolah anak sejauh 100 km.  Sekolah mengadakan tazkirah untuk para calon peperiksaan  dan ibu bapa yang hadir sama. Hasrat tazkirah sebagai peringatan bagus, dilaksanakan dalam surau pun bagus.

Saya ingin mendengar tazkirah yang dapat meruntun jiwa anak muda, yang dapat menyebakkan rasa di dada ibu bapa supaya terasa benar ada tanggung jawab besar di hadapan.  Untuk itu, lazimnya isi tazkirah sangat menusuk kalbu.  Pengalaman saya, tidak kurang guru kaunseling atau yang kerap menjadi motivator berjaya mengalirkan air mata anak remaja walaupun tazkirahnya bukan di malam gelap.
 

Kesilapan pihak sekolah anak saya ialah tidak memberi tajuk atau garis panduan kepada ustaz yang dipilih. Masalah lain ialah ustaz ini bukan guru yang terdisiplin dalam bidang pendidikan, kerana itu tazkirah beliau untuk pendidikan (saya fikir bukan tazkirah tapi promosi diri dan dagangan) tidak jelas hujung pangkalnya.  Lebih sejam, surau menjadi hingar-bingar dengan ketawa kerana ustaz berlakon sebagai penyanyi dan penceramah.  Sebagai guru, saya tahu ke mana fokus wacana sama ada tulisan atau lisan. Maafkan saya.


Kemudian, ditambah 15 minit terakhir (menjadi sejam 15 minit), ustaz mempromosi barang dagangannya.  Oh, betul-betul di luar pintu surau sudah ada krewnya membuka gerai niaga.  Hilang segala rasa hormat dan percaya terhadap seorang bergelar ustaz yang katanya lulusan dari luar negara.  Cara yang digunakan selama lebih sejam betul-betul bagai pegawai pemasaran.  Selama sejam membentuk keyakinan terhadap khalayak, kemudian dia mengeluarkan prosuk jualannya. Nah, habis licin berkotak-kotak madu ukuran setengah liter.  CD ceramah beliau juga menjadi pilihan.

Kalau paman saya yang menjual ikan kering menggunakan masjid atau surau untuk melariskan dagangannya, pasti dikutuk masyarakat.  Kalau yang pakai serban membuat kerja ini, disanjung pula.

Mulia atau keji berniaga dalam masjid?  Lihat maksud sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah (hadis sahih, diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Ad-Darimi dan Al Hakim): Jika engkau melihat seseorang berjual beli dalam masjid, maka katakan kepadanya ‘semoga Allah tidak memberi untung dari jual-belimu.’

Cukuplah peringatan Nabi sebagai haramnya melakukan perniagaan dalam masjid.  Perniagaan ini termasuklah membuat promosi, sekalipun pengambilan barang dan pembayarannya di luar dewan solat atau halaman masjid.  Janganlah seperti kaum Yahudi apabila Allah haramkan menangkap ikan pada hari Sabtu, mereka membuat perangkap ikan sehari sebelumnnya dan ikan yang  terperangkap pada hari sabtu diambil pada hari berikutnya. Taktik itu tetap salah dan mereka dihukum keras oleh Allah.

Semoga ada peringatan bersama, maka pilihannya kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

1 ulasan:

  1. Salam awak,apa kabar n slmt berkenalan.. akak ni tgh mencari sesapa yg berminat nak cari site income utk keja yg sgt2 mudah. Jadi agen pinjaman peribadi/personal loan dgn bank islam atau pun alrajhi bank. Keja ni senang sgt, hanya Tanya sesapa yg nak mohon pinjaman bank. Pastu kalau ada yg nak mohon, u hulur borang. Tlg isikan borang tu . Komisennya pun sgt bagus tau.. ni no hp akak 019 745 0580 ataupun 013 7131691(kahar). Cal atau pun sms akak ye..kita jumpa atau pun akak pos kan borang.
    email :fauziahmahfodz@gmail.com

    BalasPadam