KESALAHAN atau kelemahan diri sendiri, namun
bebannya disalahkan kepada orang lain!
Berapa banyak keadaan ini telah dan sedang berlaku. Dalam lingkungan komuniti kecil seperti sekumpulan
kanak-kanak mungkin mudah ditemukan keadaan itu akibat tidak mengakui
kesalahannya. Lantas tuduhan dihalakan kepada rakan atau orang lain. Maka
dirinya masih terpancar citra yang baik, manakala rakan atau orang lain
bercitra buruk. Kata sang kanak-kanak, “Fitnah!”
Sebenarnya itu jugalah yang banyak berlaku dalam
dunia orang dewasa, khasnya dalam lingkungan dunia politik. Orang berfikrah politik jauh beragama
semestinya punya keegoan besar. Mereka hanya berpikir orang lain salah dan dirinya
betul. Maka tuduh-menuduh pasti berlaku. Sebenarnya mereka tahu, punya
kelelamahan dan melakukan kesalahan. Namun pantas membela diri dengan
menuduhkan kesalahan itu atau kelemahan itu pada orang lain.
Semua ini bagai keseronokan dan seni (keindahan)
politik. Begitulah keadaannya. Apakah
orang seperti ini tidak pernah mendengar ayat-ayat Allah sebagai panduan dan
peringatan? Ada. Mari kita kongsikan
semula satu ayat yang sangat jelas mengenai kejelekan akhlak begitu.
Ayat 112 surah An-Nisa’ (artinya), “Dan
sesiapa yang membuat kesalahan atau dosa, kemudian dia menuduhkan (kesalahan
dirinya) kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul
satu kebohongan dan dosa yang besar.”
Lihatlah isu hukum hudud sejak 20 tahun yang lalu.
Sejak itulah hukum itu sentiasa menjadi bahan debat termasuk untuk melabelkan
seseorang itu sudah kafir atau masih beriman kepada Allah. Sepanjang masa
itulah saling salah menyalah dan menuduhkan kepada orang lain akibat gagalnya
hukum itu dilaksanakan terhadap manusia.
Namun itulah dikatakan seni berpolitik termasuk menuduh seseorang sudah
batal syahadahnya atau kafir!
Dahulu mencari sokongan umah dengan slogan laksanakan hudud |
peluang melaksanakan hudud terbuka, tiba-tiba menjadi penentang pelaksanaannya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan