ORANG Melayu pendatang di Malaysia? Tidak. Seluruh
kepulauan Nusantara adalah wilayah dan alam Melayu. Dahulu beberapa kerajaan
Melayu besar seperti Sriwijaya, Majapahit, Pattani, Melaka, Acheh, Brunei dan
Sulu mempunyai wilayah yang melangkaui sempadan negera-negara moden hari ini.
Perubahan politik dunia yang menyebabkan wujudnya negara moden bersempadan dan
berkastam. Apabila ada sempadan dan passport maka tiba-tiba keluarga-keluarga
Melayu dipisahkan oleh sempadan antara negara
dan passport tadi. Adakah orang Melayu di Malaysia pendatang? Tidak.
Melaka abad ke-15 |
Sriwijaya sebelum zaman Melaka |
Yang bercakap Melayu pendatang adalah orang yang
jelas datang ke Nusantara atau alam Melayu. Bapanya (dan angkatannya) datang
dari selatan negara China. Nusantara
bukan alam China, maka dia adalah pendatang.
Lagi pula tiada kerajaan zaman dulu berpusat di China yang mempunyai
wilayah di Nusantara, yang menyebabkan orang-orang dari wilayah China berhijrah
ke mana-mana wilayah di Nusantara yang dalam kekuasaan kerajaan berpusat di
China. Tidak ada .
Majapahit kerajaan sebelum zaman Melaka |
Ambil contoh kekuasaan Sriwijaya yang berpusat di
Palembang, Sumatera, yang wilayahnya juga meliputi sebagian Tanah Melayu. Malah
kajian arkeologi menunjukkan ketamadunan di Lembah Bujang di Kedah adalah
menunjukkan sebagian wilayah Sriwijaya. Maka tidak hairanlah ada penduduk
dari wilayah Sriwijaya di pulau Sumatera
yang berhijrah ke Tanah Melayu, sebab pergerakan itu dalam satu kerajaan atau
negara (negara konsep zaman moden). Contohnya, pergerakan dan penghijrahan
penduduk Kelantan ke Pahang dan Selangor kerana masih dalam wilayah negara
Malaysia. Adakah penduduk Kelantan di Selangor dan Pahang itu pendatang? Tidak.
Namun orang Vietnam dan Nepal yang ada di Malaysia sekarang adalah pendatang.
Orang Nepal dan Vietnam adalah pendatang di Malaysia sekarang (sampai bila-bila
pun) sebab penghijrahan mereka tidak ada kaitan dengan politik kerajaan dan
kesamaan budaya. Maka kena fahamlah penghijrahan orang-orang dari China dahulu
sama seperti dilakukan oleh orang Nepal dan Vietnam. Mereka adalah pendatang.
Untuk rekod, kerajaan Majapahit (abad ke-14) yang
berpusat di Jawa mempunyai wilayah yang luas sehingga ke Tanah Melayu. Tidak
hairan pergerakan orang dari pulau Jawa hingga ke Tanah Melayu. Kemudian setelah kejatuhan Majapahit diganti
kerajaan Melaka (abad ke15). Wilayah kerajaan Melaka pula sehingga ke Pattani
(selatan Thailand) dan sebagian besar wilayah timur Sumatera. Maka berlaku
penghijrahan pula penduduk Melayu dalam semua wilayah itu. Setelah Melaka muncul pula kerajaan Acheh (abad
ke-17) berpusat di utara Sumatera. Wilayah Acheh pula meliputi sebagian besar
Tanah Melayu. Maka zaman itu penduduk Melayu bebas pula bergerak dalam wilayah
Acheh. Tak timbul ‘engkau Sumatera atau Tanah Melayu’. Dalam masa yang sama kerajaan Johor pula
meluaskan wilayah meliputi Pahang dan kepulauan Riau (Riau dalam Indonesia
sekarang). Maka pergerakan orang Melayu dalam kerajaan Johor bebas antara
Pahang sampai ke Riau dan Karimun. Adalah keturunan orang Pahang di Karimun dan
Riau adalah pendatang di Indonesia?
Di pulau Borneo kerajaan Brunei asalnya kuat dan
seluruh negeri Saawak sekarang dulunnya adalah wilayah Brunei. Separuh negeri
Sabah pun di bawah kuasa Brunei. Adakah keturunan Brunei yang tinggal di Sabah
dan Sarawak sekarang hendak dicop pendatang? Tidak sama sekali.
Kerana sejarah kerajaan di Nusantara begitu rupa
selama beratus-ratus tahun, maka biasalah hari ini penduduk Melayu seluruh
Nusantara berbudaya sama. Agama mereka Islam dan berbahasa Melayu. Yang
lelakinya memakai sarung ketika solat, bersongkok hitam, berbaju melayu
bersampin. Senjata kebanggaan mereka adalah keris dan seni silatnya ada di
semua wilayah Nusantara. Kain batiknya ada di Mindanao, Pattani, Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura. Ketupat dan lemang ada pada hari raya semua
negara berkenaan kerana itu kesamaan budaya Melayu.
Adakah persamaan yang ada pada orang-orang yang
datang dari China itu sama seperti yang dimiliki dan dirasai oleh masyarakat
Melayu seluruh Nusantara?
Jadi siapa pendatang di Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan