Pengikut

Jumaat, Oktober 31, 2014

BERAPA kali samak jika dua kali setubuhi babi?

SEORANG Sutradara filem bertanyakan kepada awam. Kira-kira pertanyaannya begini: “Dua adegan dalam filem, yang pertama orang Melayu Islam membelai-belai anjing dan kedua seorang aktor memeluk si aktres. Manakah yang akan dipotong oleh LPF?”


Pertanyaan itu dsebabkan satu majlis untuk orang Islam menyentuh anjing telah berjaya dilaksanakan dan mendapat reaksi sangat keras daripada ahli-ahli agama di Tanah Melayu. Foto-foto wanita bertudung sedang membelai dan memeluk anjing tersebar luas dalam media dan hampir semua yang memberi respon sama seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli agama dari pangkat Mufti sehingga ke guru agama Kafa tahun satu!  Maknanya semua orang agama geleng kepala.

Ahli agama Tanah Melayu sejak zaman kuno telah ijmak bahawa babi dan anjing najis berat.  Tersentuh saja pada sehelai bulu anjing, maka hukumnya wajib disamak (fahami sendiri erti dan kaedah samak).  Ini diajarkan di semua sekolah kerajaan, swasta, pondok, surau, masjid malah di kaki lima kedai buah! Hasilnya, hampir semua muslim Melayu tidak langsung boleh bertolak ansur mengenai anjing dan babi. Jika mencarut dan mengutuk apa saja yang dibenci, pilihan kata-katanya ialah ‘anjing’ dan ‘babi’.

Hakikat hukum agama bersandarkan kepada al-Quran dan sunah Nabi s.a.w., babi memang haram dimakan, tapi tidak ada dalil menghukum dosa jika menyentuh babi (atau anjing). OKlah, kita terima saja hukum najis berat atau mughalazah terhadap anjing dan babi. Najis bukan berdosa, tetapi di Tanah Melayu najis jauh lebih berat berbanding yang  haram dan berdosa.

Fahamlah mengapa Sutradara filem melontarkan soalan, mana yang LPF (baca seluruh muslim Tanah Melayu) akan potong: sentuh anjing atau perempuan bukan mahram?

Berapa banyak hal yang jelas haram dan berdosa tetapi semua orang agama dan muslim Tanah Melayu tidak pedulikannya, tetapi sangat terbeliak mata apabila bab sentuh anjing atau terpakai kasut daripada kulit babi!

Saya telah tertawa sendirian membaca pendapat sahabat yang mengatakan penerima wang rasuah tercari-cari restoran bertanda halal!

Muslim Tanah Melayu seperti tidak berfikir, sambil menikmati juadah halal mereka juga sedang mengumpat beberapa pihak lain. Sebabnya mengumpat difahami bukan najis, hanya haram dan berdosa.

Berapa banyak yang jelas membuat penipuan untuk mendapat keuntungan atau menjaga ‘nama baik’ tetapi tidak sesekali menyentuh anjing dan babi disebabkan menipu hanya berdosa dan haram, bukannya najis mughalazah.

Berapa banyak orang agama menikmati ibadah bid’ah setiap minggu sekalipun terdetik dalam mindanya bahawa bid’ah memang kesesatan beragama yang berdosa, namun masih sanggup melakukannya setiap minggu disebabkan hal itu bukan najis seperti tersentuh bekas tapak kaki anjing dan babi.

Berapa banyak muslim berzina sampai naik turun mahkamah, tetapi tidaklah geger sebagaimana jika dia tersentuh hidung babi. Akan sampai masanya keluar solan agama begini, “Ustaz, saya menyetubuhi babi sebanyak dua kali, jadi berapa kalikah saya kena samak kemaluan saya?”


Patutlah amalan beragama di Tanah Melayu diketawakan oleh orang yang berakal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan