Bendera Malaysia dikibar di Selatan Thai pada 31 Ogos tahun lepas |
TANGGAL 31 Ogos akan muncul sebagai saksi
kemerdekaan Malaysia sudah mencapai 57 tahun!
Semakin lama usia kemerdekaan semakin banyak orang yang terlibat
mendapatkan kemerdekaan negara puluhan tahun dahulu, telah meninggal dunia.
Maka semakin lama semakin banyak generasi yang kian terpisah jauh daripada
zaman pancaroba penjajahan. Akhirnya
kelak tiada lagi orang sumber penting sebagai pencerita yang menceritakan
pengalaman sebenar. Kelak yang ada
hanyalah pengetahuan melalui sumber kedua, iaitu melalui bahan audio visual.
Sekarang ini pun semangat kemedekaan tidaklah
begitu dirasai sangat kerana emosi generasi kini terhadap kemerdekaan kian
luntur. Jangan kaget jika anak muda mula
berkata, “jika tidak merdeka tahun 1957, akhirnya pun merdeka juga!”
Apa pun cerita kemerdekaan, inilah negara yang
sangat diperhatikan oleh banyak negara.
Apabila terdapat dua juta warga asing bekerja sebagai buruh kurang mahir
di Malaysia, ini bermakna Malaysia menjadi sumber rezeki jutaan manusia lain di
luar Malaysia. Yakinlah mereka bekerja
untuk menanggung kehidupan keluarga di negara asal. Katakan secara purata
setiap orang pekerja asing ada tiga tanggungan di negara asal, bermakna
Malaysia telah memberi makan kepada lapan juta orang.
Saya catatkan cerita kecil rasa syukur sebagai
rakyat Malaysia. Dalam minggu ini di
masjid kampung saya dikunjungi dua pengutip derma dari Arab untuk membiayai
pusat Tahfiz di Lahore Pakistan. Seorang
telah bercerita kepada saya mengenai Pakistan yang sebenarnya tidak banyak beda
dengan kehidupan di Gaza. Yang
membedakannya hanyalah Gaza sering diserang sampai hancur, namun kemiskinan di
Gaza dan Pakistan tidak banyak bedanya!
Mereka melihat kehidupan rakyat di Malaysia sangat
bertuah jika dibandingkan dengan rakyat Pakistan. Sangat jauh bedanya. Sebab itulah mereka berkelana ke seluruh
pelosok Malaysia kerna yakin umat Islam Malaysia mampu menghulur derma untuk
pembangunan madrasahnya.
Satu lagi bukti kemampuan rakyat Malaysia ialah
mengenai bantuan kewangannya kepada umat manusia di Gaza. Tidak dinafikan
bahawa nama Malaysia menjadi sebutan rakyat di Gaza kerna keperihatinan kita
terhadap kehidupan rakyat di Gaza. Bendera kita dikibarkan bendera Palestin
sebagai tanda keakraban antara dua negara.
Inilah Malaysia yang secara geografinya hanya sebuah negara kecil di
kepulauan Asia Tenggara. Malaysia
dikelilingi negara jiran yang berpenduduk lebih 100 juta seperti Indonesia,
Thailand, Vietnam dan tak lama lagi Filipina. Malaysia menampung sekadar 30
juta manusia termasuk dua juta warga asing.
Kalau pun kita tidak pernah ke luar negara untuk
membanding kehidupan rakyat di sana dengan di Malaysia, cukuplah dengan melihat
kebanjiran warga asing di sini sebagai tanda Malaysia menjadi tumpuan pencari
makan.
Jangan ingat juga bahawa negara ini tidak diintai
oleh negara-negara asing untuk dilangkahi melalui apa cara sekalipun. Malaysia pernah digoda untuk memenerima
bantuan IMF sewaktu disabotaj krisis ekonomi tahun 1998. Mujur pemimpin negara
cukup berani menolak ‘bantuan’ yang sebenarnya jerut terhadap setiap rakyat.
Imej-imej Malaysia juga sedang diganggu agar negara
ini tidak megah di persada dunia. Lihatlah situasi yang melanda penerbangan
MAS. Cukuplah dengan mengatakan jika MAS
jatuh maka kemungkinan satu demi satu pusat stratgik Malaysia akan terjejas
sama.
Dirgahayu Malaysia. Semga Allah memelihara negara
tercinta ini daripada sebarang usaha buruk dari dalam dan luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan