GILA-gila jawatan Menteri Besat Selangor
menyebabkan antara kita sebagai muslim mewah dengan cerita, seperti
membesar-besarkan kebaikan atau membuka habis keburukan seseorang. Insan berwibawa dalam agama seperti kehilangan
suara atau sunyi daripada menasihati umah, walhal jelas di sana ada larangan
daripada Allah dan rasul-Nya berkenaan umpat dan dusta.
foto hiasan |
Maksud firman Allah ayat 12 surah
Al-Hujuraat: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka
(buruk sangka), sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu menngumpat
(menggunjing) sebagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi
Maha Penyayang.”
Menurut Ibnu Juraij r.a. ayat di atas diturunkan
berkenaan orang ramai yang suka memperkatakan tabiat sahabat Nabi s.a.w. iaitu
Salman al-Farisi yang suka tidur selepas makan. (Hadis Riwayat Ibn Munzir)
Secara sendirian boleh juga mengumpat orang dengan menolog,
ulasannya sendiri terhadap seseorang yang diperhatikannya. Berdua-duaan juga boleh mengumpat dengan
berbicara hal orang lain sama ada baik atau keburukannya. Dalam berkumpulan pun boleh mengumpat, dan
tentulah bertambah cerita yang dapat dikongsikan. Dalam majlis ceramah
besar-besar juga boleh menjadi majlis umpatan apabila sang penceramah
memburuk-burukkan peribadi insan lain.
Selalunya dalam ceramah politik yang mendapat sorakan besar apabila
penceramah sangat gencar bercerita kebejatan tokoh lain agar semua khalayak
pendengar membenci tokoh berkenaan.
Tidakkah itu majlis dosa?
Maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Jauhilah
prasangka kerna prasangka adalah perkataan paling dusta. Janganlah kalian
saling memata-matai (mencuri-curi), janganlah kalian mencuri informasi. Janganlah bersaing (dengan tidak jujur). Janganlah saling mendengki, jangan saling
membenci dan jangan saling membelakangi.
Tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat
Malik, al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)
Antara kita kadang sadar perbuatan menggunjing
sebagai dosa, lantas mengatakan, “saya hanya menceritakan yang benar”. Maka berceritalah dan didangar oranglah.
Mungkin hadis ini dapat memberi pemahaman kepada
kita. Bahawa Nabi s.a.w melarang ‘ghibah’. Lalu baginda Nabi s.a.w.
menjelaskan sebagai berikut: “Pembicaraan atau percakapanmu terhadap saudaramu yang saudaramu tidak sukai’. Lalu sahabat
bertanya, ‘Bagaimana jika yang dibicarakan itu hal yang benar?’ Maka Nabi s.a.w. menjawab, ‘Jika yang kamu
bicarakan itu ada padanya bererti kamu telah mengumpatnya dan jika yang dibicarkan
itu tidak ada padanya, maka kamu berdusta.’ (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Memang suatu yang sukar apabila dalam masyarakat
sudah terjebak dalam cerita-cerita orang. Tambahan pula semua media memberikan
cerita untuk disambut oleh pemerhatinya.
Namun itu semua bukan berarti bahawa peringatan Allah dan rasul-Nya
sudah lupus melainkan tetap menjadi sempadan antara orang yang mahu
menjaga atau menipiskan iman. Sungguh Allah tidak lalai daripada perkara
paling kecil yang kita lakukan. Semua ada balasan baik dan buruk di sisi-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan