MAKSUD firman Allah ayat 155-157 surah al-Baqarah: “Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu)
orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘innaa lillaahi wa
innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna
dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Dalam
lingkungan ahli keluarga saya yang dekat dan jauh, ditemui macam-macam dugaan
hidup yang meka alami. Seorang ibu
saudara saya yang hanya tinggal berdua dengan suaminya susah 10 tahun menjaga
suaminya yang sakit. Selama 10 tahun
itulah dia setia menjaga suami yang sakitnya saban hari bertambah berat, dan
kini lebih memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Saya hanya menumpang rasa kepayahan derita
melalui pemandangan betapa sukarnya tanggungan fizikal dan mentalnya. Bagi si suami yang kian lemah menderita
kesakitan bertahun-tahun, tentulah terasa lama menanggung penderitaan. Bayangkan penderitaan sakit fizikal yang
semakin lemah, sedangkan kalau kita yang sihat ini sakit perut selama tujuh
hari pun sudah terasa gelisah dan mahu segera penyakit itu keluar dari badan.
Sepupu
ibu saya pula bukan sahaja menanggung derita kesihatannya semakin buruk,
suaminya pula sudah semakin lemah kerana faktor usia dan penyakit lamanya. Terasa berat cobaan dari Tuhan kerna selama
hidupnya mereka bukanlah golongan yang menikmati kecukupan harta benda. Kedua-duanya semakin lemah dan hanya
mengharap tanggungan anak tunggal perempuannya.
Takdir Tuhan pula, si anak ini bukanlah berpendidikan tinggi yang membolehkannya
mendapat pendapatan yang mampu mengeluarkan mereka daripada belenggu
kemiskinan. Ya Tuhan…
Demikianlah
cobaan hidup kepada hamba-hamba-Nya. Cobaan yang mereka sedang rasai merupakan
kepayahan dan kesakitan hidup. Namun
sebenarnya bukan hanya kepayahan harta benda dan kesakitan fizikal sebagai
cobaan besar daripada Allah. Mungkin ada
yang kurang menyedari bahawa kemewahan dan kelegaan hidup juga sebagai cobaan
besar daripada Allah. Seperti maksud
firman Allah ayat 28 surah al-Anfal: “Dan ketahuilah bahawa harta dan
anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah pahala yang
besar.”
Kekayaan
yang melimpah ruah, anak-anak yang banyak serta berpendidikan tinggi kemudian
menikmati kekayaan pula. Setelah itu
berbisan juga dengan orang yang mewah dan ternama, itu termasuk dalam cobaan
Allah. Cuma barangkali pemahaman manusia
hanya melihat kemelaratan dan kesakitan sebagai cobaan kerana dirasakan hidup
begitu amat payah sedangkan kemewahan dan kemasyhuran merupakan kenikmatan dan
kejayaan hidup. Banyak orang memberi
pujian terhadap si kaya dan pandai kerana dimaksud itulah kejayaan hidupnya,
bukan menyatakan kepadanya supaya beristirjak: Innaa lillahi wa inna lillahi
raji’uun…..
Semoga
Allah menjaga keimanan kita masa susah atau senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan