INILAH buku Pengajaran Shalat yang saya miliki mulai
tahun 1987 ketika di Kuala Pilah. Buku
ini mengandungi teori dan praktik solat yang disertai dalil-dalil sahih. Kendatipun
tajuk pada kulit buku sebagai pengajaran solat, namun kandungan buku ini
merangkumi bab keimanan kepada Allah, Rukun Islam dan urusan jenazah.
Buku setebal
368 muka surat ini disusun oleh ulama ‘Kaum Muda’ yang terkenal pada
zamannya iaitu A Hassan atau Hassan Bandung. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka
Abas Bandung di Melaka pada tahun 1977.
Tidak pasti, adakah Pustaka Abas Bandung ini masih wujud atau tidak.
Menariknya, semua pergerakan solat yang diajarkan
dinyatakan dalil-dalil atau hadisnya oleh A Hassan. Ini sangat sesuai dengan pemahaman penulis
yang hanya menerima amal ibadah yang mempunyai dalil sahih, serta menolak
sebarang amal ibadah tanpa dalil.
A Hassan merupakan pendiri Persatuan Islam (Persis) di Bangil Jawa Timur, satu gerakan pembaharuan atau tajdid dalam agama.
adakah ebooknya? pengin download.
BalasPadam