Pengikut

Isnin, November 09, 2009

DENGAN Islam, Melayu lembap juga..



SAYA sudah merasa bekerja selama tujuh tahun dalam organisasi yang dipimpin oleh kaum Cina dan dalam organisasi itu juga ada kira-kira 40 peratus kaum Cina, selainnya Melayu dan India. Lebih sepuluh tahun pula berada dalam organisasi yang dipimpin orang Melayu dan 100 peratus stafnya adalah orang Melayu. Tidak semua orang Melayu melalui pengalaman seperti saya, maka saya dapat menemui sesuatu.

Seorang pengkaji, Dr Asmah Abdullah telah menemui butiran berbeda antara tasawur orang Melayu dan Cina. Bagi kebanyakan orang Melayu, rangking dalam pemikiran dan tindakannya ialah

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Pelajaran
  • Kejujuran
  • Keikhlasan
  • Kejayaan


Mengikut rangking pemikiran dan tindakan orang-orang Cina ialah

  • Pencapaian
  • Pelajaran
  • Kesihatan
  • Ketekunan
  • Kejayaan


Dalam dunia persaingan kejayaan antara kaum di dalam negara, orang Melayu selalu menduduki tangga kedua setelah kaum Cina. Mungkinkah puncanya ialah tidak ada pemikiran untuk mendapat pencapaian terbaik dalam minda orang Melayu? Namun persoalan lain, adakah kepercayaan kepada Tuhan tidak mampu menyebabkan pencapaian tinggi orang Melayu?

Kejujuran dan keikhlasan dalam minda orang Melayu sangat berkait dengan Islam sebagai pegangan hidup. Dicampur dengan kepercayaan kepada Tuhan, bermakna ada tiga elemen utama dalam kehidupan orang Melayu berorientasikan Islam. Oleh itu janganlah hairan jika dalam banyak hal, orang Melayu mahu Islam dikaitkan.


Adalah salah besar jika mengatakan faktor Islam menjadikan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan orang Cina. Persoalan besarnya ialah bagaimana kebanyakan orang Melayu memahami Islam sebagai satu cara hidup, itulah yang menyebabkan kelesuan dan kurang daya juang. Banyak sudah dijeritkan, dikempenkan atau dikhutbahkan bahawa dengan Islam saja orang Melayu akan berjaya dalam persaingan. Berapa lama gagasan itu dilaungkan? 20 tahun atau 50 tahun, keadaan orang Melayu masih sama.


Orang Melayu sebenarnya masih meraba-raba mencari Islam sebenar yang benar-benar dapat memacu kecemerlangan dunia dan akhirat. Selama ini retorik kosong. Cakap kedai kopi, bla, bla, bla….


Apabila ada yang hendak membawa islah, tajdid, reformasi atau perubahan, itulah yang dimusuhi. Selepas itu menjerit ‘Islam saja yang mampu mengubah kita’ dan bla, bla, bla….


1 ulasan:

  1. maju yang bagaimana nak dicapai. Satu jalan jalan buat cepat-cepat dan bersaing satu lagi buat pelan-pelan dengan hikmah.

    BalasPadam