Pengikut

Ahad, November 29, 2009

TERJEMAHAN sejadi kalimah istawa



Di universiti ada kursus penterjemahan yang sangat baik sekurang-kurangnya memahami prinsip penterjemahan yang digunakan oleh semua penterjemah yang berwibawa.  Ada autentik!

Ada sebilangan ustaz apabila berceramah kerap salah nahu Bahasa Melayu apabila membuat pengulangan kata ganti mereka. Orang itu kerap menggunakan frasa ‘mereka-mereka’.  Contoh ayatnya: "Mereka-mereka yang tidak beriman…bla, bla..Ada juga yang menggunakan ganti nama mereka serta dan berulang kali dalam menterjemahkan ayat al-Quran.  Penceramah agama ini sebenarnya menterjemah ayat al-Quran secara harfiah ke dalam Bahasa Melayu. Memang dalam bahasa Arab kalimah hum atau him bererti mereka dan akan ditemui banyak kalimah hum atau him dalam satu ayat sahaja. Bahasa Arab juga tidak menggunakan tanda ‘koma’ untuk memisahkan antara beberapa fakta dalam satu ayat. Kita jumpa banyak kalimah wa (dan). Maka apabila diterjemah secara harfiah, banyaklah perkataan mereka serta dan dalam ayat Bahasa Melayunya.

Konsep penterjemahan yang betul ialah ‘terjemahan sejadi’.  Terjemahan ini mesti memadankan dengan laras bahasa, nahu  dan budaya pembacanya.  Oleh kerana al-Quran diterjemah dalam Bahasa Melayu, maka semua berorientasikan bahasa dan budaya Melayu.  Hal ini untuk memberi kefahaman yang tepat kepada pembaca Melayu. Semua terjemahan al-Quran sama ada yang dihasilkan di Malaysia dan Indonesia menggunakan prinsip penterjemahan sejadi yang autentik.

Hari ini pemikiran Ahbash sudah meresap dalam minda sesetengah orang agama kita, lalu dengan mudah mengatakan sesiapa yang berkata Allah bersemayam di Arasy adalah kafir. Siapa kata Allah di langit pun kafir!  Perbedaan pendapat ini sudah lama, tetapi gejala takfir ini kira yang mutakhir.  Ada anak murid saya, seorang Cina baru masuk Islam pun sudah diperangkap golongan ini. Baru lima bulan masuk Islam, belajar Islam secara curi-curi, dah kafirkan orang! Bukan dongeng.

Ambil contoh ayat 4 dalam surah as-Sajadah.  Dalam terjemahan Melayunya seperti dibawah.  Kemudian disertakan terjemahan dalam bahasa Inggeris pula.  Semua ini terjemahan sejadi untuk sasaran pembaca Melayu dan Inggeris.  Dan terjemahan inilah yang menjadi sasaran sesetangah pihak untuk mengkafirkan seseorang.

”Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?”


“It is God Who has created the heavens and the earth, and all between them, in six Days, and is firmly established on the Throne (of Authority): ye have none, besides Him, to protect or intercede (for you): will ye not then receive admonition?”

Orang Melayu tidak faham astawa jika tidak diterjemah kepada istilah yang paling afdal dan sesuai dengan kebesaran Allah.  Oleh kerana dalam budaya Melayu, raja merupakan manusia paling berkuasa dan tanda kekuasaannya ialah bersemayam di singgah sana, maka penterjemah memilih istilah semayam bagi terjemahan istawa/astawa.  Jika ditemui ada istilah yang lebih mulia daripada semayam, pasti istilah itu dipilihnya.

Tidak ada apa-apa persamaan antara semayam raja dengan Allah kerana guru-guru agama pun mengajarkan bahawa Allah itu tidak menyamai apa-apa atau makhluk (rujuk surah al-Syura ayat 11).  Lantaran itu dalam al-Quran terjemahan Melayu diberi nota kaki bagi istilah semayam sebagai ‘mengikut kebesaran Allah’, yang dalam bahasa Inggeris juga dicatat ‘of authority.  Dengan ayat 11 surah as-Syura itulah semua sifat Allah yang menyerupai sifat makhluk berani diterjemah dalam bahasa sasaran, semata-mata supaya pembaca mudah faham.  Apa gunanya membaca terjemahan jika masih tidak difahami.

Allah bersemayam (sifat makhluk) ialah dengan kebesaran-Nya.  Allah mengetahui (sifat makhluk juga) ialah dengan kebesaran-Nya.  Allah menyanyangi (sifat makhluk juga) dengan kebesaran-Nya.  Allah mendengar (sifat makhluk juga) dengan kebesaran-Nya.

Dengan terjemahan sejadi itulah orang Melayu memahami tauhid dan mengetahui sifat Allah.  Bangsa-bangsa lain juga membuat terjemahan berprinsipkan terjemahan sejadi, yang paling dekat dengan budaya bangsanya.  Semuanya dengan tujuan supaya pembaca faham dengan mudah kandungan al-Quran.

Tidak ada apa-apa yang mengelirukan pembaca Melayu dalam hal ini.  Namun jika ada orang yang perasan lebih bijak dalam prinsip terjemahan, membuat takwilan lain yang berjela-jela, itulah bermulanya orang pening kepala.


2 ulasan:

  1. perkataan didahului oleh huruf2 JAAR akan membaris bawahkan perkataan2 ISIM. Semua perkataan selepas huruf2 JAAR adalah perkataan ISIM dan semuanya berbaris bawah.

    BalasPadam
  2. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    BalasPadam