Catatan orang kecil di Beijing.
Sewaktu di tanah air, fikiran saya tentang negara
China ialah mengenai Islam dan komunisme di China. Benarkah banyak masjid di
kota Beijing yang saya gambarkan dalam minda seperti banyaknya masjid di tanah
air kita Malaysia. Dan apakah benar China sebuah negara yang berlandas ajaran
komunis yang mementingkan kesamarataan semua rakyat dan memiliknegarakan semua
harta. Dua pencarian ini kerap muncul
kerna maklumat yang sedia ada dari sumber-sumber tidak rasmi dan rasmi terutama
melalui sistem pendidikan dalam negara.
Saya berkesempatan melawat kota Berjing awal Jun
2014. Maka sedikit catatan saya mengenai
persepsi di atas. Seperti di Malaysia
yang saya tidak pernah mendapat maklumat yang tepat mengenai jumlah penduduk
muslim di China, kebetulan saya bertemu seorang mahasiswa sebuah university
ketika menziarahi masjid tua (dibina tahun 1921), Masjid Niujie, dia mendakwa
terdapat 20 juta muslim daripada 1.38 juta rakyat China. Tentulah peratusannya kecil amat. Tambahan
pula dia pun bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan daripada 20 juta itu
tertumpu di wilayah barat (sedang bergolak kerna ada masalah politik dengan
kuasa Beijing), Xinjiang dan beberapa wilayah selatan. Ini bermakna jumlah musiim
di kota Beijing tidaklah dapat membentuk satu pandangan pentingnya satu
kehidupan manusia berbudaya Islam.
Pengunjung-pengunjung muslim akan bermasalah
sedikit ketika membersihkan diri setelah membuang air kerna hampir semua tandas
tidak menyediakan punca air, kecuali di ruang hadapan. Ini bermakna kita mesti membawa air dalam
botol ke dalam tandas untuk membersihkan diri kita setelah membuang air.
Masjid? Kita
faham munculnya surau dan masjid kerna adanya komuniti muslim. Seperti di jalan
Niujie, dahulunya merupakan pusat tinggal muslim di kota Beijing, maka wujudlah
sebuah masjid dan sekolah muslim. Menurut dua pemuda bangsa Uighur yang
berdagang makanan kepada palancong, terdapat banyak masjid di Beijing tetapi
bukanlah masjid sebagaimana yang ada di banyak negara Islam. Masjid Nuijie
memang besar seperti di Malaysia, tetapi masjid-masjid lain yang dikatakan
banyak itu sebenarnya seperti surau di Malaysia. Hanya warga Beijing yang tahu kedudukan
masjid-masjid berkenaan, dan pelancong muslim hanya diperkenalkan dengan masjid
yang agak besar.
Tanda-tanda restoran atau bangunan yang dimiliki
oleh muslim ialah warna hijau. Namun dengan jumlah kecil muslim di Beijing,
tidaklah mudah menemui restoran muslim yang papan tandanya berwarna hijau. Untuk rekod, warna tema masjid Niujie yang
tertua pun bukan hijau, tetapi merah.
Sebagian hiasan di bumbung masjid juga kedapatan patung seperti yang
biasa ada di bangunan-bangunan lain. Patung singa dan naga menjadi symbol
budaya orang Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan