Pengikut

Jumaat, Jun 06, 2014

KOMUNIS apa di China sekarang?

Catatan orang kecil di Beijing.

Walaunpun sebilangan besar rakyat Malaysia mengetahui komunisme melalui saluran kedua d an seterusnya, bukan first hand, namun tidaklah semua yan bukan secara first hand itu propaganda Barat semata-mata.  Maksud saya sepanjang Perang Dingin 1945-1990, Barat lebih banyak memberi maklumat buruk menenai komunisme dan masyarakat dunia komunis.  Dengan adanya foto manusia berbaris panjang di Poland dan Jerman Timur untuk membeli makanan atau roti, tentulah satu keadaan benar mengenai sistem ekonomi kawalan.  Kerajaan tidak membenarkan penubuhan entity perniagaan sebab akan mewujudkan jurang pemilikan harta dalam kalangan rakyat.
bertualangan di Beijing

dunia kapitalis

dunia marhaen
lambang kekayaan di negara komunis?

masih mengaku perjuangan komnisme
Pembinaan tembok Berlin selepas Perang Dunia Kedua bukanlah propaganda Barat. Tembok itu dibina oleh pemerintah Jerman Timur untuk menghalang penghijrahan penduduknya ke Jerman Barat akibat amalan komunisme di wilayah timur.  Kalau benar tembok itu hanya propaganda Barat mengenai keburukan dan masalah sistem komunis, tentulah sebaiknya Jerman Barat  (demokrasi) yang membinanya.

Mungkin filem The Killing Field mengenai kekejaman dan kesulitan hidup manusia komunis di Kemboja sebagai salah satu propaganda Barat kepada masyarakat dunia, tetapi kemunduran mansusia akibat pemerintaan komunis juga secara nyata di Vietnam dan Laos. Jadi apakah kota Beijing yang sekarang sebagai antara kota penting dunia pernah mengalami nasib buruk seperti kota Phnom Penh, Ho Chi Minh dan Berlin Timur?

Kota Beijing menjadi pusat pemerintahan China sejak zaman purba dan kini mempunyai 20 juta jiwa. Luasnya 24 kali kota Singapura! Penduduk Singapura sekitar 5 juta.  Adakah bangunan di Beijing dan kekayaannya hari ini yang seperti di kota-kota negara demokrasi hanya muncul setelah komunisme mengalami nasib buruk mulai tahun 1990? Tidak mungkin.

China sebuah negara komunis.  Komunis apa untuk kota Beijing? Tidak ada perbedaan kehidupan masyarakat Beijing dengan Kuala Lumpur.  Manusia bebas memiliki harta dengan ditandai dengan pemilikan syarikat perniagaan dan kenderaan.  Pemandangan biasa di Beijing ada orang yang berkenderaan mewah dengan orang yang mengutip sampah berpakaian kumal.

Syarikat-syarikat gergasi bertebaran di mana-mana. 

Anak-anak di Malaysia diwajibkan mempelajari sedikit asas ajaran komunis yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tahun 1930-an hingga 1960-an. Antaranya ialah komunis mengajarkan kesamarataan hidup: Tiada orang kaya dan tiada orang miskin. Semua harta adalah milik negara.  Ini bermakna perjuangan PKM yang dibantu secara total oleh Parti Komunis China (PKC) tidak berbeda dengan contoh negara komunis di Kemboja tahun 1975-79.

Kalau benar China pengamal tegar  komunisme, kita hanya melihat bangunan usang dan manusia yang muram di kota Beijing sekarang ini.  Tidak, Beijing seperti semua kota besar di Malaysia. Ada imej orang kaya dan miskin. Semua bangunan perniagaan dihias indah menarik pelanggan.  Peniaga jalanan juga berebut-rebut melariskan jualannya tanda mahu mencari kekayaan.  Amat sedikit sekali melihat tentara, polis atau penguatkuasa undang-undang berkeliaran memastikan rakyat mematuhi undang-undang komunis.  Malah amat memalukan saya, apabila semua pelancong China yang ke Malaysia mudah saja melihat polis membuat rondaan sama ada untuk membendung jenayah dan mencari kesalahan pengguna jalan raya.  Pemandangan penguatkuasaan undang-undang seperti di KL tidak ada di Beijing.  Jika dibanding antara dua kota (Beijing yang komunis dan KL yang demokrasi) nyata Bejing sepatutnya dikatakan demokrasi dan KL itu berjiwa komunis!  Saya kata begitu kerna, fitrah manusia selalunya mahu bebas mengikut kehendak sendiri sekalipun melanggar undang-undang. Sepatutnya undang-undang keras komunis memperlihatkan kawalan tentera dan polis diserata Beijing.  Kata teman yang kerap ke kota tua ini, orang di Beijing sudah takut undang-undang secara alamiah kerna hukuman-hukuman yang ada sangat keras.  Rasuah pun dihukum tembak!  Di Malaysia, semakin lama… semakin banyak ruang diberikan atas nama hak asasi manusia.  Maka semakin banyak manusia perlu diawasi oleh penguatkuasa undang-undang. Benar kata satu penyair tanah air (dulu saya kaji sajaknya semasa di sekolah menengah), ketika di luar negeri kita bebas melihat negara sendiri.


Saya melihat negara sendiri melalui jendela luar kamar di negara asing.

1 ulasan:

  1. Gua ciluk lu punya dan masuk wa punya blog bolehkan jangan mare. Barelaan

    BalasPadam