Pengikut

Sabtu, Oktober 27, 2012

HADIS palsu dalam khutbah eid


PADA solat eiduladha yang baru ini, khatib di desa membacakan teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).   Di pertengahan, khatib membacakan hadis (didakwa sabda nabi s.a.w.) yang bermaksud “Perselisihan dalam kalangan umatku adalah rahmat”.  Opps, saya tersentak kerna sedia maklum bahawa hadis itu ternyata palsu, bukan sabda nabi s.a.w. Hadis ini pun sedia terakam dalam buku 40 Hadis palsu Popular yang disusun oleh Abdul Razak Muthalib, terbitan PTS (2011).

foto hiasan

Saya turunkan sedikit komentar dalam buku berkenaan yang memetik hujahan sarjana hadis.  Al-Munawi dalam bukunya Faidh al-Qadir menukilkan kata-kata al-Subki tentang hadis ini, ‘Hadis ini tidak dikenali dalam kalangan para sarjana hadis dan aku tidak menemui sanad yang sahih bagi hadis ini, tidak juga yang daif mahupun yang maudhu’.

Al-AlBani juga menyatakan perkara yang hampir sama dalam bukunya silsilah Alhadis al-Dhaifah, “para sarjana ahli hadis sudah mengerah segala daya upaya mereka bagi mencari sanad (yang sahih) bagi hadis ini, namun mereka tidak menemuinya”.

Namun masih banyak juga orang menggunakan hadis palsu ini sebagai hujah membenarkan umat berselisih pendapat.  Berselisih pendapat bermakna berpecah, dan perkara seperti ini sangat berlawanan dengan seruan supaya umat bersatu.

Mengatakan perselisihan pendapat sebagai rahmat bermakna meraikan pendapat yang berbeda-beda termasuk dalam tafsiran agama.  Kalau diguna pakai hadis palsu ini maka jabatan agama pun tidak boleh mengatakan mana-mana kumpulan agama didakwa membawa ajaran sesat.  Mereka akan menggunakan juga hadis palsu ini sebagai hak untuk berselisih pendapat!

Kesimpulannya, hadis itu palsu daripada sudut teknikal untuk mengesahkan sesuatu hadis, malah matan hadis juga sudah tempang dalam pemahaman umah yang bersatu menuju kejayaan.

2 ulasan:

  1. Gila ah! Kat tempat ana pun pernah terjadi sejibik macam ni. Terima kasih la bagi title buku hadis palsu tu. Bole cari & buat rujukan. :)

    BalasPadam
  2. ulps... betulkah apa yg di cakapkan ini? secara logiknya pun memang islam tak mengajar kepada pepecahan.

    BalasPadam