PADA solat eiduladha yang baru ini, khatib di desa membacakan
teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Di pertengahan, khatib membacakan hadis (didakwa
sabda nabi s.a.w.) yang bermaksud “Perselisihan dalam kalangan umatku adalah
rahmat”. Opps, saya tersentak kerna
sedia maklum bahawa hadis itu ternyata palsu, bukan sabda nabi s.a.w. Hadis ini
pun sedia terakam dalam buku 40 Hadis palsu Popular yang disusun oleh Abdul
Razak Muthalib, terbitan PTS (2011).
foto hiasan
Saya turunkan sedikit komentar dalam buku berkenaan
yang memetik hujahan sarjana hadis. Al-Munawi
dalam bukunya Faidh al-Qadir menukilkan kata-kata al-Subki tentang hadis ini, ‘Hadis
ini tidak dikenali dalam kalangan para sarjana hadis dan aku tidak menemui
sanad yang sahih bagi hadis ini, tidak juga yang daif mahupun yang maudhu’.
Al-AlBani juga menyatakan perkara yang hampir sama
dalam bukunya silsilah Alhadis al-Dhaifah, “para sarjana ahli hadis sudah
mengerah segala daya upaya mereka bagi mencari sanad (yang sahih) bagi hadis
ini, namun mereka tidak menemuinya”.
Namun masih banyak juga orang menggunakan hadis palsu
ini sebagai hujah membenarkan umat berselisih pendapat. Berselisih pendapat bermakna berpecah, dan
perkara seperti ini sangat berlawanan dengan seruan supaya umat bersatu.
Mengatakan perselisihan pendapat sebagai rahmat
bermakna meraikan pendapat yang berbeda-beda termasuk dalam tafsiran
agama. Kalau diguna pakai hadis palsu
ini maka jabatan agama pun tidak boleh mengatakan mana-mana kumpulan agama
didakwa membawa ajaran sesat. Mereka
akan menggunakan juga hadis palsu ini sebagai hak untuk berselisih pendapat!
Kesimpulannya, hadis itu palsu daripada sudut teknikal
untuk mengesahkan sesuatu hadis, malah matan hadis juga sudah tempang dalam
pemahaman umah yang bersatu menuju kejayaan.
Gila ah! Kat tempat ana pun pernah terjadi sejibik macam ni. Terima kasih la bagi title buku hadis palsu tu. Bole cari & buat rujukan. :)
BalasPadamulps... betulkah apa yg di cakapkan ini? secara logiknya pun memang islam tak mengajar kepada pepecahan.
BalasPadam