BIASA saya
mendengar keluhan seperti ini, “terasa cepatnya hari berlalu, esok dah hari
Jumaat” atau “sekarang siang dan malam cepat saja banding dulu…” Maksud mereka yang mengucapkan ayat itu
sebagai perasan bahawa peredaran hari demi hari bertambah cepat berbanding
masa-masa lalu. Benarkah begitu atau
hanya perasaannya sahaja.
Suka atau tidak,
kita mesti menggunakan kaedah sains untuk mengetahui peredaran hari siang dan
malam. Ini pengajaran (iktibar) besar
bahawa Islam mewajibkan umatnya mengetahui ilmu sains dan teknologi.
Putaran bumi selama
sehari selama 24 jam atau 86,400 saat. Di situlah ada pertukaran siang dan
malam. Zaman sekarang putaran bumi bukan
diukur berdasarkan putaran bumi pada paksinya, tetapi dengan menggunakan Jam
Atom yang lebih tepat. Ketepatan Jam
Atom tidak berubah sehingga 20 juta tahun. Jam Atom menyukat satu saat
berdasarkan ayunan atom sesium. Setiap
satu saat, atom sesium berayun sebanyak 1,192,631,770 kali.
Daripada pencerapan ahli sains terhadap putaran bumi, dibuktikan ada waktunya bumi lewat berputar selama satu saat pada setiap setahun setengah. Ini bererti berdasarkan ukuran Jam Atom, masa perlu ditambah satu saat pada setiap setahun setengah. Kajian ahli sains menunjukkan sejak 30 Jun 1972 hingga 30 Jun 2012 terdapat 25 kali pertambahan saat kerna bumi lewat sesaat bergerak. Ini bermakna selama 25 kali itu bumi menerima pertambahan masa 25 saat.
Berikut contoh
tarikh-tarikh pertambahan satu saat pada hujung hari berkenaan yang dicatat
pukul 23:59:60 bukannya pukul 23:59:59.
Antara tarikh-tarikhnya:
30 Jun 1992
30 Jun 1993
30 Jun 1994
31 Dis 1995
30 Jun 1997
31 Dis 1998
31 Dis 2005
31 Dis 2008
30 Jun 2012
(sumber: Majalah
Dewan Kosmik, September 2012)
Kesimpulannya orang
yang mengatakan peredaran hari iaitu siang dan malam zaman sekarang semakin
pantas merupakan perasaan atau tanggapan yang bukan berasaskan kajian saintifik. Hakikatnya pula peredaran bumi semakin
perlahan walaupun lewat sesaat.
Islam tidak menolak
sains, malah menggalakannya sesuai dengan banyaknya ayat al-Quran menerangkan
maklumat sains. Sebaliknya sejarah
Eropah menyaksikan agama Kristian memusuhi ahli sains. Pada zaman Renaissance dahulu ahli sains
Nicholas Copernicus (1473-1543) dan Galilie Galilei (1564-1642) membuat
kesimpulan bahawa bumi mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja Kristian
mengatakan matahari mengelilingi bumi. Oleh sebab itu ahli-ahli sains berkenaan
difatwakan sebagai murtad kerna mengatakan berlawanan dengan ajaran Kristian.
kenapa perasaan kita kata masa semakin cepat, adakah kerana kita semakin sibuk.
BalasPadamDalam qur'an pun kata matahari mengelilingi bumi, ini satu yang perlu di kaji semula dan memang sudah ada yang membuat kajian semula.