Pengikut

Isnin, Oktober 15, 2012

AIR MUSOFFA di sisi fatwa


AIR MUSOFFA ialah air yang dikatakan sebagai penawar penyakit. Cara pembuatan air ini ialah dengan menghasilkan penulisan pada piring yang kemudian ditaruh air.  Semua penulisan ayat al-Quran pada piring akan luntur dalam air, dan air itu dimimum sebagai penawar.


BERIKUT merupakan petikan daripada penulisan seorang pegawai Jakim dalam bab akidah mengenai air musoffa.

Antaranya contoh yang boleh dijadikan teladan adalah apa yang berlaku kepada penjualan Air Musofa secara komersial suatu ketika dahulu. Pengusaha air tersebut telah membuat promo menerusi rancangan temubual radio yang ditaja oleh syarikatnya sendiri. Dalam rancangan tersebut pengusaha produk akan menyebut pelbagai khasiat tentang produknya termasuk kepercayaan khurafat seperti mengatakan perbuatan merenjiskan Air Musoffa ke atas kenderaan, akan mengelakkan kenderaan tersebut daripada bala bencana.

Dalam segmen tajaan tersebut juga, pengusaha produk menawarkan hadiah kepada para pendengar yang dapat memberi testimoni terbaik. Kebanyakan testimoni yang diberikan menjuruskan kepada kepercayaan khurafat yang ditegah agama.

Perbuatan yang melampau dalam mengkomersialkan ini akhirnya telah menyebabkan syarikat Air Musoffa telah difatwakan haram oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-64 telah diadakan pada 4 Disember 2004 yang membuat keputusan bahawa : “Air Musoffa adalah air rawatan yang dihasilkan dengan kaedah yang bercanggah dengan hukum syarak dan pemasaran air ini boleh membuka pintu khurafat dalam masyarakat”.

Mesyuarat Panel Kajian Akidah (PKA) kali ke 29 pada 24  Mei 2005 juga telah bersetuju membuat keputusan bahawa penjualan Air Musoffa secara komersial adalah dilarang kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, penipuan dan kepercayaan khurafat.

Seterusnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-72 pada 23 Januari 2006 memutuskan bahawa: “Penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan”.


3 ulasan:

  1. bagaimana pula dengan 'Air Anugerah', dijual dengan kadar harga RM 4.00 sebotol 500ml, begitu mahal, sedangkan harga air minuman kita boleh dapat dalam RM 5.50 - RM12.00 sekotak 24 botol 500ml di pasaraya borong, ini bermakna harga kos air hanya sekadar RM 0.30 hingga RM 0.50,tak kan lah kos membaca ayat Al Quran begitu tinggi

    BalasPadam
  2. Air anugerah tu air ion...bukan air dari bacaan quran pun

    BalasPadam
  3. Air anugerah tu air ion..bukan bacaan quran pun

    BalasPadam